Monday, October 6, 2008

beraya dengan 'bunian' gunung Suralaya!

maaf kerana terburu2 pulang beraya sehingga lupa nak ucapkan di sini. Wak bergegas ke Gunung Suralaya apabila mendapat tahu Ibu Sartini, isteri Gusti Adipati jatuh sakit.
wak sampai malam raya dan agak keletihan..

Paginya wak terjaga apabila sayup-sayup terdengar suara takbir dari pesantren yang 200meter dari kamar Wak.. lalu bersiap2 hendak ke sana bersolat..

Melangkah ke pesantren, dari jauh Wak lihat berbondong2 insan berpakaian putih menuju pesantren. Tidak jelas jantina mereka kerana kelubung labuh menutupi tubuh mereka. Suara takbir bergema disambut mereka dengan laungan "Ya Rabb!".."Ya Hu!" Hu Ya!" "Hu! hu! hu!".. gemanya gemuruh membikin roma Wak berdiri. Persis tentera Badar menuju medan perang. Semangatnya dapat wak rasa..tubuh terasa menggigil!

selesai solat dan khutbah mereka yang berpakaian putih bersalam-salaman, berpeluk-pelukan sambil bermaaf-maafan. Suara sendu kekesalan mereka cukup sayu. Tangisan mereka tulus penuh keinsafan. Kesyahduan menggigit tulang-temulang.

Anehnya lama kelamaan tangisan mereka kedengaran seperti suara tangisan bayi...terlalu ramai bayi menangis bersahut-sahutan.
Wak kaget! seram pun ada..anda seperti berada di dalam kelompok bayi-bayi yang sedang menangis!

"Apabila dosamu diampunkan saudara-saudaramu, Yang Maha Esa menjanjikanmu menjadi bersih sesuci kanak-kanak yang baru lahir" Gusti Adipati berkata sambil menepuk bahu Wak. Dia juga bersyukur kerana isterinya sembuh..hadiah Syawalnya!

...semerbak harum mawar singgah di hidung wak...dari celah-celah orang ramai Wak lihat Dewi Ratna Ratu Indera tersenyum melangkah ke arah kami...

5 comments:

Mogen Ali Rico said...

Salam wak..
Hanya yang suci hatinya yang akan berjumpa dgn mereka..Moga kekotoran hati ini dapat dibasuh dgn kemaafan rakan2..

niche said...

salam wak,

kenape ya wak, hanya insan2 yg tertentu saje yg dapat mengalami perkara seumpama???

tertanya,
semakin ilang tak bersapa,
tertunggu,
semakin pedih dilanda jemu,
tersedu,
semakin senak dilanda rindu
terkedu,
semakin sesak di jiwa kalbu

ntah ler wak, di penghujung idup aku ini???

mohon mf wak!!!

WAK JONO! said...

mogen n niche,
sesiapa saja bole berjumpa apa saja...melihat sampah hanyut mengalir di longkang pun boleh jadi 'sesuatu'

Unknown said...

Salam untuk wak,

subhanallah, dan syukurlah wak melalui suasana demikian di aidil fitri. wak berada di kalangan mereka yang zuhud. saya sudah lama merindui suasana sebagaimana guru saya masih hidup.

kami berkumpul, sembahyang dan berzikir. hanya ini yang tinggal kekadang Dia dan kekadang aku. tidak menentu wak!

Unknown said...

Assalamulaikum.Seronok jugak dpt kembara di alam lain..asyik kembara di bumi nyata ni jer :)..Sala Aidil Fitri Maaf Zahir Batin