Sunday, October 12, 2008

AKU, KAMI, DIA?

kartolo : mengapa kadangkala dia bahasakan "AKU" pada sebahagian ayat?

Adipati : ketika masih duduk dalam 'dzat'!

kartolo : "KAMI" pula?

Adipati : kala segalanya sudah 'jadi'..jadi MUHAMMAD, seisi alam dan sekalian makhluk
kemudiannya terpercik darinya...tika dzat, sifat, asma dan afa'al menyatu!

kartolo : "DIA" pula?

Adipati : sesudah fana dan 'hilang' melebur dari sifat, asma dan afaal....

kartolo : kadang2 digunakan namaNya dalam sesetengah ayat!

Adipati : asal jangan kita sekadar bersandar kepada 'nama' sudahlah! itu bukan diri
yang hakiki!

..............kartolo memandang Wak sambil menggaru-garu hidung..tak fahamlah tu! Wak faham separuh-separuh masa itu!..kalian?

7 comments:

moses said...

salam wak...saya ada kirim email kat wak...jawab la wak...

NAMA nak wat pe kan wak bukan nya boleh bg sesuatu pun kat kita... dak gitu wak,
Yang mak bapak kita dok bg nama ni kat kita bkn apa2 pun cuma tak nak bg tertukar dgn pokok kayu, gajah rimau je...hahahaha

mountdweller said...

Betul tu sdr. moses. berbalik kepada persoalan semalam. Allah wujud, kita juga wujud di masa yang sama Allah wujud kita tidak wujud. Di akhrinya hanya Allah yang wujud. Ada pening ka...?

WAK JONO! said...

ya!!

moses sahabat!
tkasih..lepas ni terus wak tgk emel tuu...

mountdweller sahabatku,
silakan terus kita bermuzakarah dan mengumpul sahabat2 agar bisa kita menggali mencanai bertukar2 walaupun ada perkara yg kita dah tahu pasti banyak lagi yg kita kabur...
wak raikan perbezaan pendapat tanda luasnya rahmat ilmu

Mogen Ali Rico said...

Aku,Kami,dia ...benarkah AKU itu satu..adakah KAMI itu ramai..Buktikan DIA itu org lain..Ternyata semuanya hanya bahasa..Yang penting fikirkan dimanakah KITA disisinya..

moses said...

Bagi aku Allah itu hanya nama semata2 lagi,masih blh dibahas dipertikai
tiap2 yg bernama pasti ada sifat, tiap2 yg bersifat pasti berbentuk.
kalau manusia sifat dia ada mata, telinga, hidung, kaki, tangan dan sebagainya...kalau pen sifat dia gini-gini,kalau cawan sifat dia gini-gini...begitulah seterusnya..
sifat Allah ada 20 yg mana diketahui umum.Wujud,qidam,baqa dan sebagainya semuanya boleh dihuraikan. kalau nak huraikan kat sini 7 hari 7 mlm pun tak settle2 lagi,adalah lebih elok aku buat kitab pi jual kat wisma yakin dapat gak ongkos pastu kena tangkap masuk penjara cas ajaran sesat hahahahaaa....nanti wak tak blh cari makan hahahaha
Ada sesiapa blh jelaskan erti HAYAT tak...hidup-hidup ni apa dia sebenarnya... serah kat wak je lah

Aku, Kami, Dia, Engkau, Saya,Awak, I>U...hahahaha hanya istilah bahasa je...jgn dok pening2 la

aku said...

salam wak..
arghh.. bersimpul kepala otak aku.sikit-sikit dah nak faham,tetiba je jadi tak faham.kalau gitu,al quraan dah ada sebelum adam lagi la?agaknya la..

Anonymous said...

assalamualaikum.

selepas baca semua yang terdapat disini aku tersentak!

mana kita nak "duduk" sebenarnya?
bertanya pada ibu yang juga ku anggap kekasih...tiada jawapan,
tanya pada ayah juga ku anggap kekasih...ditegurnya kenapa aku masih tak paham.

aku,kami,dia ...satu.
khawatirnya jika terkufur...

ilahi a'limni mililmika maksud...