Tuesday, October 28, 2008

HAJI karim!

Karim! hey Karim!..Kariiimmm!!
lebih sepuluh kali Wak laungkan namanya tetapi Karim yang tak sampai 5 meter itu langsung tak dengar. Sudah pekak barangkali!

"bukan Karimlah Wak..Haji Karim!"..bisik Ronasina. Oh! Patutlah enggak menyahut, belanja ribu-ribu ke Mekah, Wak tak panggil dia Haji sudah tentulah dia marah.
Haji Karim sibuk menceritakan pengalamannya di Mekah kepada beberapa anak muda yang melopong mendengar. Wak tidak kisah kerana mungkin ceritanya akan merangsang anak-anak muda itu untuk ke Mekah. Ada juga seorang dua yang sesekali mencebik seolah-olah meluat mendengar, ah! kalau yang baik-baik apa salahnya.

Sesekali dia mengulang-ulang nasihatnya agar anak-anak muda itu segera menunaikan haji. Wak hanya memerhatikan dari meja berasingan, agak kelucuan melihat Ronasina berpura-pura ternganga mendengar sedang anak muda rugged itu juga pernah ke sana. Sampai ada yang bertanya macamana nak bawa balik toyol..haha!

"apabila selesai mengerjakan haji maka sempurnalah Rukun Islam kita kelima-limanya!Sempurnalah kita sebagai muslim!" hujah Haji Karim.

"malang amat saya! Rukun Islam yang pertama pun saya tak tahu!" tunduk sayu dan lemah kata-kata Ronasina...sayu nak mengumpan..hihi!!

"MasyaAllah apa nak jadi kamu ni Rona! mengucap dua kalimah syahadah pun tak tahu?bertaubatlah!" seru Haji Karim.

"ya Haji! 2 kalimah syahadah..kalimah pertama syahadah apa dan kalimah kedua syahadah apa? berapa huruf kedua-dua himpunan dua kalimah tersebut dan ia mewakili apa setiap satu hurufnya? Lailaha illallah! Tuhan mana yang nak dinafi Allah mana yang nak diisbat? atau takde nafi-isbat melainkan sebat aje? Tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah, Tuhan mana yang tak wajib disembah dan mana Allah yang nak diperakukan sebagai yang wajib disembah? Muhammad mana yang disuruh Allah..Muhammad Mustofa, Muhammad bin Abdullah, Muhammad (Yang Terpuji) atau yang mana? tolonglah..tak lepas lagi saya Rukun yang pertama.." Ronasina berkata perlahan..

kali ini giliran Haji Karim yang dah 'selesai sempurna' sebagai muslim pula menunduk...

12 comments:

mountdweller said...

Salam Wak,

Menarik kiasan Wak. Wak tak ketawakah bila Hj. Karim menunduk mendengar kata-kata ronasina tu?

Itulah masalahnya dengan kaum kita. Rukun Islam pun masih tidak kenal dah berani mengaku sempurna. Taik ayam belum kenal dah nak mengaku dewasa!

Dek kerana merasakan diri sempurnalah yang menjadikan manusia sesat di tempat terang, meraba di dalam cahaya.

Ngah said...

Salam Wak,

Jangan kamu beza-bezakan nabi-nabi AKU (petikan Al-quran)

Haji Abu Bakar Sidiq
Haji Umar Al-Khatab
Haji Osman Affan
Haji Saidina Ali

Hajjah Fatimah Bt Haji Muhammad
Hajjah Aishah Bt Haji Abu Bakar
Hajjah Zainab
Hajjah Khatijah

1.Orang Arif
2.Orang Muqarabin
3.Orang Solihin
4.Orang Awam

Kalimah selapis..........

moses said...

Huhuhu...kalau nak komen cite wak ni 3hr 2mlm pun x habis lg ni...
aku surrender je la...

Rukun Isalm 5 perkara
hanya 2 je yg wajib. 3lagi tak wajib
hahahaaaaaa..........

HAJI karim said...

Salam sejahtera buat kalian semua,

Aduh..ahuh.. ku sangka kan syurga tapi neraka akhirnya.

Berlalu pegi HAJI karim dengan terhuyung-hayang di dlm hati berkata untuk mempertimbangkan memberi si toyol itu gelaran HAJI.

karim menoleh ke belakang ke arah ronasina yang menunggu 1001 jawapan....bukan 1000 tapi yg akhirnya itu adalah 1

Kisah dan tauladan.Moral cerita ini sungguh mendalam pabila direnung sedalamnya

kulupSakah said...

kalau tak wajib bukan rukun namanya...kalau tak cukup satu rukun nikah, jadi tak nikah?hahaha...moses ketawa dan kang mount menepuk2 perut gelihati..

ngah!
detailkan lagi...

ronasina said...

cuma aku je tak sanggup nak ketawa kerana menelanjangkan haji karim tanpa memakaikan semula pakaiannya! huuuu...

moses said...

Tak payah la lg nak perkena hj karim tu... biar lah dia dgn syariatnya...
kalau tanpa syariat tak aman dunia ni,sbb tu setiap nabi ada syariatnya masing2

Hanya rukun Islam yg pertama dan kedua je wajib melakukan
3,4,5 bagi mereka yg mampu. tu la maksud aku sebenarnya...takut disalah ertikan pulak...hahahaaa

Maka berkata org ahli ilmu syariat
ALLAH ITU TUHAN DAN MUHAMMAD ITU HAMBA

Dan berkata org ahli ilmu tarikat
ALLAH ITU ZAT DAN MUHAMMAD ITU SIFAT

Dan berkata org ahli ilmu hakikat
ALLAH ITU NYAWA DAN MUHAMMAD ITU JASAD

Dan berkata org ahli ilmu makrifat
ALLAH ITU MUHAMMAD DAN MUHAMMAD ITU ALLAH.

aku tak berani nak bg komen lebih2 nanti kang majlis agama cari umah aku...hahaha nayaa aku,blog wak ni utk tatapan umum bkn utk ahli2nya sahaja...bahaya beb. Nama pun ilmu rahsia hahahha so kena rahsia la
mohon ampun dr rakan2 seperjuangan
semoga kita dpt bertemu disatu masa nanti...buat satu group ayah long pasai ayah pin dah menghilangkan diri...hahaha

Aku jadikan sesuatu itu kerana hendak mengenal engkau akan daku dalam tiap-tiap sesuatu.
ammaba`du....

mountdweller said...

Engkau dan Aku adalah satu!

Mana engkau, mana aku?

Hahaaa...Biar pecah otak haji karim...

Ngah said...

Salam untuk semua,

Ulasan moses pada October 29, 2008 11:52 AM

Dan berkata org ahli ilmu makrifat
ALLAH ITU MUHAMMAD DAN MUHAMMAD ITU ALLAH.

Ngah detailkan sikit,
Detail secara ilmu,
amalan masing-masing.

Kenapa ngah katakan jangan bezakan nabi-nabi AKU ?
Ia berkait dengan percaya pada Rasul(Nabi)
Jadi kena percaya pada semua nabi.
Apabila Muhammad rasul yang terakhir dan Al-quran sebagai kitab maka segala kisah nabi dan rasul tercatat dalam Quran.Maka kitab lain dikira mansuh.(Tetapi wajib percaya pada kitab yang pernah diturunkan)
Mereka-mereka yang menempelak Muhammad rasul akhir zaman sahaja yang masih mempertahankan Injil.Tidak iktiraf Muhammad sebagai rasul kerana Muhammad dari keturunan Quraish sedangkan nabi dan Rasul sebelumnya berasal dari bani israel.
Maka wajib bagi seorang muslim(orang islam)berpegang pada Al-Quran.

Berbeza pula orang beriman.
Kenapa ?
Disini timbul masalah syariat.
Syariat muslim(orang islam)melalui Muhammad dan Al-Quran.
Syariat orang beriman keseluruhan Rasul dan nabi.
Asal rukun iman hanya 5.
Sahabat rasulullah(Muhammad)minta ditambah satu lagi iaitu QADA dan QADAR.(Kita bincang lain)
Rukun iman dimulai dengan percaya,
Ngah ulangi bermula dengan percaya,
percaya,
Selain daripada itu tidak boleh percaya.
Apa yang tak boleh percaya?
Percaya pada hantu dan bomoh.
Maka bertambah rukun iman menjadi 8.
Sumbinglah iman.

Kita berbalik pada topik.
Apabila disebut ahli makrifat,
mereka tak pakai hukum.
Tak terikat,kerana dalam mengenal telah diketahui asal-usul(usuluddin)
Satu lawan satu,ada tak ada.Kalau ada diri maknanya iblis.
Kalau tak ada,memang tak adalah.
Tetapi.......
Tetapi adakah bertepatan dalam keadaan beranak berbini?Makan-minum,tidur-jaga?
Maka dikatakan ugama AKU tu beransur-ansur.Yang terburu-buru itu iblis.Yang mana semua hendak ditinggalkan.
Disini timbul bahaya dan fitnah.
Kerana ahli makrifat tak berpegang pada kalimah kedua.(Muhammadarasulullah)
Cukup bahaya !
Mereka juga tak berpegang pada rukun islam.
Kerana itu Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu kedalam islam keseluruhanya,sesungguhnya blis itu musuh kamu yang nyata"(Ada masa kita bincang,mungkin yang punya mata hati nampak siapa musuh sebenarnya dalam ayat ini)
Tetapi yang punya mata nurani akan berfikir dengan berlapang dada.

Hint yang ngah boleh bagi pada kulupsakah ialah jangan bezakan ALLAH,IBLIS,MUHAMMAD,ADAM(4)
Semuanya dalam satu.
Berat ni !
Halaj.fansuri,kadir jalani,uais al-qarni,junaid...............terpaksa berperang dengan ahli fekah kerana telah ketentuannya begitu.

Mengenai sembahyang pula,
Rujuklah surah al-ankabut ayat 45.
Akan dapat perbezaan solah dan solat.Yang mana Allah berfirman mengingat AKU adalah lebih baik dari.........(sampai habis)

Kenapa rukun 13(rukun sembahyang) dicipta?
Siapa cipta?
Bukan Muhamammad yang cipta.
Ciptaan ulama.
Tetapi ada tujuannya,iaitu untuk maslahat orang islam.(sosial/tidak berpecah-pecah)

Berbalik pada kalimah.
Kata orang tua,tak bercerai tangkai.
Nafi,isbat.
Ada tak ada.
Ada pada yang ada.
Mengtakdakan yang tak ada.
Nak mentak adakan diri bukan senang.
Iblis dok tunggu.
Ngah maksudkan kalimah asal yang dibawa oleh adam sampai Muhammad.
Logiknya,kalau nabi daud nak sebut macam mana oleh kaumnya.Daudrasulullah?(Bila disambung kedua-duanya)
Jadi Ahli makrifat tak berpegang pada Muhammad.
Sampai sini ngah harap kalian faham.
Mungkin ada kekurangan.
Yang baik dari Allah yang buruk itu dari diri ngah yang hina ini.
Tak ada wadah lain yang ngah nak sampaikan kecuali melalui blog wak ini.Terima kasih wak!


Mungkin kita bincang lain.

p/s:Apa itu iman?
'Sesungguhnya akulah orang yang menyerah diri tunduk patuh atas titah engkau,melakukan apa yang ENKAU suruh dan meninggalkan segala yang ENGKAU larang"

WAK JONO! said...

terimakasih ngah atas segudang ilmu..ruang ini terlalu sempit utk setitis ilmu ..kita akan terus berdiskusi dengan dada terbuka..
intipatinya mudah saja..syariat Aku yg cipta,hakikatnya Aku juga..jika aku melanggarnya 'hukum' akan menghukumKu..terhukumlah Aku dengan kasihKu..buka tutup rahsia kehendakKu jua

aku said...

salam wak dan semua..
perbincangan kali ni hangat.TQ utk moses kasi aku paham.wak,aku dah jumpa pasal kalimah syahadat.tapi tak paham.nanti aku cari wak.kang mountd pon leh gegar ko otok aku.nanti aku hubungi,bui emel.. ngah kupas lagi.. wak,kita stay lama kit kat sini leh?demanggg...!! mai mai..

mountdweller said...

Ok aku,

kita kupas, kita tumbuk lumat!