Thursday, October 9, 2008

tiga anak muda 'menghumban' Wak ke Hajarul Aswad!

beberapa kali mencoba merapati hajarul aswad menemui kegagalan..orang terlalu ramai dan wak tidak sanggup bersaing dan dikasari jemaah-jemaah lain..

sehari sebelum pulang ke tanahair, wak tidur di depan kaabah dengan harapan dapat mengucup hajarul aswad...puas mencoba masih tidak berjaya..tiba2 seorang anak muda Indonesia bertanya,"bapak masih belum kucup? mari ikut saya!".. wak memeluknya dari belakang. Anak muda bertubuh kurus ini meloloskan dirinya dari rebutan jemaah2 bertubuh besar..

Aneh! bagai dilontar tiba2 muka Wak benar-benar berhadapan hajarul aswad dan untuk seketika wak rasa seperti tiada orang di sekeliling..Wak pun mengucup hajarul aswad walaupun bukan itu yang sangat diinginkan wak..cuma sekadar ingin 'merasa'..

selepas itu wak ditarik keluar dan dibawa pemuda ini ke tepi. Rupa2nya mereka bertiga dan menarik wak ke sudut. Sambil menghulurkan segelas zam-zam mereka memberitahu yang mereka pelajar di mekah dan mengharapkan derma ikhlas dari Wak. Sebaik saja wak menghulurkan 10 Riyal, mereka menolak," kami sebenarnya 5 beranak pak! 1o riyal enggak cukup! biasanya mereka beri 50 riyal!"

wak : ya! tapi saya bukan orang kaya dan ini sumbangan ikhlas! sedekah itu mestilah
ikhlas oleh pemberinya dan yang menerimanya harus juga ikhlas..

pemuda 1 : kalau begitu simpan saj duit bapak itu..

(pemuda 1 dan 2 berlalu..pemuda 2 berjalan sambil mulutnya terkumat-kamit memandang bengis kepada Wak, barangkali marah kerana 'budi' mereka dibalas murah oleh Wak!")

wak : bukankah sedekah itu harus ikhlas?

pemuda 3 yang kelihatan lebih lembut wajahnya dari kedua tadi menjawab," ya! kami terima ikhlas derma bapak itu tetapi kami 'pulangkannya' kembali pada bapak kerana bapak lebih memerlukan!'..dia pun berlalu..

Wak hanya memandang mereka berlalu dengan kesabaran yang cukup tinggi..berhati-hati mengawal kejantanan kalau2 ini hanya cobaan Yang Maha Esa! pemuda-pemuda itu tidak kelihatan lagi selepas itu..

*mungkin coba hendak menguji Wak untuk tidak lokek menderma dan jangan takut papa ketika beramal kerana mesti percaya rezeki Allah itu akan pasti ada ..

Yang Wak tahu.......... Wak kenal apa sebenarnya 'hajarul aswad"! yang susah dikucup itu, kerana apabila sudah 'dapat', kalian bisa mengucupnya bila-bila masa!

4 comments:

Unknown said...

Ooo.. wak ke mekah rupanya! memang wak, kucuplah pada bila-bila masa pun.

Anonymous said...

salam wak.waras yo.aku pengen arek melu wak.email le kepiye.tipon ne ke.wes sui mbanget aku ngolek ie.sak iki baru ketemu.njalok.njalok ketemu meneh.

moses said...

Salam wak...
dalam maksud wak tu erti sebenar Hajarul Aswad... hahahahaa
Kucup la wak selagi bertenaga

WAK JONO! said...

mountdweller dan moses,

hahahahaha!!! pandai loohh!!

aku,
nek kue arep ngomong opo2, tulis nang kene
emel kulo-> jono_wak@yahoo.com