Saturday, October 18, 2008

nampak Tuhan?

Kartolo : Bolehkah kita nampak Tuhan Jono?
Wak : laa...kan itu soal paling rendah sekali..
Kartolo : Kau pernah nampak Tuhan?
Wak : hahaha!!
Kartolo : bagaimana ya Jono?
Wak : Kau akan lihat Tuhan setelah kau binasakan semua pandanganmu pada yang
lain..
Kartolo : lepas dah nampak, apa berlaku?
Wak : Hebahkan dan pasti kau jadi Al Hallaj atau Syeikh Siti Jenar!
Kartolo : huh! Nggak mahu! Bahaya looh!!

AlHallaj dihukum bunuh kerana berkata "analHaq!"(akulah Kebenaran/Tuhan) ketika dalam keadaa dzauk! Dia enggan menarik balik kata-katanya dan sanggup dibunuh..ketika dipancung darahnya menitis dan membentuk tulisan kalimah "Allahu Akbar"..
Syeikh SitiJenar memilih untuk berselisih pandangan dengan kumpulan Wali Songo. Beliau dikatakan menyebar fahaman wahdatul-wujud yang tidak sesuai diajarkan pada orang awam..juga enggan menarik balik kata-katanya yang dia sudah bersatu dengan Tuhannya, jemaah wali menjatuhkan hukuman bunuh demi menyelamatkan aqidah orang awam...

13 comments:

Ngah said...

Salam tuan blog,

"Jangan kamu kalungkan mutiara dileher bab*"
(Nabi isa a.s.berkata kepada Hawarin)

Ilmu tanpa amal=sia-sia
Amal tanpa ilmu=hampa

Bila ditulis jadi kartun

Apabila makan, minum,beranak,berbini?

"Amalkan ilmu yang sedikit,nescaya kamu mempusakai ilmu yang banyak"

"Tak bercerai tangkai"

Berhati-hati..........
Bila Sir,tetap Sir...

UAIS AL-QARNI tak bersyariat tak bertarikat.



Salam dari Ngah.

WAK JONO! said...

timakasih ngah,
blog ini bertujuan utk 'mencetus'.agar ruang ilmuNya dibuka..air tidak boleh disekat kelak ia akan melimpah..
'babi' tidak akan menoleh kalung yang kubentang di sini..ramai yg membaca lalu meninggalkannya jika ia rasa tiada apa2..hasil blog ini telah membuka ruang persaudaraanku dgn yg lain, menggalakkan insan mencari ilmu.
Sir memang tetap sir..lihatlah sendiri adakah ia sudah terbuka?aku hanya berlegar2 di pintunya saja..itupun sudah merangsang!
melihat generasi Islam sekarang amat mnakutkan, tiada jatidiri sbg muslim, tiada 'roh' dlm amalan..

lihatlah di sini tiada 'pergaduhan' dan perselisihan yg ada makin mencambahkan ilmu...tiada siapa mengajar sesiapa malah aku juga diberikan ilmu.mengapa "alHallaj' mucul pada setiap zaman? kerana DIA hendak berkata..

Ngah,
jangan tulis bab*, tulis saja babi..apa masalahnya?nama dia babi dicipta Allah..hahaha!!
Kul(katakanlah Wahai Muhammad)huallahu ahad..
maka aku 'kul' je..'kul'..

Ngah said...

Salam perkenalan.

Teruskan usaha tuan dalam Tauhid.

"Jangan bezakan amal dan ibadat"

Husin Mansur Al-Halaj adalah satu peristiwa yang amat malang bagi umat islam.

Hamzah Fansuri lari ke Patani dari Barus angkara ulama bejat(Ulama Fekah) ditanah seberang.

Teruskan usaha mulia tuan.


Terima Kasih,

Ngah.

moses said...

salam wak & tuan ngah

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan dan kamu lihat manusia mahukan agama Allah dgn berduyun-duyun, maka bertasbihlah dgn memuji tuhan mu dan mohonlah ampun kpd Nya. Sesungguhnya Dia lah maha penerima taubat
surah An Nashr
ayat 1-3

Minat mereka utk mempelajari jln ini haruslah dipuji,dgn itu mereka akan menuju jln sebenar utk mengenal dirinya dan pencipta
Ia nya timbul dikalangan org2 tua, muda mudi,para alim ulamak syariat x lupa juga si jahil bodoh.

pertumbuhan pusat pengajian ilmu ini haruslah menjadi kebangaan kpd masyarakat kita yg celik.
Bertapa luasnya ilmu Allah dimuka bumi ini.
Tapi harus di ingat ada dikalangan pengajar2 ilmu tarikat dan hakikat memesongkan pembelajaran ilmu ini
menyimpang jauh dr persambungan mata rantai dgn Rasulullah saw dan para sahabat. ammaba`adu....

Bkn pe wak boring dok umah..hahaha
kang bg pendapat pnjg2 nanti org boring baca... wak x buat open house ke...!!!

moses said...

Engaku kaya tiada berduit
Engkau mengetahui tanpa belajar
Engkau......
Itu siapa cuba teka
Ramai sebutmu tiada ketahui tempatmu
Dimana......
Rupa-rupanya dalam diriku
Kafirlah aku.

Petikan dr DHALO
mohon kebenaran.

azdy28 said...

Salam ye wak,

Minta supaya wak buat tapisan setiap idea mahupun cadangan di tapis terlebih dahulu bagi mengelakkan ianya terpesong bagi para pembaca yg masih mahu suai kenal.Sok2 kena ben lak mcm skim cepat kaya...hahaha

mountdweller said...

"terimalah syukurku wahai Allah. kau telah mempertemukan aku dengan seorang lagi sahabat dan saudara agamaku"

Ya selain Wak dan moses, kini Allah tampilkan pula ngah. Curah dan bahaslah semuga kita cernakan mana yang baik. Insya Allah.

mountdweller said...

Saudaraku Wak,

Saudara kita matcomot sekarang di dalam kesusahan. kalau boleh sesiapa di antara teman-teman boleh bantu. masalahnya saya tidak ada hak nak nyatakan di sini. matcomot hubungi saya semasa saya di Ipoh semalam. saya nak singgah ke tempatnya saya tak sempat.

sesiapa yang musykil bolehlah email kat dia.

WAK JONO! said...

mountdweller sahabatku dan yang lain2nya,
sama2 kita cuba..
wak memang berkawan dengan dia dan ada nombornya..timakasih atas ingatan

aku said...

salam wak..
bagus-bagus!bertambah ramai tamu yang hadir.bertambah pendapat yang aku dapat.kita disini bukan untuk berlawan ilmu.terutama aku,aku hadir untuk mencari ilmu.dan pandangan kalian amat-amat bernilai buat aku.semoga bertambah meriah majlis wak jono ini..

Ngah said...

Salam semua.

Sajak Al-Hallaj:


BUMI

Kucari tempat semayam yang nyaman di bumi
Tapi bumi bukanlah tempat yang nyaman
Berjalanlah aku mengikuti kehendakku,dan aku diperbudaknya
Kalau ku puas pada adanya,aku pun akan merdeka




AKULAH

Akulah orang yang kudamba
Dan seseorang yang kudamba adalah aku
Kami ini dua nyawa padu dalam satu badan
Bila kau pandang aku kau pandang Dia
Bila kau tatap Dia terpandang Aku jua.




Sajak Hamzah Fansuri:


Hamzah Fansuri

RUBAYAT

Hamzah Fansuri di dalam Mekkah
Mencari Tuhan di Baitil Ka'bah
Dari Barus ke Kudus terlalu payah
Akhirnya dijumpa di dalam rumah

(bersambung......)





Ngah.

PENDEKAR said...

Aku pernah didatangi seorang sahabat dan dia bertanya, “Kalau aku katakan dekat rumah aku sekarang ada Pak Lah kau percaya tak?”. Maka aku jawab “Tidak”, kerana aku kenal siapa kawan aku ini. Takkanlah orang macam dia nie Pak Lah nak jenguk. “Macam mana aku nak bagi kau yakin bahawa Pak Lah memang ada kat rumah aku sekarang?” katanya lagi. “Kau bawa aku jumpa dia sekarang”. Ketawa kecil pula dia, dan dia berkata “Semua manusia pun di muka bumi ini, kalau hendak diyakinkan tentang sesuatu perkara harus dilihat dengan mata kepala sendiri, betul tak?”


“Apa yang kau nak cerita sebenarnya ni, aku dah tak sabar nak jumpa Pak Lah” aku berseloroh. “Nah sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan Pak Lah, aku cuma bagi contoh. Tapi kau percaya tak Allah itu ada?”soalnya lagi. Aku menjawab dengan hairan “Mestilah, kitakan orang Islam”. “Tapi, kau nampak tak Allah? Tak nampakkan? Tadi bila aku bagi tahu Pak Lah ada dekat rumah aku kau tak percaya kerana tak tengok lagi. Kenapa Allah kau tak nampak tapi kau percaya?”soalnya membuatkan aku semakin bingung.


“Begini, aku bukan nak buat engkau pening. Yakin dan percaya juga kita kenali sebagai iman, dan kita punya rukun iman, pertama beriman kepada Allah, seterusnya kepada, malaikat, pada kitab-kitab, pada rasul, pada qada’ dan qadar serta beriman pada hari akhirat. Akan tetapi dalam keenam-enam rukun iman ini, semuanya perkara yang tak mampu kita lihat sekarang ini, melainkan kitab sahaja. Beerti kita harus belajar memahami al-kitab dahulu sebelum kita hendak beriman kepada yang lain. Dari Al-Quran kita akan kenal Allah, para malaikat, para rasul, qada’ dan qadar serta hari kebangkitan”, jawabnya panjang lebar.


Benar juga penjelasannya, kerana hari ini ramai orang Islam cuma berlakon percaya kepada Allah walhal mereka lansung tidak pernah memahami isi Al-Quran, dari mana mereka tahu?. Pelik tapi benar.

ku2 said...

salam semua...

Pucuk paku dalam perahu,
perahu bawa pergi seberang,
carilah Aku di dalam Aku,
Aku sembunyi di dalam terang.

..tidakkah Tuhan itu terlalu nyata, hinggakan terhijab manusia daripada melihatNya dengan mata kepala...