Sunday, October 26, 2008

KIAS FANSURI

suatu tika dulu terjadi polemik akan video clip KIAS FANSURI nyanyian M.Nasir lirik Loloq. kerana lirik tersebut ada menyebut Nabi Yusuf a.s maka M.Nasir dikatakan berlakon menjadi Yusuf dan Vanida Imran menjadi Zulaikha.
juga laungan latar 'aum!' dikatakan menyerupai zikir Hindu pada Hare Rama Hare Krishna..
cerita ni dah lama selesai dan dah banyak dihujahkan.. Wak perturunkan lirik dan video dan minta kalian kupas..kita bincang!

tak sempat dipapas hidanganku habis
bila ku terpandang dia melangkah
masuk hendak menjamu selera
geletar lututku
di belakang tabir
bilaku terdengar
namaku dipanggil
dia
matanya merah menyala
dia
hadiahkan tubuhku
tujuh lacutan pedang saktinya
dia
JANGAN SESEKALI KAU CERITAKAN PENGALAMANMU YUSUF
TAKUT-TAKUT MENGUNDANG BENCANA
siapa tahu betapa berat cinta yang ditanggung
sehingga dia sanggup lakukan
biar apa saja demi mendapatkan
restu sultan cahaya hatinya
TAK SIA SIA AZAM ZULAIKHA
BISA JADI CERMIN MENGINTAI JIWA
TAK SIA-SIA MIMPI ZULAIKHA
BISA JADI LORONG INSAN BERCINTA
bisikan memujuk memupuk nurani
lalu terbukalah pintu yang menghijab
dia
aku kenal dia lama dahulu
dia yang melamarku dalam mimpi
KIAS FANSURI MADAH BERSARI
KIAS FANSURI LEMBAH YANG SEPI
KIAS FANSURI MAWAR BERDURI
KIAS FANSURI LANGIT YANG TINGGI
video

11 comments:

Demang Lebar Daun said...

Assalamualaikum,

Biar saya mulakan sedikit, sebagai intro...

Ada dua peristiwa yg saya agak janggal apabila dikaitkan dgn cerita yg pernah saya dengar sblm ini.
1) Yusuf & mimpi
2) Yusof & Zulaikha

Bukankah dua peristiwa tsbt terpisah dari segi masa dan lokasi?

Demang Lebar Daun said...

Sambil tu, ada pengumuman:

“Deklarasi Janda Baik”

Sila layari http://deklarasijandabaik.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

mountdweller said...

Salam buat sdrku Wak.

Bukankah itu hanya kiasan? dikisahkan manusia dan Penciptanya sebagaimana ayat berikut:
BISA JADI CERMIN MENGINTAI JIWA
TAK SIA-SIA MIMPI ZULAIKHA
BISA JADI LORONG INSAN BERCINTA
bisikan memujuk memupuk nurani
lalu terbukalah pintu yang menghijab dia
aku kenal dia lama dahulu
dia yang melamarku dalam mimpi

ku2 said...

salam.
Buat demang lebar daun, memang peristiwa yusuf n mimpinya, dan yusuf n zulaikha berlaku di lain masa n lokasi, namun hakikatnya rentetan cerita itu berkait, dan menyerlahkan apa yang cuba disampaikan: yakni nur Illahi yang bermain di dalam mimpi yusuf di kala beliau bersama ayahnya, dan nur Illahi yang bermain di dadanya semasa beliau bersama Zulaikha adalah menjurus kepada perkara yang sama- tiada yang hebat kecuali Dia yang Empunya atas segalanya.
lagipun, nama lagu tu pun "Kias Fansuri", kan. Mengenali arwah Loloq, apalah sangat yang dihairankan tentang liriknya yang penuh dengan 'keracunan' yang sentiasa membawa kita mengingati Dia yg Esa. Wallahualam.

WAK JONO! said...

jangan ssekali kau ceritakan pengalamanmu Yusuf
takut2 mengundang bencana....

siapa yang sanggup mengundang bencana ceritakanlah pengalamannya!!

mountdweller said...

Tepat sekali Wak!

aku said...

salam wak..
dalam kisah ni aku tak faham.wak kena kasi aku faham wak.moses mane?moses..!tolong,tolong!

WAK JONO! said...

lihat klip tu...sang pengembara dihukum oleh lembaga bertopeng..dan apabila topeng dibuka wajahnya serupa dengan sang pengembara..
hahaha!! pening tak?

Demang Lebar Daun said...

Ada sesiapa lagi yg boleh membantu?

one love said...

saya beli cd m nasir semalam. dan saya terus terpikat dengan lagu kias fansuri. ye, saya dah banyak kali dengar, tapi kali ini, saya dapat duduk diam di dalam kesesakan trafik mendengar lagu ini berulang kali.

dan saya baru tahu hari ini, Fansuri itu adalah Hamzah Fansuri. dan arwah loloq menulis mengikut kias penyair sumatran itu.

i'm learning about hamzah fansuri at the moment. dan saya harap, saya akan lebih memahami. fahami apa? saya pun tak pasti. tapi dengan ketidakpastian lah saya yakin saya akan jadi lebih pasti nanti :)

dan mungkin fansuri itu bukan hamzah fansuri yang saya maksudkan.

but, m gonna start with sumthing...

Anonymous said...

buy valium online no prescription cheap generic valium wikipedia - effects of valium on cats