Tuesday, October 7, 2008

part 2- Beraya dengan bunian gunung Suralaya!

selepas solat Wak duduk bersembang bersama-sama Gusti Adipati sekeluarga.. mereka bermaaf-maafan dan bersuka-sukaan menikmati manisan dan juadah..
Wak tumpang gembira sembari hati sedikit resah meninjau-ninjau bilakah Dewi Ratna muncul menziarahi kami....

lalu Wak ke dapur membelah lemang..Kartolo, si tua pembantu Gusti hanya melihat sambil menggantang asap kreteknya..
" kasihan buluh itu..masa hendak dibikin lemang susah-susah merempuh hutan mencarinya, apabila sudah masak dibuang saja dia..langsung tidak berguna!" gurau Kartolo.

"ya! tapi tanpa buluh bukan 'lemang' namanya! adanya nama lemang kerana dirangkumi bersama lemang, daun pisang, pulut, santan dan lain2..."

Kartolo meningkah,"Ya! tapi akhirnya yang hendak dimakan cuma "isinya" saja.. yang lain enggak berguna!".............

-sepi- Wak meneruskan kerja tanpa menyahut...

Kartolo : samalah dengan kita..bila kita mati yang mana pulang kepada Allah? jasad atau roh?

Wak : roh!

kartolo : mengapa jasad tertinggal di kuburan? siapa yang disoal malaikat? jasad yang tertinggal atau roh yang diangkat pulang ke hadrat Illahi?"

wak : (diam)

kartolo : mengapa jasad saja yang disoal dan dipukul sedangkan yang berbuat dosa itu jasad dan roh bersama-sama !

wak : tentulah yang disoal itu jasad dan roh..mana bisa jasad bergerak bersoal jawab kalau tiada roh..(saja bagi jawapan bodoh)

kartolo : bukankah 'mati' itu bermaksud roh terpisah dari jasad?

wak : siapa kata?

kartolo : habis? kalau roh tidak berpisah dengan jasad, maka yang diangkat ke langit itu apa?

wak : nyawa!

kartolo : bukankah nyawa itulah roh?

wak : hahaha!!

kartolo : kalau jasad tertinggal di liang lahad dan roh diangkat ke langit, di mana "diri" kita yang sebenarnya?........


....Wak bangun mengambil rendang ayam kampung lalu mencicah dengan lemang tanpa mempedulikan permainan Kartolo...
Kalian bagaimana?

10 comments:

mountdweller said...

Salam Wak, saya pernah dicabar oleh guru saya untuk menunjukkan di mana fakhruddin (diri saya). apakah kita sebenarnya? wujudkah kita?

WAK JONO! said...

lalu..bagaimana? ceritalah kang!

Harimau-Menaip said...

Rupanya, Tuan berdua yang selalu masuk hutan den ni yo...

Wak, ada jumpa Rimau tak kat dalam hutan?

mountdweller said...

saya gagal wak. lepas itu saya diberi tempoh beberapa hari untuk mencari jawapan.

saya ketemu jawapannya semasa di dalam solat. rupanya kita tidak wujud wak! adanya kita kerana adanya Dia. hanya Dia yang wujud. wujud kita hanyalah di atas sifatnya sahaja.

kita tidak siapa-siapa dan bukan juga apa-apa! pening saya wak...

Hamba Fakir said...

Salam Wak Jono..kapan mahu ke bukit saguntang pulak?...:)

Mamak Spicy said...

Salam Wak..nanti bawak ambo bersama ke Gunung Suralaya..

Demang Lebar Daun said...

Demang lagi pening Wak... Nak ke gunung Ledang atau menyelak lagi lelaman waadat.

moses said...

salam aidilfitri wak....
udah menjadi fitrah buluh diperlakukan begitu, memang lah `isinya` akan dinilai kelazatannya, tapi kalau bkn krn buluh isinya nak dok tang mana..??

kalau jasad masih dok ada dlm liang lahad lg,tak khatam lagi la ilmu dia tu...hahaha

Roh nak pi langit mana pulak wak...??
Bijak betul wak nak sudi pengunjung blog wak...yg berbelit bertambah terbelit bg yg tidak memahami

hafiz said...

lalu segala persoalan terus tergentayangan....

mountdweller said...

Salam Wak,

Ke mana bertapa sehari dua ni?