Thursday, October 30, 2008

part 2- Haji Karim..

Haji Karim : Apa yang Rona repekkan tadi Wak? Disusah-susahkannya kalimah syahadah?

Wak : Apa yang susahnya?

Haji Karim : takdelah..saya tak pernah dengar pun persoalan-persoalan itu!

Wak : tak pernah dengar? Banyakkah yang telah kau dengar dan tahu sehingga yang
tak pernah kau dengar itu tiada dalam pengajianmu? Atau kau tak tahu?

Haji Karim : saya mengaku saya tak tahu Wak....tiba-tiba saya rasa sekecil kutu di depan
mereka yang saya rasa selama ini mereka itu jahil..(menangis)

Wak : kalimah pertana namanya Syahadah Tauhid dan keduanya Syahadah Rasul.
kalimah tauhid ada 12 pecahan huruf dan yang Rasul pun ada 12 huruf.
Bermakna 24 jam kita wajib tidak tergelincir dalam kalimah tersebut..nafikan
ujud yang lain dan isbatkan yang nyata hanya Dia!

Haji Karim : hanya Allah yang wujud?

Wak : "Allah" masih lagi bernama dan berhuruf..kalau kau bersandarkan nama
kau masih lagi syirik!

Haji Karim : HAAAHHHH!!!

Wak : Apa yang kau dapat dengan hanya berpegang pada 'nama'? yang Haq masih
gagal kau kenali?..asal dirimu sendiri pun tak mampu kau ungkapkan..

Haji Karim : aku berasal dari Adam!..dari tanah...

Wak : kalau mati nanti pulanglah kau ke tanah..di situlah emansipasimu!

Haji Karim : ahhhhh!!! aku ada roh...ke mana pulak dia ye?

Wak : asal bermula dengan "Bismillahirrahmanirrahim"..ba, sim, mim, alif,lam,lam,ha,
alif, lam,ro,ha,mim,nun,alif,lam,ro,ha,ya,mim...19 huruf!

Haji Karim : apahal lak tu?

Wak : sebenarnya ada 20 huruf..satu huruf pada satu sifat Allah..tetapi tinggal 19
satu huruf disembunyikan...

Haji Karim : di mana?

Wak : hahaha!! lihat kedua tapak tanganmu..huruf apa?

Haji Karim : itu aku tahu..bukan huruf tapi angka dalam tulisan Arab..18 dan 81..campur
kan 18 dengan 81 jadi 99 nama Allah....

Wak : sebenarnya 100...satu disorokkan..

Haji Karim : di mana?

Wak : tanya Ronasina.........................

9 comments:

Unknown said...

Kesian Haji Karim Wak. Kenapa letakkan beban yang berat ke bahunya?

Ronasina ke mana kau sorokkan nama Allah yang satu lagi tu?

Syahadah.... berat Oooo.. nafi, ithbat.. mana yang ada, mana yang tak ada... tapi ada... mana Allah, mana Muhammad... Aiik aku ni sape? tapi di manakah aku.. diriku?

Anonymous said...

Salam tuan semua,

Disini banyak yang sangkut.
Apabila hal roh dibicara.
Ahli tarekat akan sangkut disini.

Cuma ngah boleh bagi pandangan sahaja.

Percaya pada Nabi Isa a.s. ?
Kekal hingga kini.
Ibunya maryam,khasyaf.
Apabila khasyaf,segala yang terlintas dihati akan menjadi.
Gelaran yang diberi pada Isa ialah Ruhul Kuddus.

Kalau boleh jangan pegang pada huruf-huruf.
Apabila berpegang pada huruf,maka dikatakan ahli tarekat.
Boleh juga dikatakan Ahli Ilmu Kalam.
Akan nampak jelas bawaan tarekat naksyabandi,tok kenali,...........
Tetapi.....
Tetapi tidak mengapa buat permulaan langkah seterusnya.
Fikirkan Habib Noh contohnya di Singapura.
Hilang Ghaib.
Berceraikah Roh dan Jasad ?
Tetapi untuk mencapai taraf itu bukan sekadar rasa merasa.
Ada kerja yang perlu dilakukan.
Latihan,perlawanan demi perlawanan,peperangan diri yang amat dahsyat.
Contoh:Nabi Isa a.s. puasa terus menerus selama 60 Hari.
Tetapi di ganggu oleh iblis ketika berbuka,maka digandakan oleh Nabi Isa a.s. 60 hari lagi.Jumlahnya 120 hari terus menerus.
Begitulah mereka-mereka yang terdahulu.
Apa jadi bila berpuasa begitu pada manusia biasa.
Maka dianjurkan latihan dibulan Ramadhan untuk orang islam agar dapat meningkatkan diri kesatu taraf yang berbeza.Tapi tak semua dapat memikir kearah itu.Hanya lapar dahaga.
Mengurangkan makan,minum,tidur adalah langkah permulaan ahli makrifat.

Orang Makrifat-hilang ghaib
Orang Hakikat-mati dalam kubur kurus kering
Orang Tarekat-mati dalam kubur gemuk tembun
Orang Syariat-mati dalam kubur tinggal tulang belulang atau hancur lebur.

Kepada DIA mengharap husnul khatimah.





Salam Dari Ngah.

moses said...

Benarlah kata sahabat ngah...
kalau lah mudah utk mencapai spt martabat ahli makrifat maka ramai la pulak jadi tok wali atas dunia ni.
hahahaaaa....

terlalu banyak lagi perkara yg boleh di canang dan di kupas dalam ulasan ngah tu,masih bnyk lg yg tersirat

Setiap perjalanan org hakikat lg makrifat itu tak sama tetapi serupa

Anonymous said...

Salam tuan-tuan semua,
Dengan izin wak ngah pohon,

Catatan Ringkas puasa Nabi Isa a.s.

Puasa yang beliau lakukan ialah terus-menerus tanpa berbuka.
Pada hari ke-60 beliau ingin berbuka puasa,tetapi ditegur oleh iblis kerana terlintas dihati beliau(Isa) ingin minum air didalam geluk yang berasa dingin apabila disimpan lama.

Lebih kurang begini ucapan iblis :
"Berbuka puasa dengan air dingin nampak"

Jadi untuk mengajar iblis,maka nabi Isa tambah lagi 60 hari puasa(non-stop)

Apabila sampai hari yang ke 120 maka nabi Isa berbuka dengan minum air dikali sahaja(telaga)
Air didalam geluk dibiarkannya sahaja.

Kesimpulannya:
Hanya lintasan hati beliau(Isa) sahaja,iblis menegur.
Akhirnya terjulur lidah iblis diajar oleh Nabi isa a.s.
Itupun Nabi Isa nak berbuka minum air,bukan berbuka dengan ayam panggang,ayam percik,cucur badak,badak berendam,nasi,bubur lambuk,ayam masak kicap..........


Terima kasih wak.

Unknown said...

Salam buat semua.

Terima kasih kepada ngah mengingatkan. Betul ngah, banyak lagi yang perlu di usahakan dan perangi...

Saya suka kiranya ngah boleh memberikan huaraian yang lebih panjang selepas ini..... sama-samalah kita bincang dan renungi.

moses said...

Salam..
benarlah kata2 ngah itu...
banyak perkara lg yg perlu dipelajari
Ngah kalau boleh bg ulasan lg sehingga mencapai maksud sebenarnya dgn kata lain huraian lapisan ketujuh

moses said...

salam tuan mountdwller
Tuan mmg asal org kelantan ke..??
kat sana pasti ramai guru2 yg hebat2 kan dan melahirkan para2 wali
spt Tok Kenali, Tok Selehong,Pak Cu Hassan,Mat traffik... huhuhu ramai la lagi.
semoga tuan diberkati.

Unknown said...

Tuan moses,

Betul, memang saya oang kelantan asal cuma isteri saya orang peghak.

Memang ramai yang bertaraf wali di sini. Alhamdulillah saya dapatlah tempias sikit-sikit dari bekas murid mereka atau dari keturunan mereka (cucu).

Walau apa pun saya masih mencari...

Tucker said...

Nice share, thanks for posting