Saturday, November 1, 2008

Haji Karim masuk dalam Kaabah!

Haji Karim tetaplah Haji Karim..dia terus-terusan ghairah menceritakan pengalamannya di Mekah. Yakin benar dia mendapat Haji Mabrur apatah lagi dia berasa bernasib baik tuah badannya kerana dapat masuk ke dalam Kaabah!

"Aku beruntung dalam ramai-ramai tu aku berjaya masuk ke dalam Kaabah! Ini rezeki dan bahagian aku yang Allah kurniakan yang tak dapat pada orang lain. Kau pun tak dapat masuk dalam kan Wak?" Haji Karim becok bertanya..

"Apa yang ada di dalam?" tanya Wak..

Haji Karim mengerutkan dahi,"emm...takde apa-apalah Wak. Orang kata kalau pandang atas nampak tiang arasy kerana tiang arasy selari dengan kaabah."

"Habis kau nampak apa? Jangan cerita bab tiang arasy tu..aku mahu tahu apa yang kau nampak?..tanya Wak.

"Selain lampu, aku tak nampak apa-apa Wak..kiri kanan,atas bawah, depan belakang aku lihat..tiada apa-apa kecuali diri aku je.."kerut wajah Haji Karim tetap tak hilang..

" kecuali apa?" Wak mengulang soalan sembari menjeling ke arah Ronasina yang leka bermain dengan pemetik api rokoknya seperti tidak mendengar. Malam ni Ronasina datang bersama kawannya Rodzi Jawa.

Haji Karim mengulang jawapannya,"Aku hanya melihat diri aku saja Wak..tiada apa-apa yang aku lihat"..

Wak berkata, "aku harap kau dapat melihat "diri kau" itu juga apabila di luar Kaabah!

..Haji Karim hanya diam dan wak tahu dia langsung tak faham apa maksud Wak..

(Wak akan ke Gunung Suralaya seminggu mulai malam ini..kalian teruskan perbincangan sehingga Wak kembali, itupun kalau masih bisa kembali dan masih bernafas..)

25 comments:

mountdweller said...

Kira ok jugalah Hj. Karim masih nampak dirinya... kalau dirinya pun hilang macam mana agaknya ye?

Buat Wak,

Selamat pergi dan insya Allah selamat kembali. Kami menanti cerita dari Wak bila pulang nanti..

moses said...

Tak pelik la kalau dpt masuk kaabah...Tun Det pun dpt masuk gak..
kalau aku jadi pembesar negara pun blh masuk gak...hahahahaa
Kaabah yg dok ada kat Meekah tu hanya simbolik umat Islam je...
Pasti ke Karim dpt hj mabrur... kot dapat haji barua je hahahahaa
Wak...
Selamat berangat ke gunung Suralaya

Anonymous said...

salam semua warga wak jono
saya dah mula tertarik melayari blog ini.
lain dari yg lain.....
saya doakan wak selamat pergi dan selamat kembali
kembali utk mengisi ruang kosong yg semamangnya kosong dalam diri ini.

ok wak.... selamat.kami menanti kepulangan wak.

ku2 said...

salam.
benar ke hj karim nampak dirinya? yang mana @ tang mana yang di katakan dirinya?
buat wak, selamat! assalamualaikum wth buat warga gunung suralaya dari ku2. smuga berkesempatan pergi bersama lain kali, insyaAllah.

aku said...

salam wak..
semoga smuanya berjalan lancar.sampaikan salam pd Dewi Ratna,Gusti dan Karteni.doakan aku berjaya..

Ngah said...

Salam tuan-tuan semua yang dkasihi,

Kepada Wak, Ngah doakan selamat pergi dan selamat kembali.
Ada sesuatu yang terlintas dihati Ngah.......
Tetapi......
Tak mengapalah......

Ngah mulai dengan komen moses :

Tak pelik la kalau dpt masuk kaabah...Tun Det pun dpt masuk gak..

Komen moses ni mengingatkan Ngah bagaimana manusia dapat memanupulasi orang lain untuk mendapat kuasa.
Kelemahan bangsa melayu dikaji dan diselidik untuk mendapatkan kuasa yang tertinggi oleh individu yang disebut oleh moses itu.

Ngah teruskan dengan mengambil keseluruhan topik FANATIK yang dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitab besar IHYA ULUMIDDIN.

Sebelum Ngah meneruskan topik FANATIK ini,dijelaskan disini bahawa Imam Ghazali telah mewariskan kepada umat Islam dengan meninggalkan hanya 5 Mazhab sahaja untuk dipegang oleh umat Islam.
Beliaulah yang mencantas beratus-ratus Mazhab yang wujud setelah wafatnya Rasullulah.
Itupun beliau minta ampun pada Allah s.w.t. agar 5 Mazhab yang beliau tinggalkan tidak dihisab keatas diri beliau kerana menjaga maslahat umat Islam.
5 Mazhab ? (Panjang umur akan Ngah jelaskan kemudian)


FANATIK :

Tentang Ilmu Kalam tujuannya ialah memelihara kepercayaan umum dalam garis Ahli Sunnah secara uraian para sahabat dan Tabi'in (Salafush Shalihin).Melebihi dari itu adalah bagaikan hendak menyingkap hakikat segalanya,tanpa melalui jalannya.Garis Ahli Sunnah,ialah agar umum mengenal rukun Iman secara ikhtisar,seperti kami bentangkan dalam kitab "Qawa'idul-'Aqa'id, iaitu bahagian kedua dari buku ini.(Catatan Ngah:Ihya Volume 2)

Ilmu Kalam secara terurai,ialah kandungan buku setebal 100 halaman,seperti dalam buku kami : "Al-Iqtishad fil I'tiqad.Ilmu Kalam secara terurai ini diperlukan untuk menentang tukang-tukang bid'ah,membatalkan bid'ah-bid'ah yang merusak dan menghapus semua ini dari fikiran umum.

Usaha ini hanya mempan terhadap golongan yang belum tebal fanatiknya.Tapi Ilmu Kalam tak mempan lagi terhadap penyebar bid'ah yang telah agak mahir dalam berdebat.Meskipun dapat dipatahkan alasannya,namun dia takkan mau melepaskan pendiriannya.Dibuatnya dalih bahawa ia tak sanggup menjawab bantahan itu,tapi teman sepahamnya yang lain masih ada yang sanggup.
Anda menang,katanya,hanya karena pintar berdebat !

Rakyat umum yang telah menyeleweng dari kebenaran,masih bisa dikembalikan kepada kebenaran,sebelum tebal fanatiknya.
Bila fanatiknya telah tebal,tipis harapan untuk memperbaikinya,karena fanatik itu salah satu hal yang menyebabkan orang bersitegang pada pendiriannya.
Fanatik ini pulalah salah satu penyakit para Ulama Bejat,karena mereka sangat benar fanatiknya untuk mempertahankan apa-apa yang dianggapnya benar,sedang orang-orang yang berpendirian lain,dipandangnya hina dan leceh.Maka berkobarlah dalam dirinya semangat menentang dan berlawan,sempurnalah gerakan mereka untuk membela yang batal,dan bertambah teguh hatinya untuk berpegang terus kepada apa yang dianggapnya pendirian yang betul itu.Jika sekiranya mereka membiasakan bersilembut,penuh perasaan mesra,dan memberi nasihat secara empat mata,bukan dengan mempertontonkan,fanatik dan hina menghina,niscaya mereka akan sukses.Tetapi karena tuah hanya dapat ditegakkan dengan banyak pengikut,dan pengikut hanya membanjiri dengan menanam fanatik,kutukan dan cacian terhadap lawan,maka fanatik dijadikan alat dan kebiasaan,diberi pula kedok "membela Agama dan mempertahankan kehormatan kaum Muslim",pada hal yang sebenarnya adalah untuk mencelakakan orang banyak dan menanam bid'ah kedalam jiwa mereka.
(Nukilan Imam Ghazali dalam Kitab Besar Ihya Ulumiddin Volume 1.)


Catitan:
Kepada moses Ngah harap jangan ada tawasul.

Contoh :
Dalam Al-Quran banyak difirmankan dengan kata-kata hujan.
Maksud hujan selapis ialah 'Ilmu'


Terima kasih semua,terutamanya Wak.
Ngah rasa terlalu uzur sudah,dengan usia yang lanjut ini.

Selamat Ting*** semua.


Yang mengasihi kalian semua,
Ngah.

moses said...

Salam utk semua...
Buat tuan ngah dan pembaca sekelian,

Imam Ghazali adalah seorang ulamak yg hebat dan bnyk mengarang kitab2 utk rujukkan hingga kini.Beliau sentiasa disanjung tinggi dan dihormati.Pada suatu hari sewaktu mengimamkan solat tiba2 adiknya bermufarakah...Why...???
semoga tuan ngah blh perjelaskan

Bertawasul bg saya tidak lah menjadi satu kesalahan krn saya sentiasa bertawasul kepada Muhammad Rasulullah setiap kali berdoa krn muhammad lah pengantaraan antara saya dgn tuhan, siapa lah diriku utk bertemu dgn tuhan melainkan pengantaraan dgn muhammad.
Didunia ini pun kalau nak jumpa MB secara langsung memang sukar melainkan mengunakan pengantaraan(tawasul).tu blm nak jumpa agung lg.
Jika tuan ngah ada hujah2 penafian sila kemukaan

Utk pengatahuan yg ingin atau baru nak berjinak dgn Ilmu Tarikat ke Hakikat ke waimma Makrifat sekali pun,Golongan ini terbahagi kpd 2.
yg pertama golongan menolak MUHAMMAD dan yg kedua golongan menerima MUHAMMAD sepenuh2nya.
terpulang kpd kalian utk memilihnya, jika tersalah pilih maka sesat lg menyesatkan.

Jika kitab HakikatuInsan diharamkan oleh kerajaan M`sia krn dikatakan sesat tetapi mengapa kitab tersebut dibincangkan seluruh ulamak nusantara.
Jika kitab Hikam dikatakan sesat tapi mengapa masih diajar lg oleh guru2 di pondok agama
Hanya orang yg pernah merasai masin nya garam sahaja yg boleh mentafsirkanya krn masin tidak boleh dijual beli dikedai melainkan garam
Maka carilah guru mursyid, di blog ni sekadar berkongsi2 ilmu je tak lebih dr itu.
Perlu diingat setiap tarikat yg tidak mempunyai persambungan jln dgn Rasulullah dan para sahabat maka tarikat itu adalah tarikat rekaan lagi palsu, sesat lg menyesatkan.
Guru yg mursyid tidak boleh dinilai melalui zahirnya sahaja, kedudukan, ilmu syariatnya,warak, panjang serban,bnyk kitab,jernih air muka,bertanda hitam didahi,bersopan santun dll.tetapi hendaklah dinilai dr segi perwarakan ilmunya,kerana ramai mereka yg mursyid menyelubungi dan merahsiakan ilmunya sehinggakan org ramai tdk perasaan mereka itu lah mursyid.
Kita jarang sekali berjumpa seorang guru yg alim syariatnya malah sempurna pula dlm ilmu hakikatnya dan ianya seorang guru yg mursyid, kalau kita terjumpa spt ciri2 tersebut itulah seorang guru yang paling baik, tetapi jika tidak bertemu dgn ciri2 diatas maka sudah cukup bg kita menjumpai seorang guru hakiki lagi makrifat yg mursyid.

Insan itu rahsia ku dan rahsia ku itu rupa ku dan rupa ku itu tiada lain melainkan Wajah

Bertemu lagi....
mohon ampun....

mountdweller said...

Salam buat sdr. ngah dan moses.

Nampaknya tuan berdua dok gaduhkan tentang kulit dan isi. Kulit dan isi punya peranan masing-masing dan dua perkara yang berbeza yang tidak akan ada titik pertemuannya. Kulit melindungi isi, isi membajai biji/benih dan hanya benih yang akan tumbuh. Di kala benih tumbuh, kulit dan isi sudah pun hancur dimakan tanah. Jadi masing-masing jalankan peranan masing-masing. Biji tidak akan tumbuh sekiranya tanpa kulit dan isi.

moses said...

Salam
Benarlah kata2 tuan mountdweller,
next time saya malas lg nak berbahas dlm blog wak ni...tiada kesudahan melainkan telah merasai masinnya garam.....

aku said...

salam semua..
jgn la gaduh,just klua hujah je la.sdr moses,jgn benti dr beri komen.memang nak cerita rasa masin pd org tak boleh.kena rasa!kalau tak ada kalian camane aku..

wak rono said...

salam ngah,
saya hairan kenapa ngah tiba2 berhujah fasal 'fanatik' dan itu nukilan Imam Ghazali bukan dari Ngah sendiri.Mana hujah Ngah sendiri?
Ihya Ulumuddin sudah ramai di sini menghadaminya saya rasa,seperti ngah yg ada terlintas sesuatu terhadap wak jono, saya juga terlintas mengapa Ngah rasa ada 'kelayakan' menasihati moses?ngah yakin kedudukan ngah lebih baik drpd moses yg tidak ngah kenali?
..dan janganlah ngah merasa uzur dengan usiamu selagi ada hayat selagi itu ilmu wajib dituntut..

Mogen Ali Rico said...

Wak..semoga setiap langkah utk pergi dan balik sentiasa dirahmati.Semoga kami sentiasa dpt mengembara bersama wak dgn izinNYA.

diri ini @ dini said...

Salam buat semua,


Ku lampirkan buat kalian....

"Semua kamu adalah sesat kecuali orang yang KU beri petunjuk,maka mintalah petunjuk kepada KU,AKU akan memberi petunjuk padamu.Hai hambaKU,semua kamu lapar dahaga,kecuali orang yang KU beri makan,maka minta lah makan kepada KU,AKU akan memberi makan kepadamu.Hai hamba KU,semua kamu dalam keadaan telanjang bulat,kecuali orang yang KU pakaikan pakaian maka minta lah pakaian kepada KU,AKU akan memberikan pakaian itu kepada mu.Hai hamba KU,kamu semua byk berbuat salah sepanjang hari dan mlm,AKU lah yang memberi ampunan atas dosa-dosa itu semua-kecuali syirik maka mintalah ampun kepada KU,AKU akan ampuni kamu (Di riwayatkan oleh Muslim,Abu Uwanah,Ibnu Hiban dan Hakim dari Abu Dzarrin r.a)

================================
RASA dan AKAL,DAYA dan NAFSU,
Di dalam raga nyata bersatu,
AKU meliputi segala liku,
Matan hujung rambut ke hujung kuku.

================================
TUBUH dan HATI,NYAWA-RAHSIA,
Satu yang zahir amat nyatanya,
Tiga yang batin pasti adanya,
ALAM SHOGHIR itu sabutnya.

Salam perkenalan buat semua dan semoga selamat hendaknya..

Buat WAK...

Menanti kepulangan INSYALLAH...
Semuga diberkati pergi dan pulang...

==============================
MANI-MANIKAM-MADI dan MADZI,
Titis manitis jadi menjadi,
Si anak ADAM balaksa kati,
Hanya yang tahu ALLAHU RABBI.

wak rono said...

di wadi mani manikam
wujud nur ilmu syuhud
allah muhammad adam insan
hu hu hu hu

aku said...

salam wak rono..
wak ni kembarnya wak jono yo..hehehe

moses said...

salam utk semua...
hahahaaa wak rono pun ada...
sama cam wak jono tp x serupa
sok2 wa kena beb pun ada gak bg komen
salam perkenalan yg bernama wak rono

Wak Jono tgh menyatu dgn dirinya.. tu
yg x balik2 lagi ni...

Telahku katakan tiada perpisahan dan jangan dipisankan nanti gelisah

Research Papers said...

Beautiful. amazing and incredible. Good job done.
Research Papers

Anonymous said...

buy valium valium costochondritis - valium vs xanax vs ativan

Anonymous said...

http://technologiesuae.com/#7273 order xanax with mastercard - xanax 2mg in pakistan

Anonymous said...

buy tramadol cod fedex order tramadol online - buy tramadol hcl

Anonymous said...

can i buy misoprostol in stores - buy cytotec in saudi arabia - buy cytotec in canada

Anonymous said...

buy generic tramadol online buy tramadol online cod overnight - buy tramadol online mastercard overnight

Anonymous said...

All large purchases are always intimidating, especially if you are uninformed about the industry.

One of the scariest purchases is buying cars.
Many people fear they are getting ripped off and you surely don't want that. Avoid buying a lemon by looking through these great tips and tricks regarding car purchases.

Anonymous said...

Are yоu wiѕhing tο saѵe monеy?
You no ԁoubt want to get prοbablу the most of it.
Couρons can let you seе huge dіscοunts
on еach the гequireԁ and noneѕsеntial thіngs yοu purchaѕe every day.

This short article сοnѕіѕts of ѕome fantastic ideаs that
cаn assiѕt and guide you within the use of gеnghіѕ grill coupons.


Ηeгe iѕ mу blοg ρost :
: Coupon For Genghis Grill

Anonymous said...

Are you lоoking to savе your cash on thіngs from groceries to boοks?
The most effective aρprοaсh
to get the items you ωill neеd cheaply
іs tо use couрonѕ for gain pгoduсts.
Where aгe you able to apρeаr tο dіscoνer these great gain сοupon?
This short article coѵеrs fantastic techniques to create use from thе very best gаin printable couρons.


My website ... gain cοupons (extremecouponingonline.net)