Saturday, November 15, 2008

Raden Jumaat dan maling!

kurang lebih setengah batu lagi kami hendak sampai ke rumah Adipati..hari larut petang waktu kami melintasi rumah Raden Jumaat yang kelihatannya sedang termenung jauh di serambi rumahnya..begitu asyik lamunannya sehingga tidak sedar akan dia seorang lelaki yang tak dikenali cuba mencuri masuk ke dapurnya. Manakala terlihat kami, lelaki itu bersembunyi di sebalik tiang..

Wak : Raden! Kenalkah kamu lelaki itu?
Raden : Dia tiada kena-mengena denganku!
Wak : Mengapa membiarkan dia masuk ke rumahmu?
Raden : Apakah ia ada kena mengena denganmu?
Wak : Sudah tentu tidak! Tetapi dia nampaknya seperti hendak mencuri barang di
dalam rumahmu!
Raden : Dia boleh ambil apa saja yang dirasakannya sangat menguntungkan asalkan dia
tidak menggangguku..tapi kau menggangguku Jono! Kau mengalihkan tumpuan
ku yang sedang berbicara dengan kekasihku! Pergi!

Kami meneruskan perjalanan tanpa sepatah protes..ah! rumah Gusti Adiputra emakin hampir..Sihatkah Dewi Ratna?

8 comments:

Unknown said...

Salam Wak.

Waak..Wak mungkin Waka lupa siapakah lelaki yang bernama Radin Jumaat, juga si pencuri itu dan siapakah empunya harta yang ada di dalam rumah Radin Jumaat.

Betul sekali Wak sudah mengganggunya yang sedang asyik mahsyuk. Nah kali ini Wak sudah terkena.

Cheguman said...

Wak,
Raden tidak terkesan dgn gangguan org asing tetapi terganggu dgn org yg dikenalinya.

Begitu juga kita. Jika jiran kita membina istana, Kita mungkin mampu tersenyum dan berkata: itu rezeki dia.

Namun jika rumah kita terbakar, kita lupa bahawa "sudah bukan rezeki kita dan Allah taala berhak melakukan apa sahaja.

Anonymous said...

salam wak..
lama menyepi..
masyaallah.. org yg dah 'sampai' cam gitu agaknya.semua perbuatan tu af'al tuhan.semuanya kepunyaan Dia.
org nak mencuri,apa la sangat berbanding asyik ngan Kekasih.huhuhu
manusia tiada daya.yg ada daya tu la yg nak lawan tuhan.yg nak menyengutukan tuhan.yg nak ubah nasib.yg kata itu salah ini salah.ada akal tak nak guna,ada hati,mati..isk isk isk.
moses.. betul ke aku cakap ni...

moses said...

Yg bernama "aku"..Betul la tu bg diri kau...hahahaaa
ada lak tanya aku..ko tanya la wak, pasal blog ni dia yg punya...
tu cerita wak dan rakan2nya, mana la aku tau siapa mereka2 itu.....

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam moses..
sebenarnya aku 'rindukan' buah pikiran ko.. hehehe

Anonymous said...

Guru ku selalu berpesan "biaq pi lah dekat depa..." semakin lama semakin ku memahami apa yang dirasakan beliau. Kini aku sedang minum apa yang guru sedang minum.

WAK JONO! said...

benerr!!
kalau setakat handal bercerita tentang buah durian tetapi tak pernah merasainya..tak guna...