Tuesday, November 25, 2008

cuma aku!

Menghilang tahun kutahan dahaga
setelah habis madah untuk sang puteri
pautan kasih kukenal sendiri
teringinku melihat di sebalik hijabmu
wajah yang ku puja
kekasih lama sudah aku merindu
larut nan denai
larat nan damai
haram kelamin untuk kita bercerai rasa
kasih dan sayang dalam keredhaanMu!
Adipati selalunya akan duduk di atas sebuah batu besar terletak di puncak Gunung Suralaya..jika kalian berdiri di batu itu maka kalianlah yang paling tinggi di kawasan tersebut..jelaslah kelihatan segala apa yang di bawah dan dekatlah kalian kepada yang di atas..

"Apa yang ada di atas semasa Gusti duduk di batu itu?" tanya Ronasina sewaktu lepas makan malam..
"hanya ada aku!" jawab Adipati..
"seronokkah berada 'di atas?"...tanya Ronasina.
" yang ada hanya sunyi..tiada makna!"jelas Adipati..
"Justeru itu kita harus turun "ke bawah" semula untuk menikmati HAYAT?" tanya Ronasina..
"harus turun ke bawah..duduk di atas tiada siapa dapat menyaksikanmu dan turun ke bawah barulah dapat saksi menyaksikan!" Adipati.."Adanya gerak-bergerak setelah lengkap zat, sifat, asma dan afa'al!.........
Wak menyandarkan diri di dinding menghembuskan gudang garam dari hidung ke udara lepas hingga ia hilang pulang ke Loh Mahfudz...suara Dewi Ratna berbual dengan ibu Sartini di dapur menggetarkan sanubari ini..Dewi....!
Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung
kerinduan
walaupun jauh dari nyata
kasih dan sayang telah lama kusatukan
selimut kasihku dalam gemalai
ke laut jawi kan kukirimkan sana..
duhai kasih hijabmu di sini
masyhur rupamu di mata kalbi ini
berbaringan diusik rindu azali
di mana kau kekasih yang jauh dariku
memakan debu rinduku
segenap nafasku melihat renunganmu
wangi dan harum
kau kekasih antara lamunan
segala kalimahku ini siapa yang mengerti...

22 comments:

ku2 said...

salam.
"...harus turun ke bawah..duduk di atas tiada siapa dapat menyaksikanmu dan turun ke bawah barulah dapat saksi menyaksikan!"
siapa saksi yang menyaksikan, apa disaksikan, dan kat mana pulak tempat menyaksikan? tolong huraikan sikit, boleh wak? tak pun, sahabat yang lain, kalau boleh, damaikanlah jiwa yang kacau. terima kasih.

mountdweller said...

Salam Wak,

Kenapa gitu, kan di atas juga "aku" dan di bawah juga "aku"

Kerinduan kerubat tak hanya menemuiMu, kematian adalah peminangan sebelum di satukan.

moses said...

Salam...

Kebetulan pula buka blog wak mlm ni ada cerita baru...huhuhuhu

Setelah membaca cerita wak tu dlm bab..
"...harus turun ke bawah..duduk di atas tiada siapa dapat menyaksikanmu dan turun ke bawah barulah dapat saksi menyaksikan!"


Terasa juga nak bg komen bab ni tapi biar la dulu..
Tang ni lah kebiasaan ahli tarikat akan confuse pegangannya
Disinilah penting peranan guru mursyid

amma ba`du....

mountdweller said...

Betul tu sdr. moses. solat pun memeningkan saya..

aku said...

salam wak,ku2,abg din,moses..
aku cuba la ye.betul kan segala salah silap aku..
aku wujud sendirian,tiada makna.aku suka dikenali,suka dipuji,suka itu ini.jadikan alam,turunkan kebumi,untuk saksi menyaksi,kenal dikenali,puji memuji..
lantas sampainya masa,aku kembali menyatu..

WAK JONO! said...

hahaha! di sinilah muncul 'berbagai' cerita!
kalau nak tahu kena jalan 'gostan' sehingga dapat punca awal kejadian..baru jelas terang jalan di hadapan!

moses said...

Salam...
Sekadar perbincangan............

Apa yg diterangkan oleh komen AKU adalah utk menyatakan asal usul hubungan tuhan dgn manusia.
Masa tu x de lg tuhan yg bernama Allah,tiada bulan, bintang,matahari ataupun dgn kata lain belum ada sesuatu. (alam ghaibul ghaib)

Lantas diri empunya zat tersebut mentajalikan dirinya utk memuji dirinya,maka ditajilikan nurullah dan kemudian nurmuhammad
Ketika itulah yg dikata kan ENGKAU AKU, AKU ENGKAU.

Aku suka mengenal diriku lalu aku jadikan makhluk (nur muhammad) ini dan aku perkenalkan diriku kpd mereka,lalu mereka pula mengenalkan diriku.

Nak tau lagi kena jalan gostan spt mana kata wak...huhuhu

Dlm pandangan aku part wak yg menyatakan : "harus turun ke bawah..duduk di atas tiada siapa dapat menyaksikanmu dan turun ke bawah barulah dapat saksi menyaksikan!"
adalah satu hal yg lain,setakat ni aku belum berani lagi bg komen

Spt mana telah aku nyakan dahulu zaman ini ilmu tarikat dan hakikat tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Maka lahirlah sebahagian tarikat yg memesongkan ilmu ini
Ada yg mengaku menjadi guru hakikat,ada pula yg tdk menunaikan tanggung jawab syariat, tak perlu lg menunaikan solat, puasa malah ada pula menghalalkan zina.

Kebanyakkan orang yg dok belajar tarikat dan hakikat ni bila kita tanya dimanakah tuhan lantas mereka menjawab inilah tuhan sambil jari dok tunjuk ke dadanya

Aku saje je wak tulis berlapik2 sikit yg mana kena cover mesti la cover...nak bogel dok dlm bilik la br org tak nampak...huhuhuhu

solat tu tiang agama...rumit tuuuu pak din hahahaaaa apa2 hal pun pak din kan otai..tabik spring sekali

sodakollah....

WAK JONO! said...

apa yang diperkatakan moses tu bener pada asal mula-muuleee sekali..antara Nurullah dan Nur Muhammad pun ada 'dialog' pengakuan saksi menyaksi dan kemudian terjadilah 'insan' selepas melalui proses yang...hahaha!! kena jalan gostan (inilah sirrul asrar- rahsia ilmu yang mahal- yang sebenarnya telah dipecahkan walaupun secara lahiriah oleh saintis2 tentang proses kejadian manusia..di dlm sains ia memberi fakta dan bukti mengikut istilah mereka..yang ada sekarang hanya 'sisa2- ilmu' sedang pengkaji yang awal lagi itulah yang memiliki patinya..tetapi dari sudut usuluddin dan hakikatul insan ia sudah lama dibuktikan dengan 'laduni'..zigot, embrio,mikros,kosmos,sperma, ovum...nutfah,di, wadi, mani,manikam,wujud,nur,ilmu,syuhud,tanah,air, api, angin...maka datanglah 'rupa' sembahyang yang diperintahkan...luas dan rumit.AWAS! JANGAN KAMU SUKA-SUKA SAJA!! INI RAHSIA! SIAPA YANG MENYATAKAN ESAT AKAN MENERIMA PADAHNYA!!..DAN YANG BARU SETAPAK MELANGKAH, JANGAN ANGKUH MENDABIK DADA seperti pesan Moses!
BERJALAN DI TITIAN RAMBUT DIBELAH 7 MEMANG PERLU BERHATI2

mountdweller said...

Wak dan moses.

Penerangan yang agak lengkap kepada sesiapa yang mengerti. Saudara bedua, alangkah bagusnya kalau kita boleh melagakan lutut!

moses, walau pun mengaku muda tapi pada saya ilmunya sudah agak dewasa!

Bukan memuji tetapi itulah fakta.

mountdweller said...

Sdrku aku juga tidak kurangnya. sama-samalah kita mencari natijahnya.

aku said...

aku letih....
berjalan kedepan kusangka mendaki
namun sudahnya pergi kebawah
tidak kusedar roda berpusing

Namun Kamalia masih tiada...

Mungkin dia belum puas bercumbu dengan kita. Syukur, alhamdulillah.

aku said...

salam abg din..
aku masih lagi berlegar2 diruang syariat.
dek kerana hati yg tak tertahan2,aku cuba memahami.mengharapkan simpati orang untuk mencari..
yg aku ada hanya kalian, penyeri blog ini..
dlm part 'turun kebawah..' pun aku dah gagal.harap dapat tunjuk ajar dari kalian..

moses said...

Salam...

Pinjam blog wak jap nak sembang2 dgn pak din,aku x de blog hahahaaa kalau pi kat blog pak din nanti ramai yg kata aku sesat,bkn aku takut tapi nak jaga syariat muhammad kalau x nak jaga syariat muhammad pi dok dlm hutan sorang2 tp jgn ajak pak din nanti pecah tembelang huhuhuhu....

Bila sy baca komen pak din tergelak sorang2 tang istilah berlaga lutut, lama dah sy x dgr perkataan tu hahahahaaa. Nak berlaga lutut dgn guru yg muktabar lagi mursyid boleh la... dgn saya berlaga keting bolehhhh hahahaha
tapi kalau dgn wak tak tau la... boleh kot...

Pak din dr keturunan org baik2 mudah nak faham, andai kata di beri sebatang balak pasti pak din tau nak wat pe,maybe jadikan sampan,atau papan,silap2 boleh wat rumah,tapi seusia remaja sy dulu tak tau nak wat pe..dok takik je balak tu,last2 jadi sebatang cungkil gigi je. amma ba`du

Buat bagi yg nak merenung...

Ramai org masih dok pakai lg ilmu solat ketika usia 7-8 tahun,masa ustaz2 dok ajar kat sekolah, surau masjid.lani umur dah meningkat akan masih dok guna solat cam tu lg. Tingkatkan la sikit ilmu tu. Ilmu dunia pun ada peningkatan dr SRP-SPM-STPM-Universiti-Diploma-Ijazah sampai lah Phd...akan ilmu akhirat masih nak pakai masa umur 7-8 th punya.hahahaha........

JALAN MANA HENDAK DI TUJU TELAH DI TENTUKAN MAKA carilah.......

legend said...
This comment has been removed by the author.
legend said...
This comment has been removed by the author.
legend said...

Salam buat kalian...

Tulisan yang dipinjamkan dari seorang sahabat...

Disinun tahu tuu....


"Apa yang ada di atas semasa Gusti duduk di batu itu?" tanya Ronasina sewaktu lepas makan malam..
"hanya ada aku!" jawab Adipati..
"seronokkah berada 'di atas?"...tanya Ronasina.
" yang ada hanya sunyi..tiada makna!"jelas Adipati..
"Justeru itu kita harus turun "ke bawah" semula untuk menikmati HAYAT?" tanya Ronasina..
"harus turun ke bawah..duduk di atas tiada siapa dapat menyaksikanmu dan turun ke bawah barulah dapat saksi menyaksikan!" Adipati.."Adanya gerak-bergerak setelah lengkap zat, sifat, asma dan afa'al!.........

Bagi
mereka yg menjalani ilmu hakikat pasti mereka akan bertemu alam
syahadah, ketika fana itu lah mereka melihat tuhan, rupa2nya tuhan tu
kena ke dirinya sendiri, iaitu tempat paling atas sekali @ tinggi.
Bila
dah sedar turun la semula ke tempat hamba (muhammad) krn tmpt hamba lah
tmpt berseronok tmpt saksi dan menyaksikan spt mana yg di cerita oleh
wak tu
Apa yg menjadi masalah sebahagian ahli
hakikat lg makrifat ni tau mau turun bila mana keadaannay dah sedar.
dia dah dok kat alam nyata maka wat la cara alam nyata,dia berasa hebat kera....

kawan pun dah fening.mcm moses tulis laga keting boleh lahh...tapi kawan rasa nak laga kepala kat dinding nie...huhuhuu...

Arios....wasalam.....

mountdweller said...

W'Salam buat legend,

Hoo... hooo... peluru sudah mengena. Tepat tuan legend.. tepat!
Saya rasa Wak pun setuju.

Apa kata moses?

mountdweller said...

sdr aku,

Tuan legend sudah berikan jawapannya!

WAK JONO! said...

berlaga lutut?hehe..lutut Wak sakit nih..masa darjah 1 kita diajar bermula dgn no 1 dulu hinggalah no 10..tapi bila meningkat naik, rupa2nya dicelah2 no1 tu ada 1.1,1.2 dan seterusnya...dan dibawah 1 ada 0, -1,-2,-3 dan tak habis2..infiniti!!
ilmu matematik PERSAMAAN SERENTAK adalah konsep ketuhanan dalam mencari YANG SATU, YANG SAMA dan SAKSAMA!

aku said...

salam semua..
kalau jawapan legend betul dan tepat,mesti ada yg mengesahkannya.abg din dah setuju,wak ngan moses? ku2?
nak dgr gak jwpn wak dan moses dan yg lain2

aku2 said...

Benar kata legend tu.

Setiap peringkat itu ada bezanya, kita kena tahu membezakannya kerana kita masih wujud dialam kita sekarang.

Siapa merasa dialah yang tahu, jika tersilap cepat kembali kepangkal jalan cuma jangan tersesat jalan. Kerana kita menuju kesana.

ku2 said...

ceritera martabat tujuh...
kemas -kemas ilmu sahabat2 yang bernukilan di sini.. layan.