Friday, October 17, 2008

si tukang kasut dengan kekasihnya!

Ya kekasihku Yang Maha esa
kurindu padamu Ya allah
kemarilah sayang kepadaku
kusisir rambut harummu
kuikat tali sepatumu
akan kupakaikan baju baldu
agar kau makin sayang padaku
dan kita tidakkan terpisah lagi..
ohh!!

"HOI! Kalian sudah gila? mana bisa kalian samakan Allah dengan makhluk yang berambut dan memakai sepatu? Laknatlah kau yang mensyirikkannya" jerit Wak apabila melintasi lalu terdengar nyanyian seorang tukang kasut yang sedang leka menyanyi sambil membaiki kasut pelanggannya. Kerana terkejut, si tukang kasut itu terbangun dan seperti hendak menangis lelaki itu terus lari meninggalkan niagaannya..

" Bahalol kamu? Mengapa kamu berbuat demikian?" Wak hairan apabila Guti Adipati memarahi tindakan Wak itu ketika wak menceritakan perihal lelaki tukang kasut tadi..

" Lelaki itu sedang fana dan asyik dengan "kekasihnya"! Orang yang sedang mabuk rindu bisa saja berkata yang bukan-bukan kerana cinta kudus akan membuat manusia itu seperti hilang kewarasannya..perbuatan kalian telah mencetus keraguan di hatinya dan mengeruhkan hubungan dia dengan kekasihnya!!"..merah mata Adipati memarahi Wak..

Kerana berasa berdosa, Wak mencari lelaki si tukang kasut itu tetapi dia sudah tiada di tempat biasanya...
setelah puas akhirnya Wak bertemunya yang sedang duduk termenung kesedihan di sebalik longgokan sampah di sudut pasar. wak memohon maaf kepadanya...
walaupun dia memaafkan ternyata hatinya tercalar kelukaan........

11 comments:

ajanggut said...

"......Kau hilang pertimbangan untuk pastikan.......apakah Kau sedar atau di lamun khayalan....."

moses said...

Salam wak.. lambat tul update...
Yg wak pi tegur org tgh Fana tu wat pe wak...nasib baik di tak jalan atas air,kalau tak mau nye jatuh dlm air...hahahaaa...
org yg fana sering telatah drpd fe`el mulutnya yg menimbulkan fitnah pd org2 syariat.
Keadaan ini timbul krn akibat drpd kuatnya gelora fana yg bergelombang di dlm lamunan cinta terhadap diri rahsianya... mmg hebat tukang kasut tu...
tapi dlm masa yg sama tukang kasut tu haruslah mendapat perhatian khusus dr gurunya supaya tdk menimbulkan fitnah drpd org2 syariat...kalau naik court pun tak menang pasal kat situ tertulis MAHKAMAH SYARIAH...kalau ada court hakikat blh menang...hahahaahaha

Unknown said...

cinta datang ......cinta pergi......cinta datang......cinta hilang......

buat tukang kasut, ko jangan sakit hati kalau orang cakap macam tu, bukan dia yang bercinta, dia apa tau....

he he he....

Mogen Ali Rico said...

Org tgh bercinta hatinya rawan..jiwanya reben2..mabuknya kepayang..bisanya menggila bayang

moses said...

aku nak tambah lg...bkn semua org dok bercinta dgn penciptanya cam tu, ramai yg tidak mabuk kepayang hanya segelintir sahaja.

Perasaan sakit hati tak wujud dalam diri si tukang kasut tu,tahapnya bkn org awam lg..

berkongsi2 pendapat x salah kan...hahahaha

Anonymous said...

Salam Wak,

Wak gi terjah si tukang kasut wat ape?Jgn di ganggu bahagian/hak org wak....

Anonymous said...

Salam,

Bagi aku sebelum menga...nga atau bertegur dok kena pikir dulu.Fikir dulu sebelum berkata adalah baik...jgn marah yek

Mamak Spicy said...

Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H./780-855 CE)

Imam Ahmad (r): "Ya walladee 'alayka bi-jallassati ha'ula'i as-Sufiyya. Fa innahum zaadu 'alayna bikathuratil 'ilmi wal murqaba wal khashiyyata waz-zuhda wa 'uluwal himmat (Anakku jika kamu harus duduk bersama orang-orang sufi, karena mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka orang-orang zuhud dan mereka memiliki kekuatan spiritual yang tertinggi," --Tanwir al-Qulub, p. 405, Shaikh Amin al-Kurdi)

Imam Ahmad (r) tentang Sufi:"Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka" ( Ghiza al-Albab, vol. 1, p. 120)

Unknown said...

maaf wak sahabatku,

saya sependapat dengan ajanggut. ada bezanya antara sedar dan khayalan. kalau dia "fana" dia tidak akan hiraukan apa kita kata. mereka hilang diri!

kerana gian berita kekawan, ni saya pinjam lp anak buah

Mamak Spicy said...

Rasulullah mengibaratkan dunia ini tidak pun bernilai timbangannya seberat sayap nyamuk

Anonymous said...

salam wak dan sahabat yang sudah lama sampai..
cerita wak semakin jauh perginya.pendapat sahabat pun hebat-hebat belaka.hanya aku yang semakin resah gelisah.ingin berkasih,entahkan siapa.ingin ku dakap walaupun dekat.tapi dekat tidak bersentuh.ingin ku kejar terasa jauh.walaupun jauh tidak bersengkang.. nasib aku..