Thursday, September 18, 2008

soalan maut Lisut Gila!

Lisut, siapa yang tak kenal dengan dia..satu kampung dari kecil hingga orang tua kenal dengan Lisut. Orang gila kampung yang disisihkan keluarga, tinggal di pondok tepi kebun berhampiran rumah pusaka arwah ayahnya. Adik beradiknya ada yang tinggal di sini dan sesekali ada juga anak saudaranya datang memberi nasi bekal. Tapi Lisut tetap Lisut, lebih senang menyendiri dari melayan orang2 gila yang mengaku normal. Gila kuasa, darjat, gila nama dan pangkat. Gilanya tidak menyusahkan orang, sebaliknya membantu orang. Kerjanya mudah saja, setiap hari dia ke pekan membawa baldi dan tuala. Di sana dia akan mencuci kereta orang-orang yang parking di pasar tanpa disuruh. Kerana simpati dan menghargai kerja bersihnya yang teliti, dia dibayar seringgit dan kadang2 lebih....

Kadang2 selepas mencuci kereta dia akan menari sambil menggendangkan baldinya. Asyik sungguh dia menari dan menyanyi. Kelakuannya mengundang ketawa orang awam. Sekali tu semasa Wak sedang berjalan dengan Ronasina, Lisut berkawat seperti askar..Ronasina tersenyum kerana kawatnya tak sama dengan sebutannya..Dia menyebut kiri..kanan..kiri..kanan sedang lenggangnya kanan kiri kanan kiri! Anehnya Wak tak dengar kiri kanan kiri kanan tapi Wak dengar "La ilaha Illallah" berulang kali seperti dia berzikir. Mati-mati Ronasina mengatakan kiri kanan tetapi telinga Wak tetap dengar zikir tahlil itu"..

Entah kenapa tiba-tiba Lisut berdiri di hadapan kami dan bertanyakan sesuatu. Lisut kenal Wak kerana Wak selalu belanja dia teh..
"Wak! Malaikat Jibril kerjanya menyampaikan wahyu kepada Rasul! sekarang Rasul dah wafat, Jibril pencen ke? Atau dia buat kerja basuh kereta macam aku?"
Lisut terus berjalan sambil berkawat bertahlil!

Ronasina menggaru-garu tengkuknya memandang Wak........

7 comments:

Unknown said...

Dia tu lisut yang wak kenal atau seorang wali? walau pun dia berkawat kiri-kanan. Perhubungan zahir dan badin akan membezakan pemahamannya wak. wak dengar dengan batin, ronasina dengar dengan telinga. tentulah pendengaran yang berbezakan?

Unknown said...

"zahir dan batin" salah taip lagi. sorry wak!

moses said...

Wak dengar pakai akal lah... ada lak dengan batin...jgn marah
sorry wak saje je nak menyampuk

moses said...

Kalau Jibril pencen jawabnya blog wak ni tak de sape nak mengarang lagi lerrr....

Wak...!!
Perturun ler ilmu wak tu kat Ronasina
lain kali tak la dok garu tengkok lg

niche said...

salam tn wak jono, tn mountdweller n tn moses...

nie lah contoh 'sonsang adakalanya benar dan kebenaran kadang2 menyonsangkan'yg wak titipkan di awal blog dulu...

Hati yg bersih mampu menyatukan kelima-lima pancaindera menjadi satu kekuatan luar kemampuan minda kita untuk menilai sesuatu perkara itu.
"Hanya jauhari yg mengenali manikam"

mohon maaf wak,
cheers...

WAK JONO! said...

perbezaan yg didengar wak dgn Ronasina tidak membuktikan siapa benar atau salah...
ia menunjukkan bahawa 'bunyi' sebenarnya terletak pada sifat 'samak' bukan di mana2.. bagaimana bunyi didengar bergantung pada bagaimana seseorang menggunakan sifat Allah itu!

ronasina said...

dengarlah kelentong wak tu..
hahha!!
By d Way doakan aku dapat siapkan novel "Wak Rono" (terpaksa gunakan "Rono" kerana khuatir nama asal hakcipta org lain)..ikut jadual aku akan cuba siapkan 6bln lagi...+- naikturun publishing silap2 6bln selepas tu..itu pun kalu tak kene reject!