Tuesday, September 9, 2008

Tidur di Masjid kucing di Mekah!

Masjid Kucing di Kota Mekah

Wak tiba di Malaysia hari pertama puasa... bila sebut puasa Wak teringat setahun yang lalu di Masjid Kucing di kota Mekah 400m dari Masjidilharam..

Ketika berbaring-baringan di dalamnya menunggu waktu Zohor, Wak terpandang seorang pemuda sedang mengisi air paip ke dalam sebuah buyung..anehnya buyung itu bocor di bontotnya mustahillah buyung itu akan penuh..Wak mendekatinya!

"apa yang kau buat saudara?" tanya Wak. Kelihatan anak muda ini agak kurang mesra orangnya.

"Guruku menyuruh agar aku isikan air ini ke dalam buyung" ujarnya acuh tak acuh kerana merasa kerjanya diganggu.

"bagaimana hendak penuh sedangkan di bawah buyung itu bocor?" Wak menegur kerja sia-sianya.

"Aku ditugaskan guruku hanya untuk mengisi air ke dalam buyung ini, sama ada buyung ini bocor atau tidak ia adalah urusanmu, bukan urusanku..

dan Wak pun meninggalkan pemuda itu tanpa sepatah kata......

( dulu kawan Wak bagitahu di Mekah ada sebuah masjid diberi nama "masjid kucing" kerana banyak kucing di situ.. mulanya Wak percaya tapi apabila sampai di sana tiada langsung kucing..rupa2nya semua tu tak betul.. masjid itu dibina oleh sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Abu Hurairah r.a.. Nabi menggelarkan beliau abu Hurairah (Bapa Kucing) kerana pernah beliau bertemu Baginda SAW sambil membawa kucing dengan penuh sayang..)

4 comments:

Unknown said...

pada rase wak pemuda itu makhluk apa? untuk wak selalu dapat pengajaran.

tapi memangnya kita selalu dapat pengajaran sekiranya kita nak belajar. kucing pun boleh ajar kita kalau direnung ke alam hakikat. saya pernah diajar oleh anak beruk belaan anak saya. saya pernah diajar oleh anak kedua saya semasa dia berumur 4 tahun! menangis saya wak!

bila dia besar dia masih ingat peristiwa itu tetapi dia kata dia bukan tahu pun apa yang dia buat! jadi siapa sebenar nak ajar kita wak. saya sebak dan menangis!

Mogen Ali Rico said...

Wak jono,

hasil karya wak jono betul2 membuka ruang berfikir dalam dimensi pemikiran yang berbeza..bayak lagi rahsia yang tidak terungkap dgn akal dan hasil karya wak jono tetap terlalu jauh mengatasi perbatasan pemikiran saya.syabas wak jono..

niche said...

salam wak, mountdweller n mogen,

satu teladan klasik untuk kita hayati betapa ilmu yg ingin dicari perlu melalui bbr 'tingkat'. Khusus utk menjernihkan jiwa yg becampur aduk ngan hal duniawi. Guru merupakan org yg mmpu mmbawa n memberi apa yg kita ingini. Menurut perintah guru scr total n ikhlas, meskipn nampak sonsang spt kata wak, bleh menzahirkan kebenaran kesonsangan tersebut. Ilmu yg dicari melalui cerita ini tidak boleh 'dprolehi/drasai' melalui pembacaan kitab, namun hanya 'guru' saje yg dapat memandu kita ke arah yg hak, dan menghilangkan yg bathil.....

mohon mf wak!
cheers...

Anonymous said...

Wak Jono,
Saya penggemar kucing.Hari ini lelaki idaman saya bercerita bagaimana kisah bapanya seorang yang tidak menyukai kucing. Bapanya sering menyepak atau menguisnya jika lalu dihadapannya. Ketika di Mekah bapanya telah ditolak sehingga bergolek2 terlalu jauh. Barulah dia teringat dan insaf terhadap perbuatannya yang sering menyepak kucing.