Wednesday, September 10, 2008

Lelaki yang berpuasa 365 hari berturut-turut!

Wak ditanya oleh Gusti baru-baru ini apa itu puasa? ..dan mengapa di bulan Ramadhan bukan bulan lain?

"Jangan jawab kepadaku puasa itu menahan lapar dahaga atau perkara2 yg membatalkannya seperti dalam buku sekolahmu, atau untuk mengenang orang yang kesusahan? Bulan lain kamu tak ingatkah pada mereka?

"untuk memperingati Perang Badar!" ..

"lagi salah!"

(peristiwa ini berlaku lebih kurang 17 tahun yang lalu)

" Untuk mensucikan diri kita sebagaimana sucinya kita di dalam kandungan ibu, tidak makan-minum, tiada maksiat sebaliknya hanya beribadah ..sebab itu letaknya di bulan ramadhan, bulan ke 9 dalam Islam simboliknya 9 bulan berpuasa di dalam kandungan ibu..bulan ke 10 sudah lahir ke dunia dan boleh makan minum sebab itu 1 Syawal haram berpuasa!!"

"oohh!" jawab Wak...

- sejak itu Wak terus coba "berpuasa" seluruh pancaindera, anggota deria dari perkara2 mengotorkan tanpa henti2 setahun 365 hari hingga ke hari ini!

3 comments:

niche said...

salam wak,

perbezaan yg nyata di antara dua mertabat puasa, antara syari'at dan hakikat, antara ilmu dan amal
beruntung wak, sekiranya kita 'dimudahkan' berpuasa 365 hari malah seusia kita dibumi Allah ini.
namun, sgl-galanya adalah rahmat n redha Allah semata-mata....

mhn mf wak,
cheers...

Unknown said...

kekadang perkara begini sukar difahami oleh orang-orang gagal menilai hakikat diri.

tok janggut said...

Betul ker ada hari-hari yang diharamkan puasa? Saya tak jumpa pun dalam Quran.