Saturday, September 6, 2008

anak bunian di kaki Gunung suralaya!

sedih wak hendak tinggalkan Perkampungan ini tetapi apakan daya...terpaksa! jumpa lagi Dewiku... moga pintu hatimu dibuka untukku..

Sampai di kaki gunung suralaya Wak bingung kerana terlupa mana satukah di antara dua simpang di hadapan hendak menuju ke kota...lalu Wak terpandang seorang kanak-kanak yang agak aneh, wangi baunya..mengapa seorang diri di hutan ini?

"Anakku! mengapa seorang diri bermain di sini?" tanya Wak..

"Ke mana pun kita berada, Dia tetap menemani kita!"..wah! anak bunian berusia 10 tahun ini petah menjawab..

"Anakku! bolehkah tunjukkan aku ke mana jalan menuju ke kota?" tanya Wak

"oh.. simpang kanan ini!" ..

Wak pun meneruskan perjalanan selepas mengucapkan terima kasih kepada anak kecil berbau kasturi itu.. tapi alangkah terkejutnya Wak apabila mendapati Wak sampai ke kawasan perkuburan!..Geram dengan kanak-kanak ini yang cuba memperdayakan Wak, wak pergi mendapatkannya yang ternyata masih duduk di situ..entah apa yang dibuatnya!

"Wahai anak! kau coba mempermainkanku ya? aku tanya jalan ke kota kau tunjukkanku jalan ke kuburan?" Marah betul Wak..

"bukankah kota itu suatu tempat yang makin hari makin bertambah penduduknya dan berlumba2 orang berhijrah ke sana?"
.......dan anak ini hilang begitu saja selepas kelipan mata wak bertukar!

3 comments:

mountdweller said...

wak.. wak... perjalanan wak penuh dengan rahsia. alangkah besarnya manafaat yang dianugerakanNya kepada wak. syukur....

mountdweller said...

di satu detik saya pernah kehilangan jasad wak. nanar jadinya wak!

WAK JONO! said...

ya! nanar! kerana bahaya kalau Allah dan Muhammad terpisah, apalagi yg ada?