Thursday, September 18, 2008

Part 2- Lisut Gila si wali keramat?

I

sejak itu sering juga Wak ke pondok bersih Lisut untuk berborak dengannya. Pondoknya walaupun usang tetapi bersih dan dia menghiasi pondoknya dengan baldi-baldi berwarna-warni. Selalunya lisut akan merepek-repek..cuma sesekali dia akan berbicara seperti orang normal..sekejap saja seputar 10 minit..lepas itu dia akan terus membebel merapu..

"rukun sembahyang ada 13 dan terawal berdiri tegak? Bagaimana kalau kau tempang dan tak mampu berdiri tegak? kau dah langgar rukun..tak sah solat..rukun nikah kalau tak sempurna sahkah nikah? Lisut tiba-tiba bertanya dalam keadaan matanya memandang ke arah lain!

"Allah Maha penyayang Pak chot! Sudah tentulah duduk pun boleh," Ronasina sengaja menjawab begitu seolah-olah cuba menabur umpan..

"Ini rukun tau? Mana boleh dilanggar!! sedangkan Rukun Negara pun kena patuhi inikan rukun solat!" Wak tersengih mendengar kenyataan Lisut sambil mengenyit mata pada Rona..Kulup Sakah hanya diam seperti biasa..

"memanglah kau boleh duduk, baring atau tergolek kalau tak larat, tapi berdiri tegak yang dimaksudkan adalah aqidah kau terhadap Dia dan ketauhidanmu pada Yang Maha Esa! Kalau itu tidak berdiri tegak, solat di syurga pun takkan sah!"....dan Lisut kemudiannya menyanyi lagu Jepun..entah apa maksudnya entah betul atau tak, Wak tak tahu.....

II

Pernah satu ketika Wak lihat dia selamba je kencing di tepi jalan di pekan tempat orang lalu lalang..

Wak : Eh Lisut! Kau tak malu ke kencing tengah orang ramai ni?

Lisut : apa nak malu? Mana ada "insan" di sini! aku nampak semuanya haiwan yang tahu makan minum dan mengawan...

9 comments:

mountdweller said...

Kah... kah... Wak semua dah dikenakan kat Lisut!

moses said...

Wak... betul ke tak bila aku mengatakan wak mendengar guna akal, ye betul samak itu sifat tuhan. Bila dengar pasti lah guna telinga, telinga tu hanya alat utk dengar je, yg mentafsirkan adalah akal. Sebab tu aku mengatakan wak melihat, mendengar dan sebagainya mengunakan AKAL...

moses said...

Wak..aku pun biasa gak kencing kat tempat org ramai tp kat tandas awam, kira ramai gak org kat dlm tu... apa2 hal pun TQ wak krn sudi berkongsi cerita, aku memahami ape maksud wak tu

Wak rukun solat bkn 12 ke...???

WAK JONO! said...

looh moses..kok enggak tahu lagi rukun solat berapa? atau saja pura2? rukunnya 13 kerana ada 13 sendi terbuka ketika solat dan ada 13 organ terbentuk sewaktu insan dilahirkan.... sedikit dihasilkan sang bapa dan sedikit dihasilkan dari ibu... rambut, tulang, lendir, urat, daging dll.....
hihi panjang loohh!

WAK JONO! said...

moses,
akal mentafsir...
akal yg sejahtera!
akal yg tak sejahtera menafsir dengan tidak kesampaian..

moses said...

Sungguh wak mmg aku tak tahu rukun solat yg wak bg tau tu bkn pura2..lain kali bg secara ditir lg tau..kasi olah dlm cerita

niche said...

salam wak n sume di sini,

sahlah si lisut nie bukanlah hamba Allah betaraf manusia........

meskipun 'gila' namun 'sihat n waras' dr nafsu dunia........

moses said...

Mmg sah si Lisut ni bkn manusia lg, nak kata hantu pun bkn, malaikat lagi la bukan...
Tapi kalau ikut tafsiran cerita wak si Lisut ni adalah Insan Kamilmukamil

bpk muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.