Sunday, September 14, 2008

Part3- Berdialog dengan Iblis!

Silbi datang lagi menjelang Maghrib 5 minit sebelum berbuka...

Silbi : amboi besarnya serban kau! awas jangan sampai terbelit otak tu, nanti tak boleh
berfikir! hahaha!!

Wak : ciss!! Terperanjat aku..hisy!! aik? Bukankah kau dirantai bulan puasa ni? Macam
mana kau boleh lepas?

Silbi : Goblob! Yang dirantai iblis dalam badanmu, bukan aku! itupun kalau seseorang tu
mampu merantainya! takde kena mengena dengan aku! Kalau tidak masakan ada
kes rogol, bunuh dan fitnah di bulan Ramadhan ni!!

Wak : Aku faham! Tapi kau puasa tak?

Silbi : Jangan sibuk dengan amal ibadat orang lain.jaga diri sendiri! Ramai masih tak
faham lagi! Adakah aku yang kena rantai..satu lagi bab lontar jamrah! Adakah
aku yang dilontar? Takkanlah aku nak pergi duduk kat situ dilontar percuma je?
hihihi!!

Wak : Habis tu?

silbi : Yang harus dilontar adalah setan di dalam diri tu supaya bersih hati! Ni penat2
lontar kat Mekah, balik negeri bertambah sombong..hahaha!!

Wak : Ya! SOMBONG! itulah sifat warisan kau! Dulu kau yang paling hebat dan tinggi
ilmu daripada malaikat yang lain..tapi waktu Malaikat lain risau melihatkan satu
nota di Arasy bahawa ada seorang malaikat akan disingkir dari syurga, kau rileks
je kerana merasakan bukan kau..sebab kau paling alimkan?

silbi : eh? jangan ulang cerita tu...huk!Huk!

Wak : lalu semua malaikat berjumpa kau meminta kau berdoa agar mereka diselamatkan
dari tersingkir, ingat tak Azazil?

Silbi : ah!! mengapa panggil aku dengan nama lamaku itu? huuu!!

Wak : Lalu kau mendoakan agar mereka semuanya selamat..tapi kau terlupa mendoakan
untuk diri kau sendirikan?..hahaha!!

Silbi : sudah! sudah! takpelahh!! tapi ceritaku belum habis lagi tadi... dalam solat pun ada
'acara' lontar jamrah tau? 7 kali untuk bersihkan diri..

Wak : ye ke? rukun yang mana?

Silbi : hahaha!! rahsialah bodoh..kan aku lebih alim dari kau! sebelum aku jawab soalan
tu kau jawab dulu soalan aku..tu serban yang kau pakai tu, ekornya di kiri, di kanan
atau di tengah?

Wak : itu huruf "miim"..Mim awal muhammad!

Silbi : ok..dah! cukup! Aku balik dulu..panas aku duduk dengan kau!! Esok datang lagi!

Wak : hey! nanti dulu..tak habis belasah kau lagi.....

.......................patutlah! dah azan Maghrib!

6 comments:

mountdweller said...

A'kum wak,

Saya dah sampaikan salam wak kat Cikgu Man di http://waadat.blogspot.com/

Sambil tu wak teruskan dialog dengan iblis tu. saya akan ikutinya.

moses said...

Aku harap blog ni biar lah berpanjangan utk tatapan bg mereka yg berminat,sebenarnya aku selalu follow blog wak ni cuma tak pernah nak menyampuk je... ni pun saje je gatal tangan menaip.
Mungkin aku mengerti apa maksud tersirat yg wak nak jelaskan tp aku tak mengerti nak mengulas dan mengolah ayat spt wak...syabas wak!!!
Biarlah aku mengambil sifat nabi dan wak mengambil sifat rasul

moses said...

wak asal iblis tu tak tanya Abu Jahal or Abu Lahab hal serban ni... serban dia lagi besar

Demang Lebar Daun said...

Assalamualaikum,
Demang hadir di sini, Wak..., sebagaimana pesan sahabat Wak. Barangkali ada sesuatu yg nak Wak khabarkan... Insya Allah Demang akan cuba memahaminya.

hafiz said...

hahaah lepas ni tak posa salahkan seytan! hahah tak semayang juga salahkan seytan hahaha bunuh orang pun kita boleh salahkan seytan hahaha seytan memang salah hahaha kita ni betul aja tak ke gitu wak? haha

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!