Saturday, September 13, 2008

Part 2- Berdialog dengan Iblis!

Silbi datang lagi malam tadi setelah gagal datang malam sebelumnya..

Wak : Kau memang makhluk laknat! janji tak ditepati!

silbi : Oh! Aku sibuk menggoda seorang alim agar berhenti beribadah dan turun ke
lembah maksiat..2 hari akhirnya aku berjaya!hahaha!!

Wak : kau memang makhluk yang sesat lagi menyesatkan!!

silbi : aii..dah itu kerja aku! Itu sumpahku pada Tuhan..kalau aku tak menggoda maka
terbatallah amanah yang Tuhan berikan..berdosalah aku!!

Wak : Allah kata kau takkan berjaya!

silbi : Nabi juga berkata dalam khutbah wida'nya yang aku dah berputus asa menggoda
dalam hal-hal yang besar..lalu aku menggoda dalam hal2 kecil saja..aku berjaya!

Wak : Kerana kau si alim itu sesat!

silbi : eh! kenapa salahkan aku? aku tidak menjanjikan apa-apa padanya, aku cuma bagi
bayangan keseronokan saja, dia yang gagal dan percayakan aku! Bacalah surah
Ibrahim ayat 21-23.. aku tak janjikan apa2!

Wak : kau janjikan keseronokan dunia!

silbi : hanya Allah saja yang berhak menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat..Aku bukan
Tuhan dan tak pernah mengaku Tuhan! nilah bezanya kita..manusia lebih sesat
dari aku kerana ada yang mengaku jadi tuhan..macam Firaun!

Wak : Kau patuh pada Tuhan?

silbi : Ya! Tuhan luluskan sumpahku untuk menyesatkan keturunan Adam dan aku
mesti patuh dengan persetujuan itu! Aku mesti tunduk pada Tuhan!

Wak : Mengapa kau tak mahu sujud pada Adam?

silbi : sebab yang hanya patut disujud dan dipatuhi perintahnya ialah Allah!!

Wak : siapa yang perintahkan sujud pada Adam? Allah bukan? Kenapa tak patuh?

silbi : aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!

(dan silbi berkecai menjadi api...)

3 comments:

moses said...

wak...kira ok la tu iblis datang siap blh sembang2 lg.aku gak yg malang sbb iblis tak pernah pun ajak aku buat maksiat tapi dok buat jugak, malaikat pun sama tak pernah pun ajak aku buat baik tp aku buat jugak...cam ne tu pulak wak
nanti hurai dlm part 3 ye wak

WAK JONO! said...

x sukar nk terangkan moses tp x mudah fahaminya..alahh! wak tahu kau sebenarnya pandai!!

takpe.kita ikuti je cerita ni dari mula dahulu hingga blog ni tiada lagi..pasti ada jawapan!

mountdweller said...

Saya minta wak teruskan dulu sehingga selesai.. saya memang dok tunggu.

Lepas tu baru kita bincang. ok