Monday, September 22, 2008

aku tetamu Allah?

Suatu hari paman Wak dari Demak menziarahi Wak dan bermalam di rumah Wak selama 7 hari 7 malam. Sebagai tetamu, Wak melayaninya dengan begitu baik, setiap hari Wak memasak dan menyediakan makanan yang lazat dengan minuman yang enak.

ketika hendak pulang ke Demak 7 hari kemudian dia mengajak Wak berkunjung ke rumahnya di Demak dan menginap beberapa hari di sana.

"Akanku ajarkanmu tentang ketulusan dan keikhlasan budi."

"Mengapa? Apakah aku salah melayanimu? tanya Wak.

"Kau terlalu berlebihan. Layanilah tamu seperti kau melayani dirimu sendiri seadanya kerana ia tak menyusahkanmu, jadi setiap pertemuan dan perpisahan akan menyenangkanmu.sebaliknya jika kau berlebihan pertemuan itu akan menyusahkan kau dan perpisahan pula melegakanmu"

Pada suatu ketika Wak bersama 5 orang kawan berkunjung ke rumahnya di Demak. Kami sampai malam dan dia menyambut kami dengan menyalakan 6 batang lilin hingga pondok kecilnya terang-benderang.
"bukankah itu terlalu berlebihan?" protes Wak.

"cobalah kau padamkannya!"pinta paman. Aneh, beberapa kali Wak cuba meniup, lilin-lilin itu tidak mahu padam. Cuma sebatang saja padam dan lima yang lain tetap utuh menyala.

"5 lilin yang kunyalakan kerana kamu adalah tamu titipan Allah sedang satu yang padam tadi kunyalakan untuk diriku sendiri. Kau dulu berbuat baik untuk aku sedang aku berbuat keranaNya, maka itu ia tak membazir!". jelas paman.

5 comments:

Unknown said...

Betul wak, memang kita hendak layan tamu sehabis baik bagi kita cumanya adakah kita ikhlas. kalau kita ikhlas alhamdulillah tetapi kalau kita tidak ikhlas itulah yang dikatakan beban dan bahagia sekiranya tamu akan pulang. tetapi kalau kita berbuat baik untuk tetamu Allah kita akan sentiasa bahagia.

Cheguman said...

Barangkali, wak...
1)apabila kita berbuat sesuatu krn memenuhi keinginan sendiri maka kita sekadar mendapat manafaatnya selagi ia masih berfungsi.

2)kita hanya boleh buat keputusan yg melibatkan diri sendiri tetapi bukan yg menjadi hak orang lain.

Lilin yg dinyalakan oleh paman tadi telah dapat dipadam kerana lilin itu dinyalakan untuk paman sendiri. Sedangkan lilin yg lain tidak padam kerana ia sudah menjadi hak tetamunya dan Allah meredhai mereka.

Seorang tetamu hanya singgah di rumah kita sedangkan rezeki dan haknya sudah disediakan oleh Allah. Malah, adanya kita di rumah itu pun sekadar untuk menunggu kedatangan tetamu. Jika bukan kerana tetamu yg datang maka kita sendiri belum tentu dapat berada di situ.

Entah lah wak. Belum sampai setinggi itu pengajianku.

kulupSakah said...

aku suka brainstorming gini..banyak pendapat dikeluarkan dan bnyk ilmu tersembul..
pendapat aku- sebarang perbuatan@amalan selain kerana Dia..takan sampai ke mana!

Mogen Ali Rico said...

kan bagus kalo BTN ade brainstorming mcm nie..

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.