Sunday, November 9, 2008

Bunyiamin yang pemurah..

Di pinggir pekan setengah batu dari Kampung Mahameru kami lewati tika hampir zohor..di situ kami dapat lihat Bunyiamin hartawan yang sangat pemurah sedang mendermakan wang dan menyedekahkan sedikit pakaian kepada orang awam dan yang miskin..anehnya dia meletakkan wang dan pakaian itu di atas tanah dan membiarkan mereka mengambilnya sendiri..

Wak : wahai Bunyiamin! Bukankah Nabi berkata tangan yang di atas lebih baik dari yang
di bawah? Mengapa tidak kamu beri saja mereka dan bukan meletakkan di tanah!

Bunyiamin : Dunia ini begitu kecil nilainya Jono! disebabkan olehnya aku tidak mahu melihat
tanganku berada di atas tangan orang lain..ini bukan sedekah..sekadar pemberian!

Kami meneruskan perjalanan semula....

6 comments:

Unknown said...

Sdr.ku Wak,

Itulah keikhlasan dan rendah diri seorang hartawan yang dermawan.

moses said...

salam...
aku selalu mengambil pemberian dr orang dimana tangan ku berada lebih atas dari tangannya,
Hahahaha tangan ku lebih mulia la cam tu dr yg memberi...

Anonymous said...

salam wak..
...sedangkan ramai orang yg berlumba2 memberi sedekah.dapat pahala banyak woo..

erisya nor said...

salam wak,

selalu membaca blog ini. tapi inilah kali pertama meninggalkan komen :)

teringat kepada seorang dr yang memberi pakaian lama. Pakcik yang menerimanya menangis.Bila ditanya, pakcik tu menjawab, " tak pernah lagi saya terima pakaian lama yang telah siap disterika kemas begini!"

Maklum, biasanya org longgok pakaian lama dalam plastik sampah jer. Kemudian, para penerima terbongkok-bongkok memilih pakaian yang mereka sukai..malah ada yang sampai hati memberi pakaian koyak-rabak!Rupanya nak 'clear' kan rumah sebelum hari saya :(

Anonymous said...

Salam semua,
kekadang hasrat tak kesampaian disebabkan cara pelaksanaan dari kita.
Jadi saya cadangkan hanya yang register saja yang boleh meyertai diskusi ini.
Bukan apa , taknak kite jadi penyebab orang ting tong.

Kan ke telah di katakan oleh ramai yang Rahsia itu tak boleh di serakkan agar jadi tak rahsia.Macam ayam ditabur jagung yang banyak.Tak dimakan nya , malah dibuat Main aje.

sekadar untuk menjaga rahsia agar tidak di mainkan.

WAK JONO! said...

salam anonymous..rahsia masih lagi rahsia..setakat ini tiada apa yang terbongkar..sekadar berlegar di laman alam tak nyata..