Sunday, March 29, 2009

Hantu laut bergentayangan..

ditulis oleh Ronasina berdasarkan kisah dari Wak:-

Sebaik berlari melepasi Batam, di tengah samudera di malam gelap, Wak berasa pelik melalui laut yang di permukaannya penuh terapung jasad-jasad terbujur , nak kata mayat ia bergerak-gerak, wangi dan tidak rosak..

"hantu laut barangkali!" bisik Wak.

"bukan! kami adalah golongan pencari Tuhan yang semasa hayat mempercayai kematian itu adalah pulangnya roh kepada pemilikNya..maka itulah jasad-jasad kami tertinggal terapung-apung tanpa haluan sedang roh kami pulang aman!"

"bukankah jasad dan roh datang bersama2 dalam satu titik, sudah tentu pulangnya bersama-sama ke arah kesatuan! Sampai bila kamu harus begini?" tanya Wak yang tidak pasti dari jasad manakah suara itu berkata.

"Apakah masih ada Rahim dariNya setelah hayat berakhir?" tanya suara itu..

Wak tidak menjawab dan terus berlari meninggalkan gema lolongan dari jasad-jasad yang terapung itu. Wak berhenti berehat di Pulau Pandan..

Friday, March 20, 2009

berlari ke Suralaya

Wak mohon bercuti untuk beberapa ketika untuk ke Suralaya..kerana ketiadaan uang, Wak berjalan kaki menyeberangi Laut..

"Bukan aku memijak laut tetapi aku memijak makhluk.. bawakan aku ke Suralaya!"

Tuesday, March 17, 2009

nak jadi bidadari

Wak : kadang2 Wak berangan ingin menjadi bidadari di syurga bersuamikan Nabi Yusuf!

Kartolo : husy! Kok mahu jadi perempuan loh? Kalian harus masuk syurga dan beristerikan
bidadari..

Wak : huhuhu!

Kartolo : Mengapa ya mahu jadi suami Yusuf? Kan lebih baik jadi isteri Muhammad SAW?

Wak : enggak mahu kerana khawatir Aisyah cemburu di syurga nanti..

hahahahahahahahahaha!!
terkadang terlalu rindukan anbia dan aulia kami bisa saja bergurau sedemikian!

Adipati diuji ilmunya!

Selepas Tok Ayah melantik Adipati menjadi pembantunya dalam menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya tidak sedikit kawan2 sepengajian cemburu. Wak pernah juga mendengar mereka mencemuh dan memperkecilkan Adipati di belakangnya.

Suatu hari Wak, Kartolo dan Adipati dijemput makan tengahari oleh Mat Esa di rumahnya. Mat Esa adalah teman rapat Adipati yang sama-sama datang berguru dengan Tok Ayah 30 tahun dulu.
Hidangan nasi dengan daging kambing rempah dihidangkan. Adipati mengambil pinggan berisi daging kambing, dicerai-cerainya ketulan-ketulan daging tersebut, dua keping terpilih dimasukkan ke pinggan Wak dan selebihnya dimasukkan ke pinggan Kartolo. Tetapi Adipati tidak membenarkan kami memakannya.

"ini makanan untuk si tuan rumah!" Adipati menunjukkan ke arah daging di dalam pinggan Kartolo sementara yang di dalam pinggan Wak dibiarkan sahaja. Kami diajak Adipati meninggalkan rumah Mat Esa yang terkejut dengan tindakan Adipati. Namun Adipati kelihatan tersenyum saja.

Sewaktu berjalan pulang, Adipati berkata,"Mat Esa mencampurkan daging kambing yang disembelih dengan bangkai kambing yang mati untuk menguji aku. Ini kerana dia cemburu dengan kedudukanku!"

..Wak hairan bagaimana Adipati boleh tahu..

Thursday, March 12, 2009

isyarat di titian maut!

"sudahlah halus dan panjang, di bawahnya api..lalu bagaimana mahu ke seberang dengan selamat?" tanya Kartolo.

"bukan itu saja, titian itu ada lampu isyarat. Harus tunggu warna isyarat jalan baru bisa mula menyeberang,haha!" ujar Wak.

"kena tunggu lampu hijaukah?" tanya Kartolo.

"hahaha!" Adipati tertawa.

"habis?takkan mahu tunggu lampu merah?" Bentak Kartolo tak sabar.

"memang tidak" Adipati mencapai gudang garam lalu membakarnya.

"sudah tentu bukan kuning? habis apa? warna hitam adakah?" Kartolo nampak cemas kerana tak tahu yang ini.

"macam-macam ada!"sambung Wak."Pengawal lalulintas yang berwajah kita pun ada, ada pendapat mengatakan ibu kita pun menunjukkan isyarat agar mengikutnya menyeberang, ada tiang huruf Alif seperti papan tanda, tetapi semuanya salah!".

seperti mahu menangis Kartolo mendesak,"warna apa mahu diikut?"

...asap rokok hembusan Adipati yang putih kelabu menggulung di udara lalu lesap tak berwarna

Saturday, March 7, 2009

Embak Yani yang pelik!

Embak Yani punyai seorang anak yang dilahirkan cacat akal dan terlantar, setiba umur anak ini mencecah 13 tahun, ia jatuh sakit hingga tubuh anaknya kurus melidi. Embak Yani yang agak miskin dan sebatang kara dilihat sukar mengharungi dugaan ini. Seringkali Wak melihat dia menangis mengadap anaknya ini..

Wak : Bersabarlah Embak! Ganjaran menunggumu di atas pengorbananmu sebesar ini. Jangan
kau berasa sedih dan sukar!

Embak : Aku bukan menangis kesukaran akan tetapi aku terharu kerana Yang Maha Esa begitu
bersungguh2 cintakan aku dengan tak henti-henti mengujiku! Sesungguhnya Dia gagal
memalingkan aku dari terus mencintaiNya!

Semalam anak itu meninggal dan sejak dikebumikan hingga hari ini Wak melihat Embak asyik tersenyum simpul.

Wak : Embak! Apakah kau gembira anakmu meninggal dunia kerana bebanmu sudah tiada
lagi?

Embak : Jono! Kematian anakku adalah kehendak Allah. Aku bahagia kerana kehendakNya terlaksana!