Friday, August 29, 2008

bertemu dewi ratna ratu indera di gunung suralaya (Part 4)

...bersambung dari Part 3

Wak pulang ke kamar untuk menukar sarung. Seketika Wak merenung ke dalam cermin muka yang retak seribu dan sumbing bingkainya...

Wak senyum dan imej Wak di cermin juga tersenyum..
Wak pegang pipi Wak dan imej Wak turut sama berbuat demikian..
Imej itu menurut saja apa yang Wak lakukan..
Mengapa "dia" di dalam cermin tidak membantah dan menurut saja perlakuan Wak..
Apakah itu "diri" Wak sebenarnya? Macam sama tetapi tidak....tangan kanan Wak adalah tangan kiri "dia" dan tangan kiri wak adalah tangan kanan "dia"...
tapi tidak bergerak "dia" kalau Wak tidak bergerak...
Bagaimana kalau "dia" engkar?

........ Atau bagaimana Wak hendak melihat "dia" jika tiada cermin?
Atau ada cermin tapi kotor dan berdebu?
Tiba-tiba cermin retak seribu berdetak dan terpecah
serpihannya bertaburan memenuhi ruang kamar Wak....
Dan Wak melihat imej Wak semakin banyak terpantul pada setiap serpihan itu!
Terlalu banyak!
...tersenyum!

di balik cermin mimpi
aku melihat engkau
di dalam engkau
aku melihat aku
ternyata kita adalah sama
di arena mimpi yang penuh bermakna
bila bulan bersatu dengan mentari
bayang-bayangku hilang diselubungi kerdip nurani
mencurah kasih
kasih murni
mencurah kasih
di balik cermin cermin mimpi
ada realiti yang tidak kita sedari
hanya KEYAKINAN dapat merestui
HAKIKAT cinta yang sejati
hakikat CINTA yang sejati
dengan tersingkapnya tabir siang
wajah kita jelas terbayang
dan terpecah cermin mimpi
menjadi sinar pelangi!!!

............. bersambung

Thursday, August 28, 2008

Bertemu Dewi Ratna Ratu Indera di gunung Suralaya (part 3)

..bersambung dari part 2

Selepas merasa terlalu lama menangis Wak pun bangun untuk ke dangau mencuci muka, tiba-tiba kaki Wak tersadung tunggul kedondong lalu tergolek...Cis! koyak dan kotor kain sarung Wak.. lalu Wak mendapatkan Karteni, anak bongsu Gusti Adipati yang berumur 7 tahun di balai rumahnya. Anak sunti Gusti yang berupaya menghafaz AlQuran ini ditugaskan bapanya untuk menyiapkan persalinan Wak setiap hari dan mencuci pakaian Wak.

" Karteni! Minta aku kain sarung yang baru! kain ini sudah koyak dan kotor kerna aku terjatuh tadi!"..

Karteni anak yang baik, sedikitpun tidak dia membantah. Disambutnya kain sarung itu. Namun sewaktu dia sedang mencari kain sarung yang baru di rak yang tersedia di situ Wak lihat dia menangis hingga terhinggut-hinggut bahunya.

Wak masih ingat sewaktu budak ini kecil sering wak dengar Gusti mendodoikan anaknya begini-
Bintang-bintang ke syurga
Pertama Percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah
Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang Sedia
Tujuh yang paling istimewa
Keikhlasanmu
Kalau ada bendanya mesti ada namaya
Kalau ada isinya mestilah ada bekasnya
Perlahan-lahan makan anakku sayang jangan sampai tercekik paku seluruh alam
Perlahan-lahan minum sayang jangan sampai tersedak buih satu lautan
Perlahan-lahan langkah sayang jangan sampai tersadung bendul gunung impian
berhati-hati tatang alahai intan jangan sampai tertumpah setitis pun kasih sayang
Kelak kau akan hidup dalam kekesalan berpanjangan
Tiada petua kemenangan selain ketaatan
Kepada sang Pemilik kehendak dan Ikhtiar
Rindumu Yang sebenar!

"Karteni! Maafkan aku nak! Kalau ini membebankan kamu atau kau khuatir jika bapamu marah, berikan saja aku benang dan jarum, biarku jahit sendiri sarung itu," sedih pula Wak melihat dia begitu.

"aku bukan menangis kerana khuatirkan bapaku marah kang mas! Aku cuma menangis melihat betapa kita pasti saja membuang kain ini jika ianya cacat dan rosak, tetapi bagaimana kalau suatu hari nanti bila pulang ketemu Tuhan dengan membawa amalan yang cacat dan rosak, apakah Dia akan membuangnya juga?," ujar Karteni sambil menyeka air matanya.

Air mata Wak yang belum kering tadi tumpah lagi oleh anak kecil comel ini!

...... bersambung

Wednesday, August 27, 2008

Bertemu Dewi Ratna Ratu Indera di gunung Suralaya (part 2)

..sambungan dari part 1

soalan Gusti malam tadi membunuh rasa kantuk Wak lalu memaksa Wak berjaga hingga dinihari..selepas dhuha Wak turun ke kaki gunung Suralaya melihat Gusti dan pembantunya berhuma..di suatu sudut padang rendang wak lihat Dewi Ratna duduk berteleku..

Tiada lagi kata-kata yang harus kuucapkan
tiada lagi bahasa sanggup meronakan cintaku
dikau perawan yang pertama
berjaya melembutkan hati kersani ini
masih terdengar lagi senandung suralaya
siapakah gerangan sebenarnya
oh dewi ratna ratu indera
marga kibarkan bendera putih
marga lucutkan sayap janain
rembulan bintang suria mayapada
merestui warna kita sama
putih merah biru

bingkisan itu pernah Wak sampaikan kepada Dewi..tetapi sehingga hari ini perawan ini menolak cinta manusia sebaliknya memilih hidup seperti Rabiah Al Adawiyah!

Rela lepaskan segala-gala
yang ku ada andai itu yang kau harapkan
Rela terima apapun syaratnya
dan dugaan untuk kubuktikan cintaku

Wak turun ke padang datar itu mendekatinya..harum mawar semerbak rambutnya menampar hidung Wak..

" untuk apa kau solat tadi?" terpacul soalan dari Dewi..ah! persoalan Gusti belum selesai, perawan ini pula ajak bermain senjata...

" untuk mengutip seberapa banyak ganjaran agar aku bisa hidup bahagia di syurga nanti" Wak takkan mengalah dengan perawan ini..

" perniagaan apa yang kau jalankan dengan Tuhanmu? Meniagakan amalan untuk menebus Syurga? Mana dia yang dikatakan 'Lillahi Taala'?" kilas Dewi..

"bukankah itu janji Dia kepada hambaNya yang taat?" Wak mengelak tikaman tetapi jua menyerang.

" Siapa hamba? Siapa Tuhan?" Dewi mengacah untuk Wak berundur..

" Dialah Tuhan dan akulah hamba" Wak tenang saja menjawab..

" justeru mengapa kehendak hamba pula yang perlu didahulukan? Kalau kau mengakui hamba Nya mengapa kau masih berbuat sesuatu mengharapkan balasan sedang Tuhanmu tahu apa yang hendak Dia lakukan? Kalau Dia berjanji begitu lantas apa pula janjimu sebagai hamba?'" Dewi memanah..

Wak terdiam seketika...

" aku bimbang dalam kita mengangkat Tuhan tidak kita sedari kita memperhambakan Dia!"
... tanpa segan silu Wak menangis teresak-esak di hadapan Dewi kerana merasa pedih ulu hati ditikamnya.. Dewi melangkah meninggalkan harum mawar tetapi Wak kepedihan tersusuk durinya
........................ (bersambung)

Tuesday, August 26, 2008

Bertemu Dewi Ratna di Gunung Suralaya! (part 1)

Subuh tadi wak sampai di tanah leluhur ini setelah 9 malam ke Gunung Suralaya, menemui guru wak- Gusti Adipati Timoer yang lama tidak wak datangi..

Malam pertama selepas makan, wak duduk bersantai bersama sang guru...berbicara dengan guru wak bagai pesalah menanti hukuman dari sang hakim..resah lagi menakutkan! pasti bicaranya amat wak nantikan..sementara mata kami disajikan dengan tarian tradisional jawa oleh Dewi Ratna Ratu Indera,perawan yang mengabadikan diri hanya pada kekasihnya yang Esa..persis Rabiatul Adawiyah!..kelihatan cahaya terapung menari-nari di kepalanya bagai mengikut alunan irama gamelan..

kita tak rindu pada siasah dunia
perangkapnya membuat manusia hampa
untuk bertemu impian bukan percuma
mengorbankan yang tersangat kita cinta
bagai yunus dimakan paus
ibrahim tak makan api
bertemu kekasih di malam kudus
luka di badan tak terasa lagi


"Mahu ke mana kalian sesudah mati?" tanya Gusti memulakan soalan cepumasnya.

pukullah rebana jantungku
bersyairlah maulana
aku mabuk hakiki mendengar suaramu
..sayang pada mereka yang tak mengerti
sayang pada hati tertutup mati
bagai sangkar tak berpenghuni
burung berharga terlepas lari

" sesudah dibicarakan di Padang Mahsyar sudah pastinya aku akan ke syurga atau neraka. Aku mahu ke syurga walau kurasa tidak layak,tapi aku tak mampu menahan panas nerakaNya," jawapan selamat coba wak berikan...

"katalah kau ke syurga, sesudah itu ke mana?" soalnya lagi.

"Di sanalah selama-lamanya..kan dalam Al Quran berkata "Dan kekallah mereka itu di dalamnya selama-lamanya!" ujar wak yang pastinya sang adi berbangga kerana anak muridnya ini mampu menghayati ajarannya.

"Selama mana? seribu tahun?" Gusti membunuh dengan soalan itu.

rindu ya maulana
kembali bertemu
hatiku merindukan pemiliknya
rindu ya maulana
kembali bersatu
kembali bersatu dengan kekasih

" Selamanyalah...bukankah hitungan masanya lebih panjang dari masa di buana ini?sehari di bumi pun tidak sama dengan di planet lainnya, apatah lagi kerajaan Abadi!" wak meningkah sambil menjeling Dewi Ratna yang asyik dengan tarian ala Jalaluddin Ar-Rumi!

kita menari bukan sebarang tarian
asalnya dari tanah orang-orang pilihan
bila terdengar masnawi ciptaan maulan
kubunuh nafsu lebur rantainya dari badan
hingga hilang bangga diri
berani hidup berani mati
bagai musafir bertemu janji
ini darwis sudah gila birahi..

"kekal selamanya?"
"ya!kekal" tegas wak.

"kekal itu BAQA'..sifat Dia..bukankah tiada yang kekal melainkan Dia? takkan ada makhluk ciptaannya yang boleh menyamai sifatNya? bukan Tuhanlah Dia! Tiap benda yang baharu sifatnya akan musnah kecuali Dia Sang Pencipta...bagaimana?"

Sang Gusti Adipati Timoer menghembuskan asap kreteknya ke muka wak...wak lemas dan tenggelam!
...bersambung

Thursday, August 14, 2008

songsang adakalanya benar dan kebenaran kadang2 menyongsangkan!

Jangan mudah menolak angin songsang yang kelihatannya seperti dusta tetapi benar dan kadang2 ada yang nampak benar tetapi dusta..! asalkan kalian tahu dan kenal!

kalian biasa menonton silap mata yang seolah2 benar akan tetapi semuanya helah bukan? itu nampak benar tetapi dusta!... bagaimana yang nampak songsang tapi benar?
Lihat sang Khatib di mimbar Jumaat boleh berkata2 benar sedangkan dia membelakangkan kiblat?..perbuatan yang baik harus menghadap kiblat,,mengapa membelakangkannya? Apa yang ingin diajar kepada kita dalam "kiasan" perbuatan ini?
bahawa kebenaran adakalanya datang dari arus berlawanan yang di luar jangkauan pemikiran lemah kita.. jangan cepat melatah seperti teladan kisah Musa Kalamullah yang menegur perbuatan songsang gurunya Nabi Khidir- membunuh bayi, membocorkan perahu dan lain2 tanpa menyedari kehebatan gurunya..maka itu Khidir pun hilang dan Musa terlepas peluang belajar!
Jangan cepat mengecop orang lain salah dan sesat! Kita belum mula mendaki sedang orang lain sudah turun dari Gunung dan menikmati keindahannya!

" apa saja yang songsang kalau benar kita boleh terima ASALKAN kita berpegang teguh-tidak goyah- kepada YANG SATU!
(sebab itu khatib yang membelakangkan kiblat memegang tongkat Alif dengan teguh dan tidak goyang sebagai simbolik di atas!)

wak akan ke Gunung suralaya sabtu ini 10 hari...justeru itu tulisan yang lebih dalam menuju dasar hanya akan bersambung 10 hari lagi! Ketemu!

Tuesday, August 12, 2008

Engkau di Aku!

berfirmanlah akan Sang Kudus:-
"Insan itu RAHSIA dan AKUlah rahsianya! (al insanu sirri, wa ana sirruhu!)

maka itu sebagaimana tuntutan hidup sang insan, perkara pertama dalam hidup ini adalah mengenaliNya dahulu sebelum melangkah lebih dalam, jauh dan tinggi!
"awalluddin makrifatullah- (awal agama mengenal Allah)
Perhatikan firman mula2 tadi... terjadinya kita adalah menanggung rahsia dan di dalam insan itulah adanya DIa!
nak kenal Dia harus kenal diri ini! (wafi' anfusikum afala tufsiruun!)

seperti nak kenal masin- wajib kita cari garam! disimpannya masin itu di sana ..maka kenallah kita akan masin..tanpa garam tiadalah masin dikenali!

wak nak nyanyi lagu Engkau di Aku nyanian Sani Sudin Kopratasa dalam album solonya dahulu- rimba karya!

telah kau simpan
masin di garam
masin di garam masin di garam!
telah kau simpan pahit di jadam
pahit di jadam pahit di jadam
Telah kau simpan
manis di madu
manis di madu manis di madu
Telah kau simpan masin di garam pahit di jadam manis dimadu!
Bagaimana dengan aku?
aku bertanya- bertanya padaMu
Bagaimana dengan Aku?
lalu engkau berbisik
berbisik-berbisik
katamu-katamu
engkau di Aku
Engkau di aku engkau di aku engkau di aku engkau di aku!

Monday, August 11, 2008

misteri angka 7

7 hari seminggu..7lautan..7benua..7petala langit 7petala bumi..7warna pelangi,7benda ajaib,7 nada irama(doremi)..
kenapa 7?
7 kali tawaf... 7 kali samak!

kenapa angka 7 ada hubungkait dengan kita? angka lain tak boleh ke?

ia ada kaitan dengan kita..bila belajar sifat 20 kalian akan tahu 20 sifat itu terbahagi kepada empat jenis
1- sifat nafsiah
2- sifat salbiyyah
3- sifat maani
4- sifat maknawiyah

sifat maani itulah yg diberikan 'pinjam' oleh sang Pencipta kepada kita insan. ia ada 7
- kudrat
- iradat
- ilmu
- hayat
- sama'
- basar
- kalam

kerana 7 sifat itulah maka kita dapat bergerak di alam ini dan wajarnyalah ia dipelihara dengan baik, kerana ia akan dipulangkan semula satu-persatu (adakalanya sekaligus)...
ada juga yg bertanya kalau insan itu buta maknanya sifat basar itu tak diberi pinjamkah oleh Dia?.. haha!! melihat bukan sekadar menggunakan mata..ada banyak makhluk lain melihat tanpa ada mata..si buta jua melihat...cara si buta!

Saturday, August 9, 2008

Soalan permulaan untuk sahabat!

Sahabat-sahabatku..sebagai permulaan sebelum menyelam ke dasar fantasi ini Wak Jono ingin bertanya kepada kalian beberapa soalan untuk difikirkan..

a) Siapa kalian sebenarnya dan dimanakah 'diri' kalian yang sebenar? contoh -jika seorang manusia itu bernama Ali, di manakah yang dimaksudkan dengan "Ali"? sudah pasti dia akan menunjukkan dadanya dengan berkata "di sinilah Ali!"..betulkah? Kalau tiada tangan masih Alikah dia? Kalau tiada kepala masih Alikah dia? bagaimana kalau dia tiada akal? Alikah dia? Dimanakah kalian yang bernama sebenarnya?

b) Dimanakah kalian sebelum lahir nyata ke bumi? Sedarkah kalian bahawa roh kalian pernah berjanji di alam loh mahfuz ketika Maha Pencipta bertnya "Benarkah aku ini Tuhan kamu?" dan kamu menjawab "bahkan!"

Di mana kita sebelum sebelum sebelum itu dan ke mana kita selepas selepas selepas ini...?

Friday, August 8, 2008

Salam makhluk alam nyata!

Salam dariku yang bernama Wak Jono untuk makhluk alam nyata..!
Wak akan muncul di sini untuk membawa kalian ke alam mainan wak!..alam antah berantah yang tak nyata pada mata duniawimu..tapi ada!
Ada dalam tiada..tiada berada ada!
Nampak seperti kosong tapi dalam kosong ada isi..
Kau boleh rasa saja tapi kau takkan boleh genggam..
macam angin!
Ya!
Angin yang akan membawa kamu hampir.. kepada Yang Ada!

dengan nafas!
dari Ampas!
ke nufus!
melalui Tanapas!

Sabar! Alon-alon!
Naik bukit kasi pelan-pelan kayuh..baru ngam ho!
ojo kesandung!!