Thursday, October 30, 2008

part 2- Haji Karim..

Haji Karim : Apa yang Rona repekkan tadi Wak? Disusah-susahkannya kalimah syahadah?

Wak : Apa yang susahnya?

Haji Karim : takdelah..saya tak pernah dengar pun persoalan-persoalan itu!

Wak : tak pernah dengar? Banyakkah yang telah kau dengar dan tahu sehingga yang
tak pernah kau dengar itu tiada dalam pengajianmu? Atau kau tak tahu?

Haji Karim : saya mengaku saya tak tahu Wak....tiba-tiba saya rasa sekecil kutu di depan
mereka yang saya rasa selama ini mereka itu jahil..(menangis)

Wak : kalimah pertana namanya Syahadah Tauhid dan keduanya Syahadah Rasul.
kalimah tauhid ada 12 pecahan huruf dan yang Rasul pun ada 12 huruf.
Bermakna 24 jam kita wajib tidak tergelincir dalam kalimah tersebut..nafikan
ujud yang lain dan isbatkan yang nyata hanya Dia!

Haji Karim : hanya Allah yang wujud?

Wak : "Allah" masih lagi bernama dan berhuruf..kalau kau bersandarkan nama
kau masih lagi syirik!

Haji Karim : HAAAHHHH!!!

Wak : Apa yang kau dapat dengan hanya berpegang pada 'nama'? yang Haq masih
gagal kau kenali?..asal dirimu sendiri pun tak mampu kau ungkapkan..

Haji Karim : aku berasal dari Adam!..dari tanah...

Wak : kalau mati nanti pulanglah kau ke tanah..di situlah emansipasimu!

Haji Karim : ahhhhh!!! aku ada roh...ke mana pulak dia ye?

Wak : asal bermula dengan "Bismillahirrahmanirrahim"..ba, sim, mim, alif,lam,lam,ha,
alif, lam,ro,ha,mim,nun,alif,lam,ro,ha,ya,mim...19 huruf!

Haji Karim : apahal lak tu?

Wak : sebenarnya ada 20 huruf..satu huruf pada satu sifat Allah..tetapi tinggal 19
satu huruf disembunyikan...

Haji Karim : di mana?

Wak : hahaha!! lihat kedua tapak tanganmu..huruf apa?

Haji Karim : itu aku tahu..bukan huruf tapi angka dalam tulisan Arab..18 dan 81..campur
kan 18 dengan 81 jadi 99 nama Allah....

Wak : sebenarnya 100...satu disorokkan..

Haji Karim : di mana?

Wak : tanya Ronasina.........................

Tuesday, October 28, 2008

HAJI karim!

Karim! hey Karim!..Kariiimmm!!
lebih sepuluh kali Wak laungkan namanya tetapi Karim yang tak sampai 5 meter itu langsung tak dengar. Sudah pekak barangkali!

"bukan Karimlah Wak..Haji Karim!"..bisik Ronasina. Oh! Patutlah enggak menyahut, belanja ribu-ribu ke Mekah, Wak tak panggil dia Haji sudah tentulah dia marah.
Haji Karim sibuk menceritakan pengalamannya di Mekah kepada beberapa anak muda yang melopong mendengar. Wak tidak kisah kerana mungkin ceritanya akan merangsang anak-anak muda itu untuk ke Mekah. Ada juga seorang dua yang sesekali mencebik seolah-olah meluat mendengar, ah! kalau yang baik-baik apa salahnya.

Sesekali dia mengulang-ulang nasihatnya agar anak-anak muda itu segera menunaikan haji. Wak hanya memerhatikan dari meja berasingan, agak kelucuan melihat Ronasina berpura-pura ternganga mendengar sedang anak muda rugged itu juga pernah ke sana. Sampai ada yang bertanya macamana nak bawa balik toyol..haha!

"apabila selesai mengerjakan haji maka sempurnalah Rukun Islam kita kelima-limanya!Sempurnalah kita sebagai muslim!" hujah Haji Karim.

"malang amat saya! Rukun Islam yang pertama pun saya tak tahu!" tunduk sayu dan lemah kata-kata Ronasina...sayu nak mengumpan..hihi!!

"MasyaAllah apa nak jadi kamu ni Rona! mengucap dua kalimah syahadah pun tak tahu?bertaubatlah!" seru Haji Karim.

"ya Haji! 2 kalimah syahadah..kalimah pertama syahadah apa dan kalimah kedua syahadah apa? berapa huruf kedua-dua himpunan dua kalimah tersebut dan ia mewakili apa setiap satu hurufnya? Lailaha illallah! Tuhan mana yang nak dinafi Allah mana yang nak diisbat? atau takde nafi-isbat melainkan sebat aje? Tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah, Tuhan mana yang tak wajib disembah dan mana Allah yang nak diperakukan sebagai yang wajib disembah? Muhammad mana yang disuruh Allah..Muhammad Mustofa, Muhammad bin Abdullah, Muhammad (Yang Terpuji) atau yang mana? tolonglah..tak lepas lagi saya Rukun yang pertama.." Ronasina berkata perlahan..

kali ini giliran Haji Karim yang dah 'selesai sempurna' sebagai muslim pula menunduk...

Sunday, October 26, 2008

KIAS FANSURI

suatu tika dulu terjadi polemik akan video clip KIAS FANSURI nyanyian M.Nasir lirik Loloq. kerana lirik tersebut ada menyebut Nabi Yusuf a.s maka M.Nasir dikatakan berlakon menjadi Yusuf dan Vanida Imran menjadi Zulaikha.
juga laungan latar 'aum!' dikatakan menyerupai zikir Hindu pada Hare Rama Hare Krishna..
cerita ni dah lama selesai dan dah banyak dihujahkan.. Wak perturunkan lirik dan video dan minta kalian kupas..kita bincang!

tak sempat dipapas hidanganku habis
bila ku terpandang dia melangkah
masuk hendak menjamu selera
geletar lututku
di belakang tabir
bilaku terdengar
namaku dipanggil
dia
matanya merah menyala
dia
hadiahkan tubuhku
tujuh lacutan pedang saktinya
dia
JANGAN SESEKALI KAU CERITAKAN PENGALAMANMU YUSUF
TAKUT-TAKUT MENGUNDANG BENCANA
siapa tahu betapa berat cinta yang ditanggung
sehingga dia sanggup lakukan
biar apa saja demi mendapatkan
restu sultan cahaya hatinya
TAK SIA SIA AZAM ZULAIKHA
BISA JADI CERMIN MENGINTAI JIWA
TAK SIA-SIA MIMPI ZULAIKHA
BISA JADI LORONG INSAN BERCINTA
bisikan memujuk memupuk nurani
lalu terbukalah pintu yang menghijab
dia
aku kenal dia lama dahulu
dia yang melamarku dalam mimpi
KIAS FANSURI MADAH BERSARI
KIAS FANSURI LEMBAH YANG SEPI
KIAS FANSURI MAWAR BERDURI
KIAS FANSURI LANGIT YANG TINGGI

Tuesday, October 21, 2008

Kartolo nak bakar syurga!

sedang Wak berbual dengan Gusti Adipati di laman rumahnya pada waktu malam, tiba-tiba terlihat dalam gelap kelibat Kartolo berjalan meluru seperti mengejar sesuatu sambil memegang jamung (api seperti obor untuk menyuluh perjalanan waktu malam). lantas kami berdua berlari mendapatkan Kartolo.

"Mahu ke mana kau Kartolo?" tanya Adipati.

Wak lihat keadaan Kartolo seperti sedang terkejut dari tidur.

"Aku mahu bakar syurga kerana manusia hanya cintakan Allah kerana adanya syurga. Cinta yang sejati haruslah semata-mata kerana Dia dan tiada sandaran dengan yang lainnya!". "Perantara harus dimusnahkan agar cinta yang diserahkan benar-benar ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran"...

......Kartolo sehabis kata-katanya terus duduk bertinggung sambil menangis teresak-esak sebelum pulang semula ke kamarnya begitu saja selepas itu..

Saturday, October 18, 2008

nampak Tuhan?

Kartolo : Bolehkah kita nampak Tuhan Jono?
Wak : laa...kan itu soal paling rendah sekali..
Kartolo : Kau pernah nampak Tuhan?
Wak : hahaha!!
Kartolo : bagaimana ya Jono?
Wak : Kau akan lihat Tuhan setelah kau binasakan semua pandanganmu pada yang
lain..
Kartolo : lepas dah nampak, apa berlaku?
Wak : Hebahkan dan pasti kau jadi Al Hallaj atau Syeikh Siti Jenar!
Kartolo : huh! Nggak mahu! Bahaya looh!!

AlHallaj dihukum bunuh kerana berkata "analHaq!"(akulah Kebenaran/Tuhan) ketika dalam keadaa dzauk! Dia enggan menarik balik kata-katanya dan sanggup dibunuh..ketika dipancung darahnya menitis dan membentuk tulisan kalimah "Allahu Akbar"..
Syeikh SitiJenar memilih untuk berselisih pandangan dengan kumpulan Wali Songo. Beliau dikatakan menyebar fahaman wahdatul-wujud yang tidak sesuai diajarkan pada orang awam..juga enggan menarik balik kata-katanya yang dia sudah bersatu dengan Tuhannya, jemaah wali menjatuhkan hukuman bunuh demi menyelamatkan aqidah orang awam...

Friday, October 17, 2008

kata-kata sahabat....

KHALID SALLEH-
sing ono orak ono
sing orak ono ono
(yang ada tak ada, yang tak ada ada)

SANI SUDIN-
kasihku terlerai di dalam cintamu
rindu yang kusemai bersama janjimu
kini kau dan aku menjadi satu
lahirlah kalimah di alam syahdu
walaupun kau jauh hampirmu padaku
tapi hampir tak tersentuh oleh tanganku
bak isi dan kuku di jari tanganku
yang kan kugenggam warna malam siangku
perlukah kata seindah bahasa?

LOLOQ-
makin puja makin cinta menusuk kalbuku
dalam naik turun nafas menjunjung namamu
makin asyik makih jauh dihanyutkan rindu
tiap saat ketika ku dambakan wajahmu,jiwamu..
aku sanggup cabar sesiapa saja
yang sempat memandang cahaya kau itu dan tidak tergoda
tersungkur jatuh
melutut kasih Latifah!

S. AMIN SHAHAB-
sesaat bersatu dalam nyata..tiada jarak pemisah lagi
tiada garis sempadan janji
aku terima dan jua memberi seikhlas hati..
takku hairan takku peduli
walau bulan jatuh ke bumi
dan hadir bidadari
takku impikan lagi..

M.NASIR-
sayang pada mereka yang tak mengerti
sayang pada hati tertutup mati
bagai sangkar tak berpenghuni
burung berharga terlepas lari..
padamu jua tertuju segala jalan
padamu jua cinta userahkan
kerna hati seorang pencinta
pandangannya satu
matanya hanya melihat dia
yang melihatnya hanya dia
kekasihnya!

ZALEE REDANG-
aku datang dari jauh
aku datang mencarimu
walau hati rasa sedih
aku datang mencarimu
alif di atas 'A' (aku)
alif di bawah 'I'(ingat)
alif di bawah 'U' (ujud)

si tukang kasut dengan kekasihnya!

Ya kekasihku Yang Maha esa
kurindu padamu Ya allah
kemarilah sayang kepadaku
kusisir rambut harummu
kuikat tali sepatumu
akan kupakaikan baju baldu
agar kau makin sayang padaku
dan kita tidakkan terpisah lagi..
ohh!!

"HOI! Kalian sudah gila? mana bisa kalian samakan Allah dengan makhluk yang berambut dan memakai sepatu? Laknatlah kau yang mensyirikkannya" jerit Wak apabila melintasi lalu terdengar nyanyian seorang tukang kasut yang sedang leka menyanyi sambil membaiki kasut pelanggannya. Kerana terkejut, si tukang kasut itu terbangun dan seperti hendak menangis lelaki itu terus lari meninggalkan niagaannya..

" Bahalol kamu? Mengapa kamu berbuat demikian?" Wak hairan apabila Guti Adipati memarahi tindakan Wak itu ketika wak menceritakan perihal lelaki tukang kasut tadi..

" Lelaki itu sedang fana dan asyik dengan "kekasihnya"! Orang yang sedang mabuk rindu bisa saja berkata yang bukan-bukan kerana cinta kudus akan membuat manusia itu seperti hilang kewarasannya..perbuatan kalian telah mencetus keraguan di hatinya dan mengeruhkan hubungan dia dengan kekasihnya!!"..merah mata Adipati memarahi Wak..

Kerana berasa berdosa, Wak mencari lelaki si tukang kasut itu tetapi dia sudah tiada di tempat biasanya...
setelah puas akhirnya Wak bertemunya yang sedang duduk termenung kesedihan di sebalik longgokan sampah di sudut pasar. wak memohon maaf kepadanya...
walaupun dia memaafkan ternyata hatinya tercalar kelukaan........

Tuesday, October 14, 2008

bicara cinta Dewi Ratna..

wak pernah cuba melamar dewi Ratna Ratu Indera suatu masa dahulu..Perawan ini menghabiskan masanya dengan menyerahkan dirinya kepada yang Maha Esa!

..Suatu ketika dia mengirim tiga batang lilin, sebatang jarum dan sehelai rambut kepada Wak..

" jadilah seperti lilin ini yang dapat menerangi dunia dan dapat pula membakar dirimu!"
" Jarum ini pula sanggup beramal/bekerja walaupun dalam keadaan telanjang!"
... jika dapat kau lakukan seperti barang itu beribu tahun maka engkau tak akan berbeda dengan rambut ini!" ujar dewi.

"Apakah kau mahu kita bernikah?" tanya Wak yang menanggapi tegurannya.

" Ikatan pernikahan berlaku bagi orang yang masih memiliki dirinya! aku telah melebur diriku dan lenyap ke dalamNya!" Keberadaanku adalah melalui Dia. Aku sepenuh milikNya!..aku hidup dalam bayang-bayang kawalanNya..kau harus melamar kepadaNya jono, bukan kepadaku".

"bagaimana engkau dapat menemukan rahsia itu Dewi?" tanya Wak.
"aku telah kehilangan sesuatu dan sesuatu itu ternyata ada padaNya' jawab dewi.

wak bertanya bagaimana Dewi mengenali "DIA"?

"Aku mengenali tanpa suatu cara. Sedangkan engkau mengenali 'cara'!"

Sunday, October 12, 2008

AKU, KAMI, DIA?

kartolo : mengapa kadangkala dia bahasakan "AKU" pada sebahagian ayat?

Adipati : ketika masih duduk dalam 'dzat'!

kartolo : "KAMI" pula?

Adipati : kala segalanya sudah 'jadi'..jadi MUHAMMAD, seisi alam dan sekalian makhluk
kemudiannya terpercik darinya...tika dzat, sifat, asma dan afa'al menyatu!

kartolo : "DIA" pula?

Adipati : sesudah fana dan 'hilang' melebur dari sifat, asma dan afaal....

kartolo : kadang2 digunakan namaNya dalam sesetengah ayat!

Adipati : asal jangan kita sekadar bersandar kepada 'nama' sudahlah! itu bukan diri
yang hakiki!

..............kartolo memandang Wak sambil menggaru-garu hidung..tak fahamlah tu! Wak faham separuh-separuh masa itu!..kalian?

Friday, October 10, 2008

Kartolo pening mengira Tuhan!

Kartolo : kalau begitu rohnya pulang ke mana?

Wak : Hak Allah kembali kepada Allah..Innalillahi wa inna ilai hi raji'un!

Kartolo : Pulang kepada Allah? maknanya ada 'tempat?' Allah bertempat?

wak : Kembali ke tempat asal sebelum ke mari..rahsiaNya!

Kartolo : jasad ke mana?

Wak : hahaha! bila pula dipisah2kan? Allah dan Muhammad mana bisa berpisah?

kartolo : habis tu? ada yang tertinggal di liang lahad hancur lebur dan ada yang tidak
binasa pun..tidak dimakan ulat..bagaimana?

Wak : Kau mahu bagaimana?

Kartolo : Kembali kepadaNya! jasad dan roh sekali! Innalillah....er..kau bagaimana?

Wak : aku sudah lama 'mati'..dah lama binasa! dah lama kupulangkan semuanya!

Kartolo : habis kau siapa?

Wak : Akulah aku! SATU! kau adalah kau! SATU!...TIADA DUA!

Kartolo : Dia juga satu?

Wak : Bagaimana pula dalam Quran sekejap dia bahasakan dirinya "aku",
kadang-kadang "kami" dan kadang2 "dia"..kadang2 digunakan nama "Allah"?
bukankah "kami bermaksud lebih dari satu? "Dia" bermaksud pihak lain?

Kartolo : err....bagaimana ya?

Wak : hahahaaha!!

Thursday, October 9, 2008

tiga anak muda 'menghumban' Wak ke Hajarul Aswad!

beberapa kali mencoba merapati hajarul aswad menemui kegagalan..orang terlalu ramai dan wak tidak sanggup bersaing dan dikasari jemaah-jemaah lain..

sehari sebelum pulang ke tanahair, wak tidur di depan kaabah dengan harapan dapat mengucup hajarul aswad...puas mencoba masih tidak berjaya..tiba2 seorang anak muda Indonesia bertanya,"bapak masih belum kucup? mari ikut saya!".. wak memeluknya dari belakang. Anak muda bertubuh kurus ini meloloskan dirinya dari rebutan jemaah2 bertubuh besar..

Aneh! bagai dilontar tiba2 muka Wak benar-benar berhadapan hajarul aswad dan untuk seketika wak rasa seperti tiada orang di sekeliling..Wak pun mengucup hajarul aswad walaupun bukan itu yang sangat diinginkan wak..cuma sekadar ingin 'merasa'..

selepas itu wak ditarik keluar dan dibawa pemuda ini ke tepi. Rupa2nya mereka bertiga dan menarik wak ke sudut. Sambil menghulurkan segelas zam-zam mereka memberitahu yang mereka pelajar di mekah dan mengharapkan derma ikhlas dari Wak. Sebaik saja wak menghulurkan 10 Riyal, mereka menolak," kami sebenarnya 5 beranak pak! 1o riyal enggak cukup! biasanya mereka beri 50 riyal!"

wak : ya! tapi saya bukan orang kaya dan ini sumbangan ikhlas! sedekah itu mestilah
ikhlas oleh pemberinya dan yang menerimanya harus juga ikhlas..

pemuda 1 : kalau begitu simpan saj duit bapak itu..

(pemuda 1 dan 2 berlalu..pemuda 2 berjalan sambil mulutnya terkumat-kamit memandang bengis kepada Wak, barangkali marah kerana 'budi' mereka dibalas murah oleh Wak!")

wak : bukankah sedekah itu harus ikhlas?

pemuda 3 yang kelihatan lebih lembut wajahnya dari kedua tadi menjawab," ya! kami terima ikhlas derma bapak itu tetapi kami 'pulangkannya' kembali pada bapak kerana bapak lebih memerlukan!'..dia pun berlalu..

Wak hanya memandang mereka berlalu dengan kesabaran yang cukup tinggi..berhati-hati mengawal kejantanan kalau2 ini hanya cobaan Yang Maha Esa! pemuda-pemuda itu tidak kelihatan lagi selepas itu..

*mungkin coba hendak menguji Wak untuk tidak lokek menderma dan jangan takut papa ketika beramal kerana mesti percaya rezeki Allah itu akan pasti ada ..

Yang Wak tahu.......... Wak kenal apa sebenarnya 'hajarul aswad"! yang susah dikucup itu, kerana apabila sudah 'dapat', kalian bisa mengucupnya bila-bila masa!

Tuesday, October 7, 2008

part 2- Beraya dengan bunian gunung Suralaya!

selepas solat Wak duduk bersembang bersama-sama Gusti Adipati sekeluarga.. mereka bermaaf-maafan dan bersuka-sukaan menikmati manisan dan juadah..
Wak tumpang gembira sembari hati sedikit resah meninjau-ninjau bilakah Dewi Ratna muncul menziarahi kami....

lalu Wak ke dapur membelah lemang..Kartolo, si tua pembantu Gusti hanya melihat sambil menggantang asap kreteknya..
" kasihan buluh itu..masa hendak dibikin lemang susah-susah merempuh hutan mencarinya, apabila sudah masak dibuang saja dia..langsung tidak berguna!" gurau Kartolo.

"ya! tapi tanpa buluh bukan 'lemang' namanya! adanya nama lemang kerana dirangkumi bersama lemang, daun pisang, pulut, santan dan lain2..."

Kartolo meningkah,"Ya! tapi akhirnya yang hendak dimakan cuma "isinya" saja.. yang lain enggak berguna!".............

-sepi- Wak meneruskan kerja tanpa menyahut...

Kartolo : samalah dengan kita..bila kita mati yang mana pulang kepada Allah? jasad atau roh?

Wak : roh!

kartolo : mengapa jasad tertinggal di kuburan? siapa yang disoal malaikat? jasad yang tertinggal atau roh yang diangkat pulang ke hadrat Illahi?"

wak : (diam)

kartolo : mengapa jasad saja yang disoal dan dipukul sedangkan yang berbuat dosa itu jasad dan roh bersama-sama !

wak : tentulah yang disoal itu jasad dan roh..mana bisa jasad bergerak bersoal jawab kalau tiada roh..(saja bagi jawapan bodoh)

kartolo : bukankah 'mati' itu bermaksud roh terpisah dari jasad?

wak : siapa kata?

kartolo : habis? kalau roh tidak berpisah dengan jasad, maka yang diangkat ke langit itu apa?

wak : nyawa!

kartolo : bukankah nyawa itulah roh?

wak : hahaha!!

kartolo : kalau jasad tertinggal di liang lahad dan roh diangkat ke langit, di mana "diri" kita yang sebenarnya?........


....Wak bangun mengambil rendang ayam kampung lalu mencicah dengan lemang tanpa mempedulikan permainan Kartolo...
Kalian bagaimana?

Monday, October 6, 2008

beraya dengan 'bunian' gunung Suralaya!

maaf kerana terburu2 pulang beraya sehingga lupa nak ucapkan di sini. Wak bergegas ke Gunung Suralaya apabila mendapat tahu Ibu Sartini, isteri Gusti Adipati jatuh sakit.
wak sampai malam raya dan agak keletihan..

Paginya wak terjaga apabila sayup-sayup terdengar suara takbir dari pesantren yang 200meter dari kamar Wak.. lalu bersiap2 hendak ke sana bersolat..

Melangkah ke pesantren, dari jauh Wak lihat berbondong2 insan berpakaian putih menuju pesantren. Tidak jelas jantina mereka kerana kelubung labuh menutupi tubuh mereka. Suara takbir bergema disambut mereka dengan laungan "Ya Rabb!".."Ya Hu!" Hu Ya!" "Hu! hu! hu!".. gemanya gemuruh membikin roma Wak berdiri. Persis tentera Badar menuju medan perang. Semangatnya dapat wak rasa..tubuh terasa menggigil!

selesai solat dan khutbah mereka yang berpakaian putih bersalam-salaman, berpeluk-pelukan sambil bermaaf-maafan. Suara sendu kekesalan mereka cukup sayu. Tangisan mereka tulus penuh keinsafan. Kesyahduan menggigit tulang-temulang.

Anehnya lama kelamaan tangisan mereka kedengaran seperti suara tangisan bayi...terlalu ramai bayi menangis bersahut-sahutan.
Wak kaget! seram pun ada..anda seperti berada di dalam kelompok bayi-bayi yang sedang menangis!

"Apabila dosamu diampunkan saudara-saudaramu, Yang Maha Esa menjanjikanmu menjadi bersih sesuci kanak-kanak yang baru lahir" Gusti Adipati berkata sambil menepuk bahu Wak. Dia juga bersyukur kerana isterinya sembuh..hadiah Syawalnya!

...semerbak harum mawar singgah di hidung wak...dari celah-celah orang ramai Wak lihat Dewi Ratna Ratu Indera tersenyum melangkah ke arah kami...