Friday, April 24, 2009

JONO MAKAN DENGAN ALLAH..

..Kata Kartolo Wak Jono semakin aneh, berpindah ke Gunung Muria dan asyik duduk bertafakur di sana. Makan minum tak dihiraukan. Tidak banyak bicara dan sudah sukar tersenyum.

"Jono! Ayuh turun makan!! Adipati dan Tok Ayah menunggumu makan bersama-sama!" jerit Kartolo.

- diam-

"JONOOO!! jONOO!! Makaann!!"

"Jono sudah binasa. Tiada maujud melain Allah!" balas Wak Jono.

-diam-

"waduh! gawat nih! baiklah! Allaahh!!! Ayuh makan wahai gusti Allah!!" jerit Kartolo lagi.

- diam-
"Ayuh makan wahai gusti Allah!" ulang Kartolo.

"Allah tidak makan tidak mengantuk, tiada berjasad dan berhuruf!" tegas Jono.

"baiklah! Ayuh Jono dan Allah! Ayuh makannn!!" laung Kartolo.

- diam lagi-

"Mana mungkin ada dua wujud. Syirik menyekutukanNya!" Jono membalas laungan..


Kartolo berlalu kerana tidak tahu bagaimana hendak memanggil Jono turun makan. Panggilan apa yang sesuai?

Friday, April 17, 2009

Jono berkabung di atas sebuah kematian!

..dari Suralaya Kartolo memberitahu yang Wak Jono sering menghabiskan masanya duduk bertafakur dengan pakaian serba hitam.

"aku sedang berkabung di atas kematian bapa kepada anak-anakku dan suami kepada isteriku!" katanya..

Monday, April 13, 2009

Jono dah mati!

diceriterakan oleh Wak kepadaku, ronasina:

Wak berlari semakin laju. Sayup-sayup pesisir pantai Pulau Jawa kelihatan menanti di bawah suluhan purnama lima belas..Anehnya tiba-tiba larian terasa berat, kaki seperti melekit! Ah.. air laut membeku seperti agar-agar..

Lailatul Qadar cari Wak di bukan bulan Ramadhan?

langkah agak sukar tapi bahagia di jiwa tiba-tiba menyelubungi seluruh anggota- nikmatnya meresap bagai nafas yang harum..ah! Apa bahasa nak digunakan untuk menggambarkannya. Hanya air mata mengakui kebenaran..

Ketika di langit kelihatan beribu-ribu cahaya bak pelita turun ke bumi Wak terdengar jeritan bertalu-talu dari pantai:

"Jono dah mati! Jono dah mati!"

Thursday, April 9, 2009

..kata Wak dari sana

Wak beritahu aku sesuatu tadi tapi aku tak mampu luahkan, cuma aku lukiskan ini saja bagi pihak Wak. Ape bende ekk?
- dari ronasina





Monday, April 6, 2009

gilakah dia?

Wak terjaga apabila terdengar suara orang bersyair, ahh! sudah terang..terasa sakit seluruh badan. Lelaki yang bersyair ini menyediakan sarapan untuk Wak tetapi tidak menegur Wak sebaliknya terus bersyair-

bagaimana nak pulang, sepatu dah hilang
bagaimana nak balik, mata tak bisa celik
bagaimana nak pulang, peta disambar helang
bagaimana nak balik, daun tak boleh belek
bagaimana nak pulang, perahu dah berlubang
bagaimana nak belek, yang biasa dah jadi pelik
...bidadari datang bergelek!

Wak bertanya," Mengapa kalian? Dari mana kalian?"
jawabnya," Aku nelayan yang rajin bekerja (beramal) agar perolehanku banyak..Ya! Aku mendapat banyak ikan (pahala) tapi bermaknakah semuanya sedangkan aku tak jumpa jalan pulang? Ke mana nak kuhalakan ikan2 ini?"

Wak terus bertanya, "Apa agamamu?"
dia menjawab," Hisy! Aku fikir semasa hidup soalan itu tak ditanya, itu soalan dalam kubur!"

Wak tidak menjamah makanannya dan terus berlari ke arah laut menuju Suralaya!

Thursday, April 2, 2009

riuh- rendah zikir di Pulau...

penat, Wak pun berbaringan di dahan besar yang melintang pohonnya bakau.. sedang hendak terlena, Wak terkejut mendengar alunan "Subhanallah!" berulang-kali dan amat merdu..seakan berbisik!

Wak meninjau-ninjau sekeliling dan benarlah....daun-daun pepohon renek yang ditiup angin itu yang berzikir, disambut oleh ombak yang bertakbir "Allahu Akbar!" menghempas pantai. Bunyinya garau mengharmonikan bisikan lembut tadi..

degupan jantung Wak berdentum-dentam bagai rebana mengiringi alunan itu dan nafas bagai bersiul bertahmid...

Indahnya membuat Wak lena aman...sedamai Jibril yang berulang-alik dari Masjidil Haram ke masjidil Aqsa terus ke langit ke tujuh!

huuuuuu uuuu uuuu !!!!!!!!
hu uuu uuuu uuuu !!!!!!!!
huuuuuu uuuu uuuu !!!!!!!!
uuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!!!
uuuuuuuu uuuuuu !!!!!!!!