Thursday, May 28, 2009

ke mana dia?

seringkali jika kalian jemu dengan sms yang berlambak di dalam handphone kalian, maka kalian delete ia lalu ia menghilang.

Soalnya, ke manakah semuanya itu menghilang? Nampakkah kalian kemaujudan huruf2 itu hilang?
Apakah ada longgokan sms yang di delete itu di alam loh mahfuz?

Apakah ia juga kembali ke tempat yang sama insaniah kembali?
ke Rahmatullah!

Tuesday, May 19, 2009

Jono kembali!

maaf dah lama tak menulis dan mewakilkan Ronasina menulis. Wak baru pulang dari Suralaya tetapi tidaklah berlari seperti waktu datang kelmarin.
Jasad dan batin harus bergerak seiring, barulah terasa nikmatnya. Sama-sama menanggung susah dan senang..

Sahabat pembaca ada yang menghubungi Wak dan meminta agar Wak turun semula ke bawah kerana dirasakannya Wak sudah mengembara terlalu jauh. Wak diminta menulis semula perkara pokok seperti apa itu Islam, atau seperti itu..
yang asas kerana dikhuatiri yang baru menyelam akan lemas dan hanyut..

Ah! Lemas dan hanyutlah nikmat kerana di sana akan dapat merasa apa itu lemas dan hanyut. Ketika lemas apa yang kalian fikirkan? Sudah tentu kalian hanya memikirkan yang kalian lemas dan harus bertindak mencari penyelamat, ketika hanyut tiada apa yang mampu dilakukan melainkan mencari tempat berpaut.

Ya! Wak menulis mengikut gerak "Dia'. kalau ke bawah ke bawahlah ia kalau di atas maka di ataslah ia...

Di Suralaya kelmarin, Wak telah menyaksikan kematian Wak dan kehidupan "baru' hayat!
Hari ini Wak kembali, beserta seisi alam dengan sifat ma'ani dan akan terus menyelam dan terbang..
ke sana..ke zenith!

Monday, May 4, 2009

dia turun maqam!

kata Kartolo Wak Jono sudah turun untuk makan setelah 7 hari 7 malam di puncak.

"mengapa kau turun? Lapar? Allah lapar? Atau kau sudah sedar kau hanya bayang di dalam cermin dan bukan tuan empunya diri hakiki yang berdiri di depan cermin?" tanya Adipati.

"duduk di atas jadi tunggal dan sunyi. Harus turun ke bawah bersama sifat untuk merasa semua dan menjadi sempurna!" kata Wak Jono.

"Siapa sebenarnya yang hendak rasa? Allah atau Muhammad? tanya Tok Ayah.

"insan!" jawab Wak Jono.

"Habis di mana yang dikatakan Allah dan Muhammad?" tanya Adipati.

"atas ujud yang satu itulah. Di alam insan!"

Ketiga-tiganya Kartolo kata tidak berkata-kata lagi tetapi mata mereka merenung antara satu sama lain dengan penuh makna mendalam dan tenungan itu amat lama.

"Aku rasa mereka sedang berbual melalui batiniah!" kata Kartolo padaku, Ronasina yang mencatat entry ini.