Wednesday, October 30, 2013

menjadi tuhan

"lama kau di puncak baru hari ini kau turun gunung?" kata Gusti Adipati.
"Ya. Sunyi apabila kesaorangan di maqam teratas. harus turun." kata Wak.
"sememangnya begitu. Sudah bertemu dan mengenal, menunggaling pun turun juga. Begitulah sehingga mati..." Adipati tertawa.

"Mati itu apa?" tanya Kartolo.
"Loh! kok masih nggak ngerti?" kata Wak.
"Kadang-kadang aku goyah" akui Kartolo.

"Yang mati hawa nafsu. yang berhenti nafas. yang hilang jasad. yang pulang itu kesucian." kata Gusti Adipati.

"Dari Allah kembali kepada Allah. Kan masih bertempat dan bernama? Mana yang dikatakan Maha Suci? Bagaimana cahaya kembali ke cahaya?" tanya Kartolo.

"Sepertinya secawan kopi dicurahkan ke lautan. hilang rupa, warna, rasa dan sifat. Menyatu ia dengan lautan." kata Wak.

"Menjadi Tuhan?" Tanya Kartolo.

Diam.


Allah yang mana?

Loh! Gawat sejak akhir-akhir ini di bumi Malaysia akan perihal nama dan kalimah Allah menjadi rebutan. Wak sedikit bergegar sedang asyik duduk beruzlah di gunung nan damai ini. Apa sudah jadi dengan kita hari ini? Segalanya mahu dipermainkan politisi sahaja? Kalut, camuk dan gawat nggak ketentuan.

Ke kiri menyokong kiri atau di kanan menyokong yang kanan, soalnya bener atau nggak adakah kita faham sungguh-sungguh? Ada yang menyokong kalimah atau nama Allah untuk Islam sahaja dan ada yang mengatakan Allah itu adalah Tuhan yang sama disembah oleh tiga agama langit Islam, Kristen dan Yahudi cuma caranya berbeda. Itu kita nggak boleh nafikan.

Dan apabila agamawan ada mengatakan bahawa Allah itu bukan nama Tuhan muslim tetapi Allah bermaksud Tuhan yakni Al-Ilah maka di sini terbahagi pula kepada beberapa puak. Ada terus menyokong. Ya menyokong dan bersetuju itu nggak ada apa-apa cuma soalnya kefahaman itu benar atau sekedar ikut-ikutan?

Wak sekadar bertanya, jika bener kamu setuju Allah itu bermaksud 'Tuhan' dan bukan nama Tuhan muslim maka kalimah syahadah kita 'Lailahaillallah' itu bagimana untuk muslim? Apakah maksudnya menjadi begini - 'Tiada tuhan disembah melain Tuhan'? Ada dua tuhan? Tuhan mana yang dinafi dan tuhan mana pula yang diisbath? Apakah yang dinafikan itu tuhan (t huruf kecil) dan diisbathkan tuhan yang T huruf besar? Sama terjemahannya 'There is no god but God' ?
begitukah?

Wak nggak mahu buka lebih dalam lagi kepada maksud hakikat akan huruf-huruf alif, lam, lam, ha yang membentuk pada awal kejadian insan? Nggak perlu sampai ke situ dulu. Wak jugak nggak mahu buka lagi jika Tuhan bernama ia seperti makhluk juga. Itu belum sampei lagi. Cukup untuk bertanya kapada mereka yang berkata Allah itu bukan nama Tuhan tetapi maksud Allah itu jika diterjemahkan adalah 'Tuhan', jika Lailahaillallah itu bermaksud Tiada tuhan selain Tuhan maka salah satu dari dua tuhan itu, yang mana mau dinafikan dan mana pulak tuhan sebenar-benar tuhan?

tuhan itu apa pula?