Tuesday, December 30, 2008

Tok Ayah dengan binatang buas..

Penat meredah bukit mencari sedikit rotan, Wak dan Ronasina kembali semula ke khemah peraduan di belantara Suralaya itu. Barangkali Tok Ayah sudah siap memasak.

"Tengok tu!!" Ronasina menunjuk ke arah khemah yang 15 meter ke bawah, kelihatan Tok Ayah sedang solat dengan dikelilingi rusa liar, kambing gurun dan harimau akar. Aneh!!
Manakali terlihat akan kami, ke semua binatang tersebut lari..

"Jika kalian bersikap lemah lembut, ikhlas dan jernih semua isi alam ini akan bersahabat dan tunduk padamu!" Tok Ayah seperti mengerti apa yang ingin kami tanyakan..

"Apa maksud Tok bersikap lemah lembut. ikhlas dan jernih?" tanya Ronasina.

" Bersikap ikhlas smata-mata kerana Allah sehingga Allah menyukaimu!" pesan Tok Ayah..

"Bagaimana mencapainya?" tanya Wak..

"Keluarkan semua rasa cinta dan sayang dalam hatimu kepada makhluk2 dan lenyapkan ia seperti kamu lenyapkan segala bentuk syirik kepadaNya dalam hatimu itu!" pesan Tok Ayah lagi..

"Waduh! Susah tu Tok!" kata Ronasina...

" Mudah bagi orang-orang yang arif!" jawap Tok perlahan.....

Monday, December 22, 2008

IMAM MAHDI turun...

Rodzi Jawa : Kartolo! Bila Imam Mahdi nak turun? Tentu lambat lagikan? Masa tu kiamat
dah terlampau hampir...

Kartolo : Imam tu bererti Pemimpinkan? Mahdi tu 'hadi', petunjuk..Pemimpin yang
memberi petunjuk? Bukankah itu Al Quran..

Rodzi Jawa : Hah??

Kartolo : Al Quran tu apa? Siapa?

Friday, December 19, 2008

solat......!!

Wak : solat itu hidup! kerana dalam solat kita bawa 3 hukum sekaligus..itulah 'hukum'
yang perlu di bawa dalam hidup ini...Usul, Feqah dan Tassawuf! Macam tungku
kurang 1 kaki tumbanglah ia!

Rodzi Jawa : Kat mana yang dikatakan 3 hukum dibawa sekaligus dalam solat wak? tak pernah
aku dengar!!

Kartolo : Loohh!! Perbuatan yang kamu lakukan itu berdiri, duduk, sujud itu Usul!
ia membentuk SESUATU. Bacaanmu itu feqah atau syariat sebab ia sudah jelas
dan dizahirkan. Tanpa sebutan dan gerakan ia masih belum sempurna. Niat awal
kamu dirikan solat itulah Tasawufnya kerana selagi belum disyariatkan solatmu
ia kekal di dalam niat tanpa sesiapa pun tahu melainkan 'dirimu'..

Rodzi Jawa : (ternganga)

Kartolo : itulah yang harus dibawa dalam hidup..berdiri, duduk dan baring harus kita
mentauhidkanNya. Sebab itu solat itu tiang agama kerana 5 rukun Islam dah
kalian sempurnakan dengan hanya mendirikan solat..

Rodzi jawa : macamana pulak? (termenung berfikir).. Bagaimana 5 rukun tertunai dalam
solat?

Kartolo : Bolehkah kalian makan dan minum sewaktu solat?Itukan puasa...Solatuddaim
solat sebenar-benarnya..

Rodzi jawa : Opo itu?

Kartolo : Cuba kau terangkan Jono?

Wak : Looh! Mengapa aku? Kalian yang tiba-tiba jadi kiyai tadi, teruskanlahh!!

Kartolo : Entah bagaimana tiba-tiba saja aku boleh berkata-kata begitu..hari lainlah aku
sambung...Hahaha!!

Thursday, December 18, 2008

musuh dalam selimut..

Adipati : Dalam mencapai kesatuan, jalan-jalan akan dipenuhi duri ranjau yang adakalanya
bisa melukakanmu!

Kartolo : Waduh! Itu yang gue enggak sanggup Gusti! Minta-minta dipermudahkan tiap
perjalananuku..

Adipati : Bagaimana mudah sedang muhammad sendiri sehari-harian seumur hidupnya
diperlakukan sehebatnya? dilempar, difitnah malah 77 kali ke medan peperangan..

Kartolo : Musuh kita siapa?

Adipati : yang paling hampir denganmu seperti Noh, Luth musuh mereka anak dan isteri
sendiri, beruntunglah kalau anak isterimu memahami, masyarakat malah saudara
saudaramu juga akan menjadi seteru..musuh paling bahaya adalah diri kamu
sendiri...

Kartolo : hah!!

Adipati : Jujur aku akui setiap hari aku berperang dengan diriku lebih seribu kali dan lebih
sejuta kali aku tewas dan mati dalam tawanan..nafsu 'lapar' saja telah membunuh
berjuta-juta solehin dalam dunia ini!!
...kerana permainan gelecek "aku", "dia" dan "dirimu " akan mengelirukan hampir
setiap masa..ada dalam keberadaan atau ada dalam ketiadaan..! kau bisa saja
memperkatakannya tapi bisakah kau menjalankannya?

Sunday, December 14, 2008

UJIAN dan HIDUP!

ADIPATI : Untuk mencapai kesatuan denganNya harus menempuh ujian yang berliku-liku
dan berat. Rasulullah saja yatim piatu sewaktu mula melihat dunia. Kemudian
pamannya Abi Talib meninggal disusuli isterinya Khadijah..anak-anak lelakinya
juga. Bayangkan kita ditimpa sebegitu..gagahkah?

WAK : Untuk menjadi 'sempurna' harus merasai semua..pahit manis,suka duka, sakit
seksa! Barulah melengkapi!

KARTOLO : Waduhh!! Aku berdoa agar Dia tidak mengujiku seberatnya hingga tak mampu
aku pikul!

ADIPATI : Loohh! Mana bisa kau capai dengan cuma-cuma saja! Perjalanan kepadaNya
seperti belayar di lautan api. Bahteramu lilin layarnya kertas..berlengah
bererti binasa!! Kau tidak seharusnya berdoa tidak ditimpa ujian sebaliknya
mestilah memohon agar diberikan kekuatan ketika diuji..

WAK : Bagaimana kamu kata kamu cinta tapi tak mahu diuji? Seperti mahu anak tapi
enggak mahu sakit beranak! Kekasihnya akan diuji!

KARTOLO : Kisana pernah diuji?

ADIPATI : Apabila kau sudah binasakan dirimu dan menyatakanNya maka tiada lagi ujian.
Masakan Allah menguji 'dirinya'?


"HAHAHAHA!!!

ADIPATI : Yang berlaku padaku sekarang adalah 'gerak-bergerak' sebuah perjalanan yang
dipanggil "HAYAT!"

Thursday, December 11, 2008

Kartolo menjenguk pintu Sidratul Muntaha..

Selain berkorban Wagiman juga membuat kenduri aqiqah untuk si kecil Nur Muhammad. Bayi kecil itu sudah bisa ketawa bila diacah..

"perlahan-lahan anak ini lupa akan persaksiannya di alam roh apabila mula terpesona melihat dunia dan genggaman tangan sudah terbuka!"..kata Adipati.

"Apa yang digenggamnya dulu?" Ronasina bertanya..

"RAHSIA diri!"..tambah Adipati.." Apabila genggaman dilerai yang tinggal hanya angka 99. Satu lagi hilang!"

"ke mana?" tanya Kartolo.

"ke Sidratul Muntaha tempat Nabi s.a.w bertemu Dia! Hahaha!"sampuk Wak.

"waduh tingginya! Bagaimana bisa mencari kembali? Di mana sebenarnya Sidratul Muntaha?" desak Kartolo.

"di sini!" Adipati meletakkan jari telunjuknya ke ubun-ubun Kartolo."Langit ke tujuh! tempat tertinggi duduknya akal yang menimbangkan KEBENARAN!"..Jibril tiada di sini..Allah perintahkan solat setelah Muhammad kenal dia di sini kerana di sini tiada perantara!"

"loohh! kok selama ini aku hanya di tingkat 6!" kami ketawa mendengar rengekan lucu Kartolo!

Tuesday, December 9, 2008

Panaskah api?

Kami membakar lemang pada malam raya..Wak dan Ronasina tidak dibenarkan Adipati untuk bekerja keras kerana kami tetamu- katanya..maka Kartololah yang banyak berpeluh!

"bagaimana mahu mengenali tahap kepanasan sebenar api ini?" tanya Adipati.."Kata mereka seluruh api di muka bumi ini jika dikumpulkan belum menyamai percikan kecil api neraka!"

"ya! Sungguh bener katamu Gusti!" sampuk Kartolo.

"soalnya berapa darjah kepanasan api ini?" Adipati menunjukkan ke arah unggun api.

Kartolo : ah! api ini memang panas. di sini saja sudah terasa kepanasannya!

Adipati : Bagaimana kamu menyakan api itu panas sedangkan kamu hanya merasakan
'bahang'nya saja?

"ADUHHH!!" Ronasina menjerit tiba-tiba apabila bara api rokoknya terjatuh ke lengannya sendiri..kebetulan!

Adipati : Ya! itu memang panas tetapi itu hanya baranya! Belum apinya!

Wak malas melayan kerana asyik mendengar alunan suara Dewi yang melagukan Surah An-Nur dari dalam rumah Adipati.

Adipati : Untuk mengenali api kau harus terjun ke dalamnya tapi di saat itu kau tidak lagi mampu menyatakannnya kerana dirimu telah melebur bersamanya dalam 'kesatuan'!

Saturday, December 6, 2008

SyUKRI yang GILA?

Sempena Raya Korban ini, Wak teringatkan kawan Wak, Syukri seorang pegawai kerajaan sementara isterinya bekerja di klinik. Rumah mereka 5 km dari tempat kedua-dua mereka bekerja dan sewaktu bekerja dia meninggalkan anak kecilnya di rumah sendirian tanpa mengupah pengasuh..hanya waktu makan tengahari dia akan pulang menjenguk sekejap sebelum pergi bekerja semula..

"Kau gilakah Syukri?"

"Ahh!! Siti Hajar lagi gila..mencari makanan dengan meninggalkan Ismail yang masih bayi di tengah panas padang pasir..!TAWAKAL sungguh dia!

Thursday, December 4, 2008

HUUUU Yaaa!!

Sepertiga malam kelmarin Ronasina mengigau melontarkan kata-kata pujangga agung Melayu
- dari semi suci
dan limpahan nurhayati
ia mentajallikan nazar
ke kemuncak permai
meredupkan renungan pujangga yang melamparkan gurindam
pada hembusan gemalai pawana
LANTAS LALAI SEKETIKA PADA BUMI YANG PERNAH
MERESTUKAN SALAM
TENGGELAM DI DALAM LENA DAN TANGISAN
BAGAIKAN RAHSIA TANPA KALIMAH
MEMBAYANGI KEMBARAAN YANG DIKALUNGI
UNTAIAN RINDU..............
dengan segala sisa daya
kendati seribu tahun mentari melaba gurun
kehidupan terus tegar keikhsanan tetap segar
berikhtiar dan menyerah...
dengan setiap bilangan nafas
dan kerdipan mata
untuk mengabdikan cinta kudsi


sedar-sedar air matanya berjurai dalam hiba! entah kenapa zouqnya tiba!

Wednesday, December 3, 2008

Hanya kau sendiri...

..selingan sementara menanti sambungan kisah di Gunung Suralaya...

Sewaktu sarapan pagi di sebuah warung, ada seorang 'ustaz' sedang bercerita sambil mengajak kawan-kawan melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Antara yang mendengar adalah kawan-kawan yang kaki menjebak burung.
"Akhirat nanti burung yang kau kurung dalam sangkar tu akan meminta Allah membalas perbuatan kejam kamu!" sampuk Baharin, taukeh warung sambil mengelap meja..
"Kepala hotak hanglah Baharin!" jerit Samad." Yang hang pi lap meja sampai mampuih semut-semut tu tak kejam? Biaq pilah semut tu nak caghi makan jugak!"..Baharin tersengih-sengih malu lalu mengangkat cawan ke dalam....

Si Ustaz menyampuk, "Ya!! Allah akan membalas dosa yang kita lakukan dengan seksaan yang mengazabkan lagi pedih!"...

tiba-tiba Lisut Gila yang dari tadi sibuk bermain dengan kucing di meja belakang menyampuk,
" Mana ada Allah hukum? Dalam perjalanan Rasulullah dengan Jibril dari satu langit ke satu langit pada peristiwa Isra' Mikraj semuanya menyaksikan manusia itu memotong lidahnya sendiri, membakar dirinya dan menghukum dirinya sendiri...HANYA MEREKA HUKUM DIRI MEREKA SENDIRI..tak nampak pun 'sesiapa' yang menghukum mereka?"

............................... kucing pun melompat mengejar tikus!

Monday, December 1, 2008

Gusti Adipati tidur..

Sementara mata hampir terlelap Ronasina melakarkan keadaan Gusti Adipati yang tidur seperti gaya selalu..gaya yang disarankan Islam..kalian lihat apa yang Wak nampak?