Sunday, November 30, 2008

..dah khatam atau baru mula?

Adipati : Al Quran ada 6666 ayatkan?

Mochtar : Saya tahu tu...

Adipati : ada berapa huruf kesemuanya?

Mochtar : err......banyak ya!

Adipati : haha! 30 saja..Alif sampai Ya! 30huruflah mencukupkan 30juzuk..kurang 1 tak jadi!
setiap 1 dari 6666 itu diisi pada tiap 1 dari 6666 urat di tubuh kita..dalam urat ada
darah! darah itu api..Api itu Iblis!..

Ronasina : dalam "ayat" pun ada iblis?

Adipati : dalam syurga pun ada iblis, kalau tidak Adam dan Hawa tidak terhumban ke dunia,
hahaha! bab tu kita cerita lain waktu!
Sebab itu darah perlu dijaga! Jangan melebihi atau kurang tekanannya.. nanti ayat
terputus..Ayat-ayat (urat) itu perlu diperbetulkan tajwidnya..diurut2 dan digosok2 agar darah (iblis) dapat dikawal...

Mochtar bingung!...

Mochtar : dikawal saja? tidak dihapuskan?

Adipati : bisakah? cuba faham dulu " AKU berlindung dengan ALLAH
dari SYAITAN yang direjam!"

Adipati tak terkawal bercerita seterus dan seterusnya membikin Mochtar ternganga....

Friday, November 28, 2008

Alif dan Ba..yang mana dulu?

"Lepas Asar nanti jemput Gusti Adi dan teman-temannya datang ke rumahku untuk menghadiri majlis khatam Quran anak-anakku, si Sulaiman dan Hassan!" jemput Mochtar yang tinggal beberapa rantai dari rumah Adipati..

"Insyaallah akan kami sampai! Wah! Sudah khatam si Sulaiman ya? Hassan pula sudah berapa kali khatam?" tanya adipati.

"sudah kali keempat Gusti!" tertawa kebanggaan si Mochtar..

"Celaka! sehingga sekarang aku masih belum khatam, masih bergelut memikirkan yang mana dulu antara Alif dan Ba?" Adipati merungut menggelengkan kepala..

Mochtar turut menggelengkan kepala tak faham mesej yang disampaikan Gusti..........

Thursday, November 27, 2008

Lahirnya Nur Muhammad..

Wagiman berlari mendapatkan Ibu Sartini. Dia yang kelihatan agak cemas memberitahu Ibu Sartini agar segera ke rumahnya di sebelah kerana Susi isterinya yang sedang sarat sudah bersedia untuk melahirkan..Ibu Sartini bingkas ke sana..

Adipati,Wak dan Ronasina mengekori lambat-lambat dan hanya berdiri di luar pintu rumah mereka..Wagiman enggan berbual, barangkali terlalu memikirkan keadaan isterinya yang sudah beberapa kali gugur kandungan, mungkin dia mendoakan agar kali ini dia bisa menimang cahaya mata!

WAAAAAA!!! bergema tangisan bayi lelaki di kamar itu mengucapkan salam kepada dunia sambil menangis kerana memikirkan beratnya tanggungjawab menanggung rahsia Yang Maha Esa yang bisa saja membawanya sama ada ke jalan keredhaan atau kemurkaan...
Hu Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! tangisan kedua melahirkan kegembiraan kerana menjadi makhluk yang paling mulia memikulnya sedangkan makhluk lain tak sanggup memikulnya..

Adipati : Lahirlah suatu 'kehidupan'!
Ronasina : apa itu 'Hidup'?
Adipati : bila ia mempunyai pancaindera..hati, pendengaran,penciuman dan berkata-kata!
Ronasina : tidak hidupkah orang yang tiada deria pendengaran atau penglihatan?
Adipati : aku katakan 'pancaindera'!..bukan anggota badan..melihat bukan dengan mata
sahaja ngerti?
Ronasina : .............Ya!

Wagiman memberikan hormat agar Adipati menamakan putera sulungnya..dan namanya Nur Muhammad!

Wednesday, November 26, 2008

Dewi Ratna sang halimunan?

Ronasina terkejut sewaktu dia hendak mandi di perigi subuh tadi dia telah melihat kelibat Dewi di dapur rumah Adipati . Dewi bangun untuk meminum segelas air..dan sewaktu hendak memasuki kamar peraduannya Dewi hanya berjalan menembusi dinding kamar tersebut dengan tak perlu membuka pintunya!

Ronasina : halimunankah Dewi?
Wak : ah! Kan dia seperti kita?
Ronasina : aku lihat dengan mataku Dewi menembusi dinding kamarnya!
Wak : Ohoh! Kau pernah terbaca tentang betapa jika emas diletakkan bersama
logam yang lain bercampur-campur,jika dilihat melalui mikroskop- zarah
zarah mereka bergerak-gerak dan bercampur-aduk antara satu sama lain?
Ronasina : Justeru?
Wak : Kau tak pernah sekolahkah? Bukankah manusia itu tubuhnya terdiri dari
sel-sel? Sel-sel jika dilihat melalui mikroskop hanyalah ruang-ruang kosong
saja..begitu juga dinding batu itu..jadi jika kosong menyatu dengan kosong
maka sudah tentu ia dapat melepasi itu..ini teori Quantum namanya!
Ronasina : Brengsek orang tua ni dah jadi saintis pulak!

KASIH NIRMALA!

Di dinihari itu Wak layangkan surat untuk Dewi.............meminjam nukilan pujangga Melayu S. Amin Shahab! BISAKAH KALIAN MENAFSIRINYA?

kasih nirmala kasih yang tak ternoda
cinta yang terlindung daripada cacat dan cela
aku menumpang di bawah payung sutera!
kasihku nirmala
terbukti suci dan sempurna
jelas kelihatan pada tiap perbuatan
tak mungkin tercapai oleh khayalan insan
satu saat terkenang rindu
hilang sekurun resah dan pilu
memancar cahaya sinar purnama
KASIH NIRMALA SAMPAI KEMUNCAKNYA
ENGKAU MERESTUI DAKU MENERIMANYA
SATU YANG HAKIKI
SAMA YANG SAKSAMA
KITA TERNYATA
SATU DAN SEMUA!!

DEWI membalas....
DUA CINTA TIDAK BOLEH DILETAK DALAM SATU HATI!
aku hanya cintakan yang Satu!

Tuesday, November 25, 2008

cuma aku!

Menghilang tahun kutahan dahaga
setelah habis madah untuk sang puteri
pautan kasih kukenal sendiri
teringinku melihat di sebalik hijabmu
wajah yang ku puja
kekasih lama sudah aku merindu
larut nan denai
larat nan damai
haram kelamin untuk kita bercerai rasa
kasih dan sayang dalam keredhaanMu!
Adipati selalunya akan duduk di atas sebuah batu besar terletak di puncak Gunung Suralaya..jika kalian berdiri di batu itu maka kalianlah yang paling tinggi di kawasan tersebut..jelaslah kelihatan segala apa yang di bawah dan dekatlah kalian kepada yang di atas..

"Apa yang ada di atas semasa Gusti duduk di batu itu?" tanya Ronasina sewaktu lepas makan malam..
"hanya ada aku!" jawab Adipati..
"seronokkah berada 'di atas?"...tanya Ronasina.
" yang ada hanya sunyi..tiada makna!"jelas Adipati..
"Justeru itu kita harus turun "ke bawah" semula untuk menikmati HAYAT?" tanya Ronasina..
"harus turun ke bawah..duduk di atas tiada siapa dapat menyaksikanmu dan turun ke bawah barulah dapat saksi menyaksikan!" Adipati.."Adanya gerak-bergerak setelah lengkap zat, sifat, asma dan afa'al!.........
Wak menyandarkan diri di dinding menghembuskan gudang garam dari hidung ke udara lepas hingga ia hilang pulang ke Loh Mahfudz...suara Dewi Ratna berbual dengan ibu Sartini di dapur menggetarkan sanubari ini..Dewi....!
Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung
kerinduan
walaupun jauh dari nyata
kasih dan sayang telah lama kusatukan
selimut kasihku dalam gemalai
ke laut jawi kan kukirimkan sana..
duhai kasih hijabmu di sini
masyhur rupamu di mata kalbi ini
berbaringan diusik rindu azali
di mana kau kekasih yang jauh dariku
memakan debu rinduku
segenap nafasku melihat renunganmu
wangi dan harum
kau kekasih antara lamunan
segala kalimahku ini siapa yang mengerti...

Saturday, November 22, 2008

bertemu SYEIKH ABDUL QADIR Al Jilani?

Wak berdiri di luar pagar masjid bila mana lelaki berserban dan berjanggut itu berdiri di muka pintu masjid..kami dipisahkan oleh pagar.
Tiba-tiba terpacul dari mulut Wak,"SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI? Sultanul Aulia?"..anehnya lelaki itu langsung tidak nampak Wak..

Wak terjaga dari tidur dan memikirkan apakah lelaki itu benar-benar dia?Ah!! tak penting..kalau pun itu wali Qutb yang dimaksudkan menghiasi mimpi Wak,Wak hanya boleh beranggapan bahawa diri Wak masih terlalu kerdil sehinggakan dia tidak nampak dan tak kenal akan diri Wak ini...Hu Ya!

Friday, November 21, 2008

Seorang tua di kaki gunung!

Ibu Sartini menyambut kedatangan kami dengan gembira. Adipati tiada kerana ke rumah Tok Ayah seratus meter dari situ. Selepas berbasa-basi dan bertanya khabar,kami meletakkan beg dan menuruti ke rumah Tok Ayah..
Tok Ayah asalnya dari Patani dan menetap di sini sudahnya. Guru kepada Adipati ini masih kelihatan gagah biarpun sudah berusia 96 tahun. Anak-anak,menantu dan cucu-cucunya tinggal bersamanya di rumah sederhana itu. Selalunya selepas subuh Tok Ayah akan memasak untuk bekalan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya bekerja dan bersekolah. Kemudian dia akan menyeluk saku baju lusuhnya memberikan wang belanja sekolah untuk cucu-cucunya.Hingga hari ini Wak tertanya-tanya bagaimana Tok Ayah mempunyai wang yang tak pernah putus dari sakunya.
Apabila matahari naik dia membawa makanan ke belakang rumah untuk ayam itiknya, kucing peliharaannya dan juga kambing..kemudian dengan kudrat tuanya dia akan memanjat bumbung serambi rumah dan meletakkan makanan untuk dimakan oleh burung-burung liar dari hutan..sebelum menyiram pokok bunga, Wak pernah melihat Tok Ayah mencangkung di sudut rumah memberi makanan kepada semut-semut. Pernah juga sekali Wak melihat Tok Ayah meletakkan sejengkal ranting kayu merentangi longkang kecil."Biar mudah semut menyeberang,"katanya...
Tok Ayah kelihatan sihat dan gembira dengan kedatangan kami. Riuh mulutnya bercerita dan dalam cerita nya juga ada berbagai-bagai ilmu dicurahkan. Tok Ayah memasak dan menghidangkan kami dengan masakan yang walaupun sederhana tetapi terasa enak, air tangan insan yang tulus..Tok Ayah tidak menyertai kami makan sebaliknya dia menghiburkan kami dengan nyanyian dan laguan puji-pujian ke hadrat Tuhan..kami terhibur!
kami meninggalkan rumahnya jam 11.30 malam..tidak sampai 20 meter berjalan Ronasina ingin berpatah ke rumah Tok Ayah kerana kameranya tertinggal..dan sewaktu dia sampai kepada kami semula yang menunggunya, Wak dengar Ronasina mengesat hidungnya yang berhingus seperti baru menangis..belum sempat bertanya mengapa.. Ronasina berbisik ke telinga Wak,"Wak tahu..sewaktu aku sampai di muka pintunya, aku lihat Tok Ayah sedang makan *ghemah* kita!"

*ghemah- sisa-sisa nasi/makanan yang bersepah di lantai

Monday, November 17, 2008

Mencari biarlah di tempat terang!

Hari sudah gelap. Dari jauh kami sudah nampak kelip-kelip api lampu dari rumah Gusti Adipati..Semakin cepat langkah kami atur biarpun badan terasa letih. Ronasina seakan teruja..
sewaktu melintasi rumah Maulana Nasruddin kami dapat melihat dengan jelas dia sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu di ruang tamu rumahnya yang terang benderang itu..
Nama sebenarnya Achmad Kamil Ishaq tetapi sifatnya yang suka memperolok-olokkan kawan-kawan dan bergurau senda membuatkan dia digelar Maulana Nasruddin bersempena dengan nama watak seorang bijak pandai yang popular di Baghdad suatu masa dulu. Namun, Achmad Kamil juga bukan calang-calang manusia- tiada siapa di situ yang dapat menafikan kebijaksanaannya berbicara dalam soal ketuhanan.

Wak : (melaung dengan kuat) Ya Syeikh! Kabare?
Nasruddin : Jonokah? Waraasss!!
Wak : Buat apa tu sehingga terbongkok-bongkok begitu?
Nasruddin : Aku sedang mencari cincin emas milik isteriku yang hilang di tengah laman
sore tadi!
Wak : Hilang di luar mengapa cari di dalam? mana mungkin bisa ketemu?
Nasruddin : Di luar sana gelap..lalu aku berfikir lebih baik mencari di tempat terang saja!

Ronasina ketawa dengan penjelasan tersebut. Barangkali dia faham mesej yang cuba disampaikan..Kalian?
Ah..semakin dekat dengan rumah Adipati semakin berdebar mengingatkan Ratna.

Saturday, November 15, 2008

Raden Jumaat dan maling!

kurang lebih setengah batu lagi kami hendak sampai ke rumah Adipati..hari larut petang waktu kami melintasi rumah Raden Jumaat yang kelihatannya sedang termenung jauh di serambi rumahnya..begitu asyik lamunannya sehingga tidak sedar akan dia seorang lelaki yang tak dikenali cuba mencuri masuk ke dapurnya. Manakala terlihat kami, lelaki itu bersembunyi di sebalik tiang..

Wak : Raden! Kenalkah kamu lelaki itu?
Raden : Dia tiada kena-mengena denganku!
Wak : Mengapa membiarkan dia masuk ke rumahmu?
Raden : Apakah ia ada kena mengena denganmu?
Wak : Sudah tentu tidak! Tetapi dia nampaknya seperti hendak mencuri barang di
dalam rumahmu!
Raden : Dia boleh ambil apa saja yang dirasakannya sangat menguntungkan asalkan dia
tidak menggangguku..tapi kau menggangguku Jono! Kau mengalihkan tumpuan
ku yang sedang berbicara dengan kekasihku! Pergi!

Kami meneruskan perjalanan tanpa sepatah protes..ah! rumah Gusti Adiputra emakin hampir..Sihatkah Dewi Ratna?

Sunday, November 9, 2008

Bunyiamin yang pemurah..

Di pinggir pekan setengah batu dari Kampung Mahameru kami lewati tika hampir zohor..di situ kami dapat lihat Bunyiamin hartawan yang sangat pemurah sedang mendermakan wang dan menyedekahkan sedikit pakaian kepada orang awam dan yang miskin..anehnya dia meletakkan wang dan pakaian itu di atas tanah dan membiarkan mereka mengambilnya sendiri..

Wak : wahai Bunyiamin! Bukankah Nabi berkata tangan yang di atas lebih baik dari yang
di bawah? Mengapa tidak kamu beri saja mereka dan bukan meletakkan di tanah!

Bunyiamin : Dunia ini begitu kecil nilainya Jono! disebabkan olehnya aku tidak mahu melihat
tanganku berada di atas tangan orang lain..ini bukan sedekah..sekadar pemberian!

Kami meneruskan perjalanan semula....

Friday, November 7, 2008

anak kecil yang cukup tawakal!

Untuk sampai ke perkampungan Mahameru tempat tinggalnya Adipati di kaki Gunung Suralaya perlu berjalan kaki hampir 5 jam. Kalau berjalan tenang2 pasti keletihan tidak terasa. Ronasina yang pertama kali menuruti Wak hanya berdiam saja sepanjang perjalanan, jelas wajahnya berasa kekaguman dan tidak sabar menemui Adipati.
Di pekan kecil berdekatan, kami berkenalan dengan seorang kanak-kanak 12 tahun yang juga menuju arah yang sama dengan kami. Katanya dia ke sana ingin mengunjungi pamannya. Lantaran keletahnya yang menarik, kami mengajaknya menyertai kami ke kampung Mahameru.
"tetapi kami tidak ada makanan!" kata Ronasina.Anak yang bernama Fakir ini menjawab,"jika bapak-bapak lapar, saya juga akan turut berlapar."
Di perjalanan kami dihadiahkan seseorang sedikit makanan.
"marilah makan!" pelawa Wak tetapi Fakir yang sering melawat pamannya di perkampungan itu menjawab "saya sudah bertekad untuk tidak menerima apa pun melalui seorang PERANTARA".

Ronasina : huh! anak kecil! sampai begitu sekali ketatnya kalian lakukan kepada dirimu!
Fakir : Janganlah bapak memujiku sebab Dia yang membuat perhitungan untuk kita. Aku
hanya bertawakal!
Wak Jono : Apa yang kau tahu tentang tawakal?
Fakir :Tak tahu..tapi kata pamanku permulaan tawakal adalah jika kita merasakan suatu
keperluan, kita tak menginginkan sesuatu pun selain Dia yang memiliki segala
kecukupan!ataupun Tawakal itu adalah mengharapkan pada Dia dan berputus asa
dari apa yang ada di tangan manusia!

kami pun makan sedang anak ini bersiwak dengan kayu sugi sahaja.

Saturday, November 1, 2008

Haji Karim masuk dalam Kaabah!

Haji Karim tetaplah Haji Karim..dia terus-terusan ghairah menceritakan pengalamannya di Mekah. Yakin benar dia mendapat Haji Mabrur apatah lagi dia berasa bernasib baik tuah badannya kerana dapat masuk ke dalam Kaabah!

"Aku beruntung dalam ramai-ramai tu aku berjaya masuk ke dalam Kaabah! Ini rezeki dan bahagian aku yang Allah kurniakan yang tak dapat pada orang lain. Kau pun tak dapat masuk dalam kan Wak?" Haji Karim becok bertanya..

"Apa yang ada di dalam?" tanya Wak..

Haji Karim mengerutkan dahi,"emm...takde apa-apalah Wak. Orang kata kalau pandang atas nampak tiang arasy kerana tiang arasy selari dengan kaabah."

"Habis kau nampak apa? Jangan cerita bab tiang arasy tu..aku mahu tahu apa yang kau nampak?..tanya Wak.

"Selain lampu, aku tak nampak apa-apa Wak..kiri kanan,atas bawah, depan belakang aku lihat..tiada apa-apa kecuali diri aku je.."kerut wajah Haji Karim tetap tak hilang..

" kecuali apa?" Wak mengulang soalan sembari menjeling ke arah Ronasina yang leka bermain dengan pemetik api rokoknya seperti tidak mendengar. Malam ni Ronasina datang bersama kawannya Rodzi Jawa.

Haji Karim mengulang jawapannya,"Aku hanya melihat diri aku saja Wak..tiada apa-apa yang aku lihat"..

Wak berkata, "aku harap kau dapat melihat "diri kau" itu juga apabila di luar Kaabah!

..Haji Karim hanya diam dan wak tahu dia langsung tak faham apa maksud Wak..

(Wak akan ke Gunung Suralaya seminggu mulai malam ini..kalian teruskan perbincangan sehingga Wak kembali, itupun kalau masih bisa kembali dan masih bernafas..)