Tuesday, September 16, 2008

Iblis di malam Al Qadar! (Berdialog dengan Iblis- part 4)

Silbi datang ketika sepertiga malam berlabuh! Ketika wak berehat sebentar dari latihan amalan Wak untuk minum..ah! mengapa pula air minum wak jadi beku seperti agar-agar?

Silbi : wah! sungguh-sungguh beramal, cari Lailatul Qadar?

Wak : bukan aku cari lailatulQadar... dia yang cari aku!

Silbi : eleh! sombong..tu nak cuba ek dengan akulah tu.. nak tunjuk tak gentar dengan
godaan aku! hihi! Mana ada lailatulQadar!

Wak : siapa kata? habis "Inna 'anzalna hufi Lailatul Qadr" tu hapa?

Silbi : itulah hikmah dakwah ngok! ia sengaja diada-adakan agar membakar semula
semangat orang-orang yang dah mula tawar beribadat dan bertarawikh kerana
10 malam terakhir tu dah sibuk tawaf di bazar ramadhan, shopping kompleks...

Wak : aku setuju yang tu tapi mengatakan LailatulQadr tak wujud itu bohong!! Ia
terang disebut dalam Quran!

Silbi : apakah kau fikir malam Qadar itu hanya di 10 terakhir Ramadhan aje? tahukah
kau saban malam seluruh makhluk termasuk alam ini sujud taat kepadaNya!
Matahari, alam dan bulan berbentuk bulat kerana ketakwaan mereka 'bulat'
terhadapNya! Tiada sesaat mereka berhenti melaksanakan amanah Allah untuk
berbakti kepada manusia sepertimu! Tiada pernah mereka membantah seperti
mu untuk melaksanakan perintahNya..bayangkan sehari matahari engkar
perintah Allah untuk terbit dari timur, apa akan jadi kepada manusia?

Wak : Kau pun membantah juga bukan manusia saja!

Silbi : Aku tak pernah membantah perintah Allah agar menyesatkan anak cucu
Adam seperti yang aku sumpahkan dan Dia restui! Pernahkah kau fikir
binatang-binatang itu engkar dengan Allah? Lihatlah seekor lembu yang
begitu redha dan tenang di saat kematiannya ketika kau sembelih untuk
Qorban..dia berbakti kepada manusia demi Tuhannya! Kau lihat air tidak
pernah menderhaka lalu cuba mengalir dari hilir ke hulu!
itulah lailatul Qadr..semuanya tunduk kepada KeesaanNya setiap waktu
tanpa batasan hari dan waktu, 10 malam terakhir itu hanya malam latihan
untuk melihat secara batinnya pada bila-bila masa juga..

Wak : sebab itulah malam itu datang hanya kepada orang2 yang beriman dan beramal
soleh saja? walaupun ada seseorang yang tidak tidur sepanjang malam selama
10 hari itu menunggu tetapi dia tak akan berjumpa?

Silbi : ah! buat apa menunggu saja! lailatul Qadr itu nikmat..kau boleh bersuka-
sukaan dengan nikmat itu..ketika itu air membeku..cahaya malam amat
menggembirakan, bidadari menyanyi,.malaikat turun bagai kerdipan cahaya
beramai-ramai ke bumi...di mana? jomlah ke disko..semua tu ada di sana!

wak : Brengsek luu!! Nyah kau! mula nak menyimpanglah tuu!!

Silbi : hahaha!! gurau pun tak boleh!! (terus lesap)


Wak tertidur selepas itu dan sedar ketika azan subuh berkumandang....baru Wak teringat kenapa air minum wak semasa kedatangan Silbi tadi membeku seperti agar-agar! Aku terlepasss!!

10 comments:

Cheguman said...

Qurban & redha... mudahnya dua kalimah itu meluncur daripada lidah manusia. Dalam ibadah qurban, kadangkala hanya lembu yg berkorban dan rela dikorbankan sedangkan tuannya sekadar mencukupkan syarat korban.

Harga lembu pun ditawar sehingga anak-anak gembala lembu itupun tidak begitu rela dgn hasil jualan tersebut.

Anehnya Lailatul Qadar ditunggu seolah satu pertunjukkan silap mata.

WAK JONO! said...

bila roh hilang dari jasad...tiada makna lagi...
'roh' amalan tiada demang, justeru ia jadi satu upacara ikut syarat saja!

moses said...
This comment has been removed by the author.
moses said...

Kata Iblis:Kau lihat air tidak
pernah menderhaka lalu cuba mengalir dari hilir ke hulu!

Kata aku: Air sungai Kelantan mengalir dari hulu ke hilir..!!

Kata Iblis: dulu aku tak sempat belajar ilmu alam.....

moses said...

Yang pasti lailatulqadar tetap ada sepanjang tahun cuma yang tidak kenal pasti apakah lailatulqadar dan siapakah lailatulqadar..??

Yang pasti Wak boleh bongkarkan rahsia itu....

WAK JONO! said...

betullah sungai mengalir dr hulu ke hilir, tapi kalau dia derhaka maka terbaliklah...

moses,
wahh! kok hebat orangnyaa!

Mogen Ali Rico said...

Hebat dan ganteng2 pria di sini..Keperkasaan ilmu yang melebihi syariat dan bertarikat dgnnya..Semoga semuanya sejahtera

Unknown said...

Satu perkataan wak cukup bernas "Lailatulqadar cari aku, bukan aku yang cari dia"

Inilah satu perkara yang kebanyakan orang tidak faham. Mereka mencari Lailatulqadar, bila nak jumpa!. Ada yang menunggu lalatulqadar macam tunggu betina kat stesen bas, fuh..
bezanya dia kat tikar sembahyang, berzikir, bersembahyang tetapi untuk apa? hati keangkasa biru!

hakikatnya lailatulqadar akan mencari siapa saja atas kehendak Allah hatta di tempat diaco sekali pun!

Unknown said...

salah eja wak "disco"

hafiz said...

waaaah wak! memang best posting ni! betol jugak kata silbi! kalau malam lailatulqadr malaikat, bidadari bersuka...maka kita pun bolehla! hmmmm kias penoh hikmah!