Sunday, December 14, 2008

UJIAN dan HIDUP!

ADIPATI : Untuk mencapai kesatuan denganNya harus menempuh ujian yang berliku-liku
dan berat. Rasulullah saja yatim piatu sewaktu mula melihat dunia. Kemudian
pamannya Abi Talib meninggal disusuli isterinya Khadijah..anak-anak lelakinya
juga. Bayangkan kita ditimpa sebegitu..gagahkah?

WAK : Untuk menjadi 'sempurna' harus merasai semua..pahit manis,suka duka, sakit
seksa! Barulah melengkapi!

KARTOLO : Waduhh!! Aku berdoa agar Dia tidak mengujiku seberatnya hingga tak mampu
aku pikul!

ADIPATI : Loohh! Mana bisa kau capai dengan cuma-cuma saja! Perjalanan kepadaNya
seperti belayar di lautan api. Bahteramu lilin layarnya kertas..berlengah
bererti binasa!! Kau tidak seharusnya berdoa tidak ditimpa ujian sebaliknya
mestilah memohon agar diberikan kekuatan ketika diuji..

WAK : Bagaimana kamu kata kamu cinta tapi tak mahu diuji? Seperti mahu anak tapi
enggak mahu sakit beranak! Kekasihnya akan diuji!

KARTOLO : Kisana pernah diuji?

ADIPATI : Apabila kau sudah binasakan dirimu dan menyatakanNya maka tiada lagi ujian.
Masakan Allah menguji 'dirinya'?


"HAHAHAHA!!!

ADIPATI : Yang berlaku padaku sekarang adalah 'gerak-bergerak' sebuah perjalanan yang
dipanggil "HAYAT!"

10 comments:

moses said...

Salam...

Benarlah kata wak...kena uji dulu baru boleh naik maqam..
Dalam pencarian ilmu ini aku jua diuji dgn kematian ibuku, anak lelaki ku,isteriku gugur sampai 3 kali...semuanya dlm masa yg singkat

Tiada kata yg dapat ku ungkapkan melainkan redha sahaja

Masalahnya aku ni...bila la nak merasa mati...huhuhuhu, sibuk sangat dgn urusan dunia huhuhu...

Agak2 Hayat tu cam ne wak...!!!

Unknown said...

Salam Wak.

Ujian... macam-macam sebenarnya yang saya dah terima. Tapi bagi saya semuanya adalah taqdir bagi saya dan saya menerimanya dengan redho. Bak kata Adipati selagi tidak bersatu selagi itu kita terpaksa terima ujian.

Hayat, apa yang dikatakan aku diriku sekarang di alam nyata ini bukankah hayat wak? Tolong jelaskan saya salah.

Anonymous said...

Sahabat,

Kita diuji atas perbuatan kita.
Kita diuji diatas kemampuan kita.
Kita juga diuji diatas permintaan kita. Bukankah kita juga yang meminta tingginya maqam yang kita mahu dan besarnya rahsia yang kita simpan?

Bukankah sebaik-baik doa yang diajar oleh Nabi ialah "Rabbana atina fiddunia hasanah, wal ahiratul hasanah" - cukup serdahana tapi mendalam.

Bukankah sebaik-baik nasyid "Tuhanku aku tak layak surga firdausmu tapi aku tak mampu menahan siksa api neraka mu....."

Hendak minta mati pun kita juga yang bersetuju dulu untuk menyimpan rahsia dan amanat semasa dalam kandungan ibu kita dulu.

So kalau jumpa orang gila nyanyi sorang-sorang "Senyumlah, senyumlah ahai Cik Mek Molek..." - tinggi martabatnya orang gila itu.......

moses said...

Betul jugak kan apa yg diperkata oleh aku2....

Nanti aku nak pi cari M.Daud Kilau lah...ne tau kan huhuhuhu

Anonymous said...

ADIPATI : Loohh! Mana bisa kau capai dengan cuma-cuma saja! Perjalanan kepadaNya
seperti belayar di lautan api. Bahteramu lilin layarnya kertas..berlengah
bererti binasa!!

Kalau dah naik kapal belayar bukan senang nak sampai jeti,so kalu dah bertembung ribut @ apa² halangan ta'kan nak patah balik kot....Kalau dah betul kelasi tuh lautan api pon dah tak heran dia dah biasa...tahulah kerja dia..

ADIPATI : Yang berlaku padaku sekarang adalah 'gerak-bergerak' sebuah perjalanan yang
dipanggil "HAYAT!"

kalau dah dah berjalan tuh...bagus ler..biarkan dia kerana dia lebih arif lagi dan lebih hampir kepada Nya.....kerana dia tidak pernah lupa siapa diri Nya.....tak gitu Wak......banyak yg Wak dah mula selit nih...."Rahsia dalam Rahsia...hu hu hu hu

Anonymous said...

salam wak..
betul la seperti yang kawan aku cakap.takkan tuhan nak uji diri sendiri.
semuanya perjalanan.. semuanya nikmat..

Anonymous said...

perjalananku untuk aku.kamu dengan 'aku' kamu,,

Anonymous said...

itu lagi tepatnya rondo.. tima kaseh..

Anonymous said...

salam wak..
hayat tu yang mane?

Anonymous said...

pening...