Tuesday, December 30, 2008

Tok Ayah dengan binatang buas..

Penat meredah bukit mencari sedikit rotan, Wak dan Ronasina kembali semula ke khemah peraduan di belantara Suralaya itu. Barangkali Tok Ayah sudah siap memasak.

"Tengok tu!!" Ronasina menunjuk ke arah khemah yang 15 meter ke bawah, kelihatan Tok Ayah sedang solat dengan dikelilingi rusa liar, kambing gurun dan harimau akar. Aneh!!
Manakali terlihat akan kami, ke semua binatang tersebut lari..

"Jika kalian bersikap lemah lembut, ikhlas dan jernih semua isi alam ini akan bersahabat dan tunduk padamu!" Tok Ayah seperti mengerti apa yang ingin kami tanyakan..

"Apa maksud Tok bersikap lemah lembut. ikhlas dan jernih?" tanya Ronasina.

" Bersikap ikhlas smata-mata kerana Allah sehingga Allah menyukaimu!" pesan Tok Ayah..

"Bagaimana mencapainya?" tanya Wak..

"Keluarkan semua rasa cinta dan sayang dalam hatimu kepada makhluk2 dan lenyapkan ia seperti kamu lenyapkan segala bentuk syirik kepadaNya dalam hatimu itu!" pesan Tok Ayah lagi..

"Waduh! Susah tu Tok!" kata Ronasina...

" Mudah bagi orang-orang yang arif!" jawap Tok perlahan.....

24 comments:

legend said...

Salam...

"Keluarkan semua rasa cinta dan sayang dalam hatimu kepada makhluk2 dan lenyapkan ia seperti kamu lenyapkan segala bentuk syirik kepadaNya dalam hatimu itu!" pesan Tok Ayah lagi..

"Waduh! Susah tu Tok!" kata Ronasina...

Kalau susah tak de seorang pun yang dapat dan kalau senang semua orang boleh dapat kata kawan.huhuhuu

dini said...

Salam buat semua untuk kalian..

Itulah pabila alam shagir sudah menelam alam kabir semua akan tunduk dan patuh ,umpama nak memasukkan unta ke dalam sebatang jarum.hummm... bagaimana harus dan cara kita nak dilakukan..terpulang kepada individu semua.

Sesungguhnya bila kita faham akan diri ini,dunia yang terbentang luas pun kita buleh takluki sebabnya semua sudah pun ada di dalam diri.

Wasalam...ketemu nanti

moses said...

Salam....

Aku suka dgn pesanan Tok tu...

Keluarkan semua rasa cinta dan sayang dalam hatimu kepada makhluk2 dan lenyapkan ia seperti kamu lenyapkan segala bentuk syirik kepadaNya dalam hatimu itu

Sesuatu perjalanan yg mesti dilakukan setiap insan yg berada atas muka bumi ini.

Pergghh...!! memang sukar nak lakukan tapi boleh dilakukan jika mengerti....

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Yang penting adalah pesanan Tok Ayah supaya jangan syirik, petuanya hanya satu iaitu hayati kalimah tauhid dan hendaklah sentiasa duduk dalam kalimah HU atau duduk sebagai seorang yang faham tentang tajalli

aku said...

salam wak..
mudah bagi orang yang arif..
nak jadi orang yang arif pun aku tak lepas lagi ni huhuhu

moses said...

salam kpd AKU

Nak jadi orang arif kena belajar dgn berguru...kat blog ni hanya sampingan je....

senang2 ko letak je nama ko Arif kompom ko arif...huhuhuhu....
gurau je jgn marah ek...

dini said...

Salam buat 'aku'...

Tumpang lalu ye wak...

Ko byk msk blog hakikit yek 'aku'.mana2 blog hakikat pasti ade nama ko.harap2 ko sucess

aku said...

salam..
maaf wak..
moses,
aku ingat nak letak nama 'aku gila' la.biar akal gila,sebab guna akal tak bleh jumpa apa yg aku cari.kena guna qolbu(kata ayah mad)
dini,
ko jumpa je mane2 aku merayap ye.cam gitu la bila dah 'rindu' sangat huhuhu.

moses said...

bukan hati tu dok kat akal ke...entah la aku pun tak tahu...
tanya wak je la, dak pun tanya kartolo.....

aku said...

salam..
laa.. ye ke.salah la aku.tak nak la jd gila..
biar otak je gila,akal ok huhuhu.
camane wak..

kulopdollah said...

Salam wak,

Tok Ayah tu tak makan daging, sebab tu kambing dan rusa tu tak lari. Wak dan Rosanina memang pelahap kambing bakar cicah air asam agaknye sebab tu semuanya lari takut kena salai..maaf Wak ..gurau je

dini said...

Salam...

Wahai saudaraku,masuklah pada 'tariq' (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada tuhanmu bersama golongan ahli ruhani.Waktu sangat sempit,jalan hampir tertutup dan sulit mencari tempat untuk kembali ke negeri asal (alam Lahut).Keberadaan kita dibumi yang hina dan akan hancur ini (maksudnya kita)tidak hanya berpangku dengan makan ,minum dan memenuhi nafsu belaka.

"Aku adalah "Kanzun Mahfiyyan" (yang terpendam dan tertutup).Aku ingin ditemukan dan dikenali.Kuciptakan makhluk agar mereka mengenal Ku

Wasalam...

aku said...

salam..
maaf wak..
dini,
mesti kena masuk kumpulan tarikat ke?yg 'tariq' tu aku tak paham..

moses said...

Minta laluan wak...

Aku.....................

Kena masuk kumpulan tarikat gak ke... tak tau lak aku, tapi kalau ada yg kerajaan iktiraf boleh gak join...tak la nanti kena serbu dgn JAKIM.

Masa aku belajar dulu tak ler pula tok ayah tu kata nama tarikat ape.. Bila aku tanya tarikat ape..?? dia kata tak penting pd nama nanti jadi bangga dan berpuak2 pulak yg penting apa yg tok sampaikan ini adalah pusaka Muhammad yg bersambung rantai sampailah kpd tok,sampailah tok ayah aku mati 15tahun yg berlalu malah sepanjang beliau hidup satu fitnah pun tak timbul,Nak kata beliau mati kawan aku ada jumpa masa musim haji kat Mekkah..hahaha Ilmu tuhan apa nak peliknya..Aku belum pergi Mekkah lg....huhuhu

Zaman aku belajar dulu tak ramai mana ada 5-6 org je.Buku rujukan pun tak de...huhuhu.. tak mcm sekarang dah canggih siap ada blog lagi...blh buat rujukan hahahaha..

aku rujuk kat diri aku je huhuhu blog wak ni wat isi masa terluang je...


Matilah Kamu Sebelum Kamu di Matikan.............Baru boleh jawab soalan kubur...huhuhu, sendeloka sahaja

Wak@tokbatin huhuhu...

dini said...

Salam buat semua dan khas utk aku..


Aku rasa moses dah jawap segala persoalan yang main di benak tuan hamba."Tariq" itu dalam bahasa arab dan dimelayukan jadilah ia 'jalan'.So jalan pensucian yang mana ianya adalah senjata atau perisai pertahanan diri dari 'diri sendiri' sebab Allah,Adam,Muhammad dan Iblis dalam kesatuan yang syahdu huhuhuu.Bila mana dah ada jalan atau ruang so dan tentu ada tempat untuk di tujuan (iaitu hakiki) dan seterusnya maarifat.Rantai atau tariqat hendaklah bersambungan dari Rasulullah atau sealiran.Manakala keluar tidak dikira.
Bila mana "kolam" utk menternak ikan dah siap segala ansir jahat dan dihapuskan atau dibenteng baru ikan boleh beranak pinak dan menikmati hasilnya.
Begitulah kira-kiranya bilamana aku berkira...so tahap aku nie mungkin amatur kot tak macam geng yang lain dan pro...hahahaaa...

Wasalam...

aku said...

salam..
TQ moses & dini.
maaf ye wak..
ke wak nak tambah lagi perasa kat lauk aku..
dari tadi dok sedut gudang garam je..

kartolo said...

ayat mula2 seribu dinar ada sampaikan maksud ni tapi ayat tu mereka gantung kat kedai buat pelaris..huhuhu
perihal wujudnya nama2 tariqat ni ada disampaikan dlm bentuk vcd oleh ust.tengku mohd fauzi singapura..kalu ada masa aku terang sedikit kejap lagi...

Aku2 said...

Tarikat ku jalan yang ku lalui bukan jalan yang orang lain lalu sebab ujian masing-masing yang merasa masing-masing

Tarikat membuka pintu dan menunjuk arah, setiap nyawa harus mengikut haluan masing-masing selepas itu. Taksub dengan guru kita tidak akan kemana. Belajar dengan semua, pengajaran datang dari semua arah.

Nak cuba dengan binatang, cuba dulu dengan kucing kurap tepi jalan, dia datang kepada kita dengan keikhlasan mengharap rezeki Allah melalui kita - apa tindakan kita.

Nak advance lagi lalu dekat rumah yang ada anjing garang, pergi dekat dengan anjing itu, sua tapak tangan sebagai salam ada berani? Belum lagi harimau di rimba.

Cuba tunjukkan rasa cinta kepada nyamuk yang ingin membaham kita, boleh.

Natijahnya, cubaan macam Tok Ayah tu berlaku kepada kita tiap-tiap hari - adakah kita lepas dengan ujian kecil ini?

Pandangan saya yang masih belajar....

legend said...

Assalamulaikum,

Jgn terlalu dibangga tariqat yang di ikuti sbb tu riya (ingin dipuji oleh org lain) atau sum'ah (mencari kemasyhuran).
Tu mcm moses menulis nama tariqat tak penting TAPI yg penting jalinannya dari Rasulullah saw dan para sahabat supaya tidak menongah arus mahupun tergelincir.kalo dah tergelincir huhuhuhuuu malangnya,tu semasa ini nak byk kan solat sunat minta pedoman pada ILLAHI.

aku said...

salam..
skarang dah jelas dari hal tarikat ni.cam gitu gak apa yg aku rasa.
ikut rasa binasa,ikut hati mati huhuhu
dah binasa dah mati baru mengerti...

maun said...

Salam Wak,
Siapa kata tarikat tak penting..tanpa tarikat mana datangnya hakikat dan makrifat.Tarikat ada baiahnya, ada talkinnya, dengan baiah itu menjadi berkatlah amalannya dan diperbaiki amalan untuk mencapai makrifat yang sebenar-benarnya. Baiah itu menjadi bukti bagi syafaat guru kepada muridnya. Setiapa diri akan dipertanggungjawabkan perbuatannya, dari mana dan siapa sumbernya.Tujuan tarikat adalah untuk membersihkan hati dengan zikir khusus dari guru-guru mursyid supaya hati menjadi cermin terpantulnya cahaya hakikat dan makrifat dengan berkat guru. Guru itu bagaikan jambatan, dan bagi orang tarikat, guru itu rohaniyahnya Rasulullah s.a.w. Malaikat hairan melihat segolongan manusia berantai-rantai memasuki syurga Tuhannya.Tarikat itu banyak, matlamatnya satu. Tak kira apa tarikatnya, yang penting berlandaskan Kitabullah dan Sunnah, mursyid gurunya, ada silsilahnya, dan ada talkin atau baiahnya-semuanya betul.Tak ada apa nak dibanggkan dengan tarikat, ia adalah sebaik-baik jalan menghadapi kematian.

dini said...

Salam...

maun menulis semalam
---------------------
Siapa kata tarikat tak penting..tanpa tarikat mana datangnya hakikat dan makrifat.Tarikat ada baiahnya, ada talkinnya, dengan baiah itu menjadi berkatlah amalannya dan diperbaiki amalan untuk mencapai makrifat yang sebenar-benarnya. Baiah itu menjadi bukti bagi syafaat guru kepada muridnya.
-----------------------------
aku nak perbetulkan sbb mungkin takut orang terkeliru nanti.
tariqat memang penting dan benarlah seperti tulisan maun tu tetapi nama tariqat xpenting buat aku.yang penting MESTI ada jalinan/rantai dari Rasulullah dan para sahabat.
byk nama tariqat seperti Qodiriyah,Syadzaliyah,Naosyabandiyah,Rifaiyah dan pelbagai lagi namun pokok persoalannya adakah tariqat ini ada kesinambungan dgn Rasulullah.Tu aku nak perbetulkan takut nanti kot-kot keliru.mmg ada baiah pada guru yang mursyid yang mana guru tersebut akan monitor anak murid dari satu tahap ke satu tahap.

wasalam...

legend said...

Asalamulaikum utk semua.....

Abu Bakar Asy-Syibli berkata:
"Jika engkau ingin bersenang-senang dengan Allah maka engkau harus tidak senang kepada dirimu sendiri"
Maksudnya:jika hatimu mencintai Allah dan tidak lari dariNYA (dalam melakukan ibadah),maka kamu harus memutuskan cinta terhadap diri sendiri.
"Jika kamu telah dapat merasakan manisnya berhubungan,nescaya kamu akan mengetahui tentang pahitnya berpisah"
Maksudnya:jika kita telah merasakan kenikmatan dekat dengan Allah SWT,maka kita akan merasakan pahitnya jika berjauhan denganNYA.Dalam hal ni Rasulullah saw selalu berdoa
"Ya Alah! Kurniakanlah kepadaku kelazatan memandangMU dan rasa rindu untuk bertemu denganMU"

kawan lak kejap ada dan kejap tak ada mcm biskut chipmore pulak...huhuhuuu..

WAK JONO! said...

ha..selesai bab ni..tiada pertelingkahan..huhuhu!