Monday, December 22, 2008

IMAM MAHDI turun...

Rodzi Jawa : Kartolo! Bila Imam Mahdi nak turun? Tentu lambat lagikan? Masa tu kiamat
dah terlampau hampir...

Kartolo : Imam tu bererti Pemimpinkan? Mahdi tu 'hadi', petunjuk..Pemimpin yang
memberi petunjuk? Bukankah itu Al Quran..

Rodzi Jawa : Hah??

Kartolo : Al Quran tu apa? Siapa?

33 comments:

moses said...

Salam....

Hahahaha...tunggu je la imam mahdi turun....sok2 kirim salam kat dia ek kalau jumpa, kata aku kirim salam...

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Imam Mahdi turun ?

Imam Mahdi dia tidak turun, dia akan wujud dari Bani Tamin di timur tengah Didalam Al Quran tiada ceritanya dan di dalam hadis pula kurang jelas tapi ada, di waktu kebelakangan ini cerita Imam Mahdi menjadi lebih jelas lagi apabila ramai ulamak yang menyebut tentangnya berbanding di satu ketika dulu yang mana ia hanya di percayai sungguh oleh puak syiah

Imam Mahdi bermaksud PEMIMPIN YANG DI BERI PETUNJUK bukan PEMIMPIN YANG MEMBERI PETUNJUK, kehadiran pemimpin ini memang hampir Qiamat, siapa yang turun? Mengikut Al Quran yang turun adalah nabi Isa a.s di mana dia sekarang dan apa peranannya ? Ha yang ni hampa kena jawab

Pendirian Pak Karamu tentang Imam Al Mahdi ini saya percaya penuh sebab ada muslihat ia tidak di jelaskan secara jelas, ini kerana Allah swt mahu melihat kekuatan jama'ah islam untuk membebaskan Palastin yang menjadi tanah nabi-nabi dan RasulNya

mountdweller said...

Salam Wak,

Saya tertarik dengan ulasan Pak Karamu, Imam Mahdi bermaksud PEMIMPIN YANG DI BERI PETUNJUK bukan PEMIMPIN YANG MEMBERI PETUNJUK.

Maknanya sesiapa saja dari Bani Tamin di Timur Tengah yang diberikan petunjuk. Ini bermakna "manusia". Apakah tugasnya sebagaimana Salahuddin Al Ayubi? Penglima perang dan pendakwah. Atau Penglima Perang dan juga Ahli Politik.

Wallahu Aklam.

dini said...

Salam....

Kesahihan nya adalah samar dan aku tak nak komen.Tak tau lah kalau kisah ini ada sesuatu disebalik.
Allahualam...

Kalau geng yang mana tau bolehlah kita syer bersama secara langsung mahu tidak langsung

Wasalam..buat kalian

legend said...

Assalamulaikum....

Wak buatlah hidangan lauk yang best-best punya tentu ramai entry.Macam nie kawan dok tunggu orang lain punya ulas aje sbb bab nie kawan tak mahir huhuhuuu...

aku said...

salam wak dan legend..
dulu kan wak dah cakap,lauk korang dah cukup masin..
hahahaha
lauk aku je yang masih payau.. huhuhu

moses said...

Salam...

Tak penting pun nak menentukan siapa Imam Mahdi...
Imam Mahdi hanya istilah sahaja. Dalam pengajian ilmu hakiki jarang sekali di sentuh oleh guru mursyid krn ia bukan perkara AQIDAH.

Benarlah kata Pakkamaru tu.. Imam Mahdi bermaksud PEMIMPIN YANG DI BERI PETUNJUK

Gamaknya quran tu kitab yg dicetak,yg ada kat rumah kita,yg dibaca oleh org Islam, yg tersusun kat rak2 masjid kot... hahahaha

maun said...

Salam Wak,

Pada puak syiah, mereka percaya Imam Mahdi ini akan lahir dari kalangan mereka...tak silap aku dari imam yang ke 12 mereka..tak tau aku samada mereka tengah train si imam ni. Bagi puak sunni, benda ni harus je kot..bukan satu perkara yang wajib di imami. bagi puak Arqam, pemimpin mereka lah pemuda Bani Tamin tu. Kata Nabi akan lahir dan muncul satu manusia, namanya seperti nama aku yang akan menegakkan agama Islam di dunia ini dari kekufuran dan Imam Mahadi ini akan bersama nabi Isa a.s. menjalankan syariat nabi Muhammad sebelum berlaku kiamat.

Kalau benar Imam Mahdi ini wujud dan namanya Muhammad bin Abdullah ataupun kiasan Nabi dari hakikat manusia tu, maka peragainya tentu macam nabi, percakapannya macam nabi, perbuatannya macam nabi dan hatinya tentu macam nabi. Manusia semacam ini tentulah dari silsilah tarikat yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. Kerana untuk melihat peragai Nabi yang sebenar walaupun bukan 100% kerana sudah beratus tahun namun tempanya mungkin boleh dilihat dikalangan guru yang mursyid yakni Ulama yang melaksanakan ilmu zahir dan batin kerana ulama pewaris anbia ni bukan pewaris yang zahir sahaja tetapi mengetahui yang batin dari Rasulullah s.a.w. seperti anak tahu zahir batin ayah dan bukan bikinan dari buku-buku.

Manusia Mahdi seperti ini, nafsunya mutmainnah, makam imam yang kamil, peragai, perkataan, perbuatan dan hatinya synonim dengan Rasulullah s.a.w dan Al-Qurannya bukan terletak diatas almari dirumah atau di rak-rak di masjid tetapi terletak didalam hatinya. Perbuatan, perkataan dan hatinya mendahului Al-Quran yang dibaca. Muhammad s.a.w. tu adalah Al-Quran bergerak, mungkin begitu juga Imam Mahdi. Al-Quran itu jiwanya dan bertindak mengikut Al-Quran atas petunjuk Allah.
Tapi bagi aku yang penting diri sendiri, adakah kita sendiri nak perbaiki diri kita ini untuk menghadapi kiamat kita sendiri. Seperti ada setengah pengikut yang taksub dengan silsilahnya yang dari Abu Bakarnya, Alinya, tapi dirinya sendiri tak lah perkataan dan perbuatan Abu Bakar dan Ali bahkan jauh dari akhlak Rasulullah s.a.w. Wallahualam.

kartolo said...

pemimpin yang diberi petunjuk?huhuhu...

dini said...

Salam kpd anda semua..

BEGITU LAH DAN AKU SETUJU BENAR TERHADAP ULASAN DARI GENG SEKALIAN.BYK HAL LAIN NAK DI MANTAPKAN LAGI DAN DI KAJI YG MANA LEBIH BAIK DARI INI BUAT AKU LAH.TENTANG KALIAN TERPULANG PADA SELERA MASING2


maun said...
Tapi bagi aku yang penting diri sendiri, adakah kita sendiri nak perbaiki diri kita ini untuk menghadapi kiamat kita sendiri
===============================
moses said
Tak penting pun nak menentukan siapa Imam Mahdi...
Imam Mahdi hanya istilah sahaja. Dalam pengajian ilmu hakiki jarang sekali di sentuh oleh guru mursyid krn ia bukan perkara AQIDAH

Wasalam...

wak rono said...

aku rasa sebab tulah wak tulis psl imam mahdi ni sebab nak tunjukkan sebenarnya diri inilah yang perlu hadapi semuanya..dan semuanya adalah berkaitan diri..kalau sibuk memikirkan imam mahdi tu orang lain dan bukan diri sendiri, maka tahapahapalah jadinya diri kita

moses said...

Salam..

kalau aku bg komen awal2 lg kata kita ni Imam Mahdi nanti jadi kecoh lak...tp dah wak rono tu dah kata so aku sokong je la huhuhuhu....

aku said...

sekarang baru aku paham.hehehe
dok kaji sampai kat ceruk dunia,rupa2nya dok ada kat diri sendiri huhuhu

aku said...

sekarang baru aku paham.hehehe
dok kaji sampai kat ceruk dunia,rupa2nya dok ada kat diri sendiri huhuhu

Anonymous said...

Al-Quran tetap Al-Quran, jangan disamakan Al-Quran dengan Imam Mahdi. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w yang wajib diimani yang termaktub dalam Rukun iman yang enam. Al-Quran inilah memberi petunjuk, yang memisahkan haq dan batil, peringatan kepada orang beriman dan amaran kepada orang engkar. Yang membaca dan menghayatinyalah yang akan mendapat petunjuk. Al-Quran ini menjadi petunjuk kepada jalan yang lurus kepada sesiapa yang mahu mengikutnya. Al-Quran ini adalah Kalam Allah. Kata Nabi, yang mula-mula dijadikan adalah Nurku, yang mula-mula dijadikan adalah Kalam, yang mula-mula dijadikan adalah Aqal. Kalam ini tersimpan diLuh Akbar sehingga nabi dilahirkan kedunia. Ianya mengikuti nabi dari alam zat hinggalah kealam shahadah. Dari luh Akbar diturunkan ke Luh Mahfuz sebelum diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. Bahasanya adalah bahasa Allah Taala dan dituturkan oleh nabi dalam bahasa Arab yang lebih tinggi dari kesusasteraan Arab. Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku dan Kitabullah nescaya akan selamat. Jangan dipandang remeh Al-Quran, dari dada-dada sahabat dilahirkan dalam bentuk yang ada sekarang, jika tidak mana panduan kita sesudah Nabi. Apa ikutan kita, wujud kah ilmu ilmu yang lain dari syariat sampai ke hakikat. Al-Quran itu ada zahir dan batin, lagi batin lagi bermenafaat kerana itulah inti kepada agama ini. Tafsir bagi orang awam, takwil bagi orang khusus. Kandungannya meliputi zahir dan batin kepada siapa suka menghayatinya, penawar kepada sesiapa yang membacanya,lembut hati kepada sesiapa yang mendengarnya. Imam Mahdi lain, ia bukan termasuk perkara yang wajib dimami meskipun mungkin akan wujud.

moses said...

Salam...

Rasa2nya tak de sape2 pun kata al-quran tu Imam Mahdi...!!!

Saudara tanpa nama salah faham kot...

Kartolo...!!! dimana kau..? baik kau jawab nanti yg kusut bertambah simpul
hahahahahaha.........

aku said...

salam semua..
wak ngan kartolo ngan korang smua kena cita la bagi paham cam moses cakap.
kalau tak nanti tanpanama,rodzi jawa ngan aku sekali pening.. hehehe

kartolo said...

sebab tu kena belajar sebelum menyalahkan orang lain..menjadi muslim haqiqiyyun..
setiap yang diceritakan adalah ilmu dan kita wajib menggalinya..dari satu lapis maksudnya begini dan dari satu lapisnya begitu..ia berlapis2 dan mengandungi berbagai tafsiran..aik? kan kata Islam itu luas dan Allah Maha Bijaksana? kalau quran tu tiada makna tersembunyi dan mendalam sudah tentu pak arab menjadi hebat sebab quran bahasa mereka..tetapi mereka pun tak faham intipati al quran..
masa darjah 1 guruku kata 1 tak boleh tolak 2 sebab 1 kecil drpd 1...tapi bila tingkatan 1 cikgu kata boleh pulak dan jawapannya -1..DAJAL,YAKJUJ MAKJUJ,IMAM MAHDI wajib percaya wujud tetapi 'ciri2'nya dah digambarkan dan dah wujud sebelum muncul yang sebenarnya..FIRAUN, QARUN,HAMAN adalah watak2 bukan sekadar sejarah dulu tetapi tetap ada sepanjang zaman..SODOMI KAUM LUTH,masih selamat dari petaka dulu dan kian membiak..ALQURAN bukan sekadar untuk dibaca, dilagu2kan dalam pertandingan tetapi digali..membacanya saja sudah menenangkan apatah lagi menghadamkan ilmunya..40 tahun baca saja tak jdkan kita mukmin..tu tak masuk lagi mengapa ada baris, waqaf, sabdu- semuanya ada makna! mentari terbit dari barat di saat qiamat tiba pun ada tafsirannya!!

rondo said...

sesiapa saja boleh percaya yang mana2..kalu nak tunggu pun tunggulah..aku dah lihat SEMUANYA!huhuhu!!memanglah imam mahdi bukan perkara penting kalau dibincangkan mengikut syariat..tapi dalam ilmu hakikat ia boleh dikenali..huhuhu

WAK JONO! said...

moses
set your eye on the mount infront
if u wanna look at me eye to eye
if u still don't believe that
i'm your lord
and that you're my chosen one!

moses said...

Salam khusus buat Wak Jono...

Apakah yg tersirat sebenarnya...???


amma ba`du

terunaKota said...

oh..kisah Musa disuruh melihat ke arah bukit tursina itu..untuk melihat Dia..
Bukit lebur!!
Jangan ditanya dan dicari aku di luar..binasa padahnya!!lebur dalam kesesatan jawabnya!!
segala-galanya sudah ada di sini! di alam ini!!itu-itulah!! Bukan lain-lain dan bukan apa-apa!!

sirehpinang said...

salam sejahtera sahabat sahabat ku...
apasal la korang ni sibuk nk memikirkan benda bnda tu semua..yang penting hati kita cuba tanya diri sendiri takat mana kita mengingati Allah..adakah setiap hari atau setiap saat atau lima kali sehari atau dua jam sekali atau langsung xingat...semua ni dunia..melalaikan..semua tu dah ditentukan olehNye..terima je la bila smpai mase nnti

rondo said...

sireh pinang,
hahahaha!!terime je?hahaha!!

dzun nun said...

sireh pinang,
berapa kali sehari ingat tuhan?huhuhu!!Tuhan tu macamana?

legend said...

Salam..

Dah Kartolo pun dah ulas hahahaaa...semuanya berlaku cuma masa dan ketika aje tidak sama kisah FIRAUN, QARUN,HAMAN dulu tetapi ada sepanjang zaman..SODOMI KAUM LUTH masih ada..tu yang mana kerajaan negara menghalalkan perkahwinan sejenis tu ape bendfanya?Dajjal hangpa ingat yang tu ka...heheheee...kenali Dajjal ada setiap masa...bukan yang tu,maksud yang dulu tapi sifatnya masih menular sampai ke masa ini.Imam Mahadi bukan yang tu hangpa pikik tapi ini kat sini.

Wasalam...

alang said...

DariNya kita diciptakan dan dariNya jugalah kita kembali. Sesungguhnya alam ini hanyalah fana. Hakiki harus dicari,buat pedoman dan bekalan sebelum ajal mejemput. Tidak tercapai oleh akal biasa untuk mengenal Zat Yg Maha Esa.Hanya Doa dan Tawakal dipanjat untuk diberi hidayah mengenal yg Satu.
Allahualam.
~Yg masih mencari~

sir.. said...

masih mencari? laa...kat mana cari?

NORLAILA said...

wah tinggi nye ilmu ni, tak terjangkau fikirin saya yang terhad ni, tapi saya bersemangat untuk memberi komen kemudian jika di izinkan Allah, bersama dengan perjalanan ilmu untuk mengenal jalan pulang yang sedang dipelajari.TQ PakKaramu. Roh tu tak berjantinakan, makhluk Allah yang bukan lelaki dan bukan perempuan. Correct me if Iam wrong.

alang said...

Salam to all.

To sir. Aku masih baru belajar mengenal diri. Harap dapat tunjuk ajar dari saudara dan teman2 sekalian. Al-Quran; bagi aku hanyalah sebuah buku. Tetapi kena kita khususnya Melayu begitu fanatik sampaikan bersumpah menjunjung Quran? Tidakkah mereka sedar yang Quran masih tidak wujud di zaman Muhammad S.A.W. Quran hanya wujud dizaman Khalifah Al`Rasyidin keempat. Ketika zaman Rasullah,Quran hanyalah ditulis di atas lembaran kulit2 binatang dan kulit pepohon. Mahukah manusia yang bersumpah pada masa kini menjunjung semua lembaran2 beratus kulit tersebut? Nescaya dengan izin Allah,ditimpa malapetaka dia.

Bab ilmu2 tarekat dan makrifat nie,aku pernah bertanya Ustaz aku time skolah dulu,kenapa ulamak2 masa kini tidak boleh berjalan di atas air ataupun bergerak ke mana2 tempat dengan sejenak seperti para pejuang Islam terdahulu termasuk Tok Kenali. Ustaz aku cakap,ilmu Allah nie besar. Merangkumi apa yang ada dilangit dan bumi. Bercabang2 dan beraliran. Suatu masa nanti kamu akan paham.(Time tu aku tingkatan 1).
Lagi satu yang aku sering terfikir,~Hanya Allah yg layak disembah~ Tetapi kenapa Malaikat2 dan sekalian makhluk Allah diwajibkan menyembah Adam ketika dijadikan.Setelah aku membaca blog Wak Jono nie aku mendapat jawpan didalam terang. Tetapi masih samar dan jauh untuk aku tempuh.. Harap ada guru2 dan abang yang sudi `mengajar aku`.

~Yang masih mencari~

aku said...

salam..
zaman nabi muhammad quran belum ada?huhuhu
dah tu manusia camane..?

dini said...

Salam buat kamu semua....

Tak usah pegi jauh-jauh untuk mencari sebab apa yang dicari ada dalam diri ini.oleh itu "Kenallah diri kamu rata-rata maksudnya secara khusus sebelum kamu kenal ALLAH itu amatlah nyata".
Tetapi untuk mengenali diri sendiri ada upacara khas iaitu pensucian hati untuk membuka segala yang "terdinding"/hijab kerna cahaya dan kegelapan itu adalah penghalang.
Kadar dan berape cepat mengikut rezeki atau kurniaan masing2.Contohnya langit 1 sampai ke 7 mana tu?sbb tu di suruh memahirkan sifat 20 tu.

"Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah mem BATU hatinya untuk mengingat ALLAH" (Az-Zumar:22)

Wasalam...

moses said...

Kalau wadah yang kita depani selama ini kabur dan tidak dapat menjamin kehidupan yang baik dan sempurna seperti mana dituntut oleh Yang Maha Agung kita wajib meninggalkannya.

Berada dalam kekaburan yang jelas adalah satu dosa dan kezaliman kepada diri sendiri.

Mudah-mudahan kepada mereka yang masih terus berada dalam gua kegelapan keluarlah dari gau berkenaan dan lihat sinar di luar.

Begitu juga mereka yang masih sesat dalam diri dengan fahaman kebendaan cepatlah mengingati dan hiruplah udara baru melalui kehidupan yang hakiki.

Selamat Tahun Baru Hijrah.

petikan dr: MSO