Saturday, December 6, 2008

SyUKRI yang GILA?

Sempena Raya Korban ini, Wak teringatkan kawan Wak, Syukri seorang pegawai kerajaan sementara isterinya bekerja di klinik. Rumah mereka 5 km dari tempat kedua-dua mereka bekerja dan sewaktu bekerja dia meninggalkan anak kecilnya di rumah sendirian tanpa mengupah pengasuh..hanya waktu makan tengahari dia akan pulang menjenguk sekejap sebelum pergi bekerja semula..

"Kau gilakah Syukri?"

"Ahh!! Siti Hajar lagi gila..mencari makanan dengan meninggalkan Ismail yang masih bayi di tengah panas padang pasir..!TAWAKAL sungguh dia!

21 comments:

mountdweller said...

A'kum Wak.

Memang gila! tawakkal tanpa ikhtiar.

Bukankah kedua-duanya iaitu iktiar dan tawakkal dituntut?

aku said...

salam wak..
memang dasat tawakal si syukri.kalau zaman sekarang,orang kata gila!tak mampu aku nak buat cam tu.

untuk wak sekeluarga dan semua tamu wak,aku ucapkan selamat menyambut i'dul adha..

legend said...

Salam buat semua....

Dah lama kawan x nulis nie...
KAWAN NAK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT I'DUL ADHA BUAT TEMAN DAN SAHABAT
==============================
"Ahh!! Siti Hajar lagi gila..mencari makanan dengan meninggalkan Ismail yang masih bayi di tengah panas padang pasir..!TAWAKAL sungguh dia!

Memang benar bahawasa kejadian sewaktu itu memerlukan ungkapan sedemikian kerana tiadanya pengasuh atau org gaji,yang ada hamba sahaya....
===============================
Bagi Syukri idup di zaman nie kena sesuaikan dgn keadaan.Masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang rimau kena balun...huhuhuuu...mcm kat zoo S'pore tuuu..Pendekatan yg di ambil tidak kena dgn tempat.Kedua-duanya kakitangan kerajaan, udah tentu gaji sampai tahap RM3500 kalau di gabungkan dan juga dah tentu mampu utk mengambil pengasuh (baru RM 500 seorang beb).Lepas dah amik pengasuh atau org gaji barulah Tawakal pada si DIA.Baru ada usaha dan tawakal serta kesimbangan.
Begitu juga kalau bab kehidupan...org selalu kata kat kawan "ulat dlm batu boleh idup".Bagi kawan perbandingan biarlah atas dasar keadaan semasa dan kena pada tempat...apa darjat dan keperluan ulat sama dengan kita...hahahaaa...

Usaha tanpa tawakal x sesuai mahupun tawakal tanpa usaha.Kurang 1 maka cacat lah ia...

Wasalam......

aku said...

salam semua..
'ulat dalam batu pun boleh makan'
memang la,ulat tu makan batu..hehehe
cuba ulat tu duduk dalam guni beras,pening gak dia..
yang pastinya aku masih belum paham pasal tawakal.yang usaha dulu,baru tawakal,aku paham.. tawakal seperti rabiatul adawiyah(kalau tak salah) aku lum paham.. wak kena ulang kat aku wak..

wak rono said...

setiap zaman ade orang gile..dan tiada istilah tak sesuai dengan zaman ni..Ibrahim Adham buat sesuatu yang tak sesuai dibuat pada zamannya tapi telah dibuat orang di zaman sebelumnya iaitu meninggalkan takhta rajanya dan menjadi musafir mencari tuhan..

mountdweller said...

Saya setuju dengan pandangan legend. Nak tinggal unta yang jinak sekali pun kena tambat!

kulupSakah said...

bagi aku 'keyakinan yang haq' tulah yang buat syukri jadi begitu..haqqulyaqin! nak kata dia salah aku taktau..
mengapa dengan hanya baca bismillah ada orang boleh jalan atas air? kita baca 400kali pun tak dapat..sebab keyakinan tuu..

moses said...

Salam dan selamat berkorban...

Yang sebenarnya Siti Hajar bukan lah tinggal cam tu je Ismail tengah2 padang pasir,beliau juga telah berusaha dan bertawakal.
Kalau tak pernah hidup sezaman beliau ataupun tak tahu tak payah lah nak bagi komen lebih2.
Nanti jadi pincang agama Islam.

Yg dituntut dalam islam adalah berusaha dan berserah.Bila dah selesai kedua2nya maka nabi tambah satu lagi iaitu Redha...

Aku pun kadang2 tinggal anak aku bila mana aku dan isteri aku ada urusan di luar,maka aku BERUSAHA dgn nasihat kpd anak aku dan kunci pintu rumah dan aku pun BERTAWAKAL, jika berlaku sesuatu diluar jangkaan terhadap anak aku seperti jatuh tangga ke, cawan pecah ke,rumah cam tongkang pecah ke, maka hendaklah aku REDHA..

Diringkaskan cerita..yg sebenarnay apa yg nabi ajar konsep berusaha,tawakal dan redha adalah tak lain tak bukan untuk menyedapkan hati je...huhuhuhu..
Kalau nabi tak ajar cam tu pendek kata hari2 pak mat tido tepi lembu dia, legend lak hari2 dok tido dlm kereta dia je, pak din lak kalau nak panjat bukit abis semua dia angkut barang rumah bawa naik sekali...hahahahaha..

Itulah fatonah nya nabi kita...

amma ba`du.......

mountdweller said...

Moses pun betul gak. Memang hakikatnya nak sedapkan hati!

Saya pun pernah beberapa kali lupa kunci rumah bila keluar, lupa kunci kereta bila di pekan atau masjid. Saya tidak akan patah balik.

Saya akan ingat, Allah yang memberi dan Allah juga yang akan mengambil kembali kalau itulah taqdirnya.

Jadi apa nak dirisaukan?

wak rono said...

ada juge yang berpendapat 'tuhan' juga adalah rekaan utk menyejukkan hati dan menutup kelemahan diri..nasib badaann,,kata mereka yang hampehh

aku2 said...

Tawakkal? Ya tawakkal.

Tawakkal umpama Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail. Alhamdulillah diganti dengan kibas.

Tawakkal umpama Nabi Ayub di matikan semua anak-anaknya.

Tawakkal umapama Nabi Yaakub hilang Nabi Yusuf sampai buta matanya.

Dugaan Allah jangan diminta, takut tak larat menanggung nanti. Alangkan Nabi Muhammad mohon kasihan pada umatnya. Jangan hanya kerana ilmu yang sedikit kita sombong dengan kekuasaan dan ketentuan Allah. Usaha dulu baru tawakkal. Akhir dengan redha. Maqam Mardhiah bukan senang.

dini said...

Selamat Sejahtera....

Alhamdulillah adanya blog perbincangan sebegini dan sedikit se byk ada kesedaran buat mcm saya memahaminya....

usaha...tawakal...redha
usaha...berserah...pasrah

Buat semua komen dan mengomen adalah betul belaka.Terpulanglah kpd individu utk menilainya dan tiada yg salah mengikut kemampuan masing2.

Salam hormat.

Anonymous said...

ASSALAMULAIKUM....


AKU TENGOK BLOG WAK JONO NI MACAM ADA SEMBUNYIKAN SESUATU SAHAJA BAIK DARI SEGI PENCERITAAN ATAUPUN SEGI JAWAPAN.
DI DALAM BANYAK PENCERITAAN DARI AWAL SAMPAI TERKINI WAK JONO SEBAGAI PENGLIPURLARA MAIN PERANAN NYA HANYA SEKERAT JALAN SAHAJA SELEBIHNYA TERPULANG KEPADA INDIVIDU.
APA-APAPUN KORANG PUNYA BAHASA MEMANG TINGGI MUNGKIN JUGA ORANG SASTERA KOT.
KITA TENGOK LAH ENDING NYA,ITU PUN KALAU ADA,KALAU TIDAK,IKUT CABANGAN MASING-MASING BILA SAMPAI KE PERSIMPANGAN.

Anonymous said...

salam,

apa-apa pun terpulang kepada selera masing-masing.tepuk dada tanya selera.
blog wak memang best sebab adanya kamu semua dan vok.rating first.apa kata survey.

WAK JONO! said...

kalu tiade kawan2 ini pasti blog ni hambar...trima kasih moses,aku,aku2,pakdin mountdweller,pak karamu,ku2,legend,dini ,demang,dan ade yang dok perati tapi tak mahu komen lagi macam niche,ajanggut,arip,lud,matsahaq maulana nasruddin...
ADE JUGE YANG COPY PASTE KE WEB LAIN YANG BERBENTUK KEAGAMAAN..

-sesekali berangan kalu ade yang terbitkannya dalam bentuk buku-kompilasi 3 karya-pak karamu,wak jono dan mountdweller..

WAK JONO! said...

sesiapa saja yg berbuat sesuatu yang 'lawan jam' akan dikatakan gile..setiap zaman..
- Khalifah Harun Aminurrashid terjaga dari tidur dan mendapati tukang kipasnya turut lelap lalu dia pun mengipas hambanya..terkejut mamat tu..

- seorang lelaki mabuk memukul ibrahim adham bertalu2 dan bertalu2 juga ibrahim mengucapkan terima kasih..

alexander graham bell pun gila juge..ckp sorang2 ampai terciptanya telefon..
huhuhu!!

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Apa? Syukri? Tawakkal? Jangan pusing kepala pada hari raya ni!

Syukri bersyukur kerana ia ada cahaya mata, jika dia bertawakkal meninggalkan anaknya tanpa ada yang menjaga maka Si Syukri itu yakin dengan ilmunya,syukri dan isterinya mungkin fahan atau nak cuba ilmu yang ada padanya, pokoknya mengapa Syukri begitu yakin meninggalkan anaknya?

Anak Syukri selamat kerana ada Tuhan jaga dia, ada Jin jaga dia, ada Malaikat jaga dia tapi Syukri wajib yakin dengan konsep setiap manusia di ikuti oleh 300 Jin, dan Jin tidak boleh kacau anak yang belum akhir baligh, dalam diri anak itu ada qarin, pun tak boleh kacau budak tu bila belum baligh, dalam diri budak tupun ada Malaikat yang jaga, apabila Rohani budak tu masih suci maka anak itu di jaga oleh Allah kerana ia masih tiada dosa

Oleh yang demikian tiada yang berani ganggu anak itu, ini sekiranya si bapa atau si Ibu faham tentang konsef Tawakkal, kerana itu ilmu tawakkal tersebut wajib di sebut tawakkal 'alallah (menyerahkan diri pada Allah) supaya apa-apa juga yang kita nak buat dan yakin

ILMU TAWAKKAL

Serahkan sifat QAHHAR kepada sifat KAMAL oleh bapa dan si Ibu itu untuk memelihara anaknya

Ada apa komen?

ku2 said...

salam.
bak kata depa....
never trouble your mind with what will happen to you in this world:
nothing will come but God's will.

Anonymous said...

salam..

Waduh...
jika tawakal seperti Nabi Ibrahim adalah perintah Allah..
maka syukri yang gila sedang cuba-cuba belajar sebegitu..
namun natijah mempelajari tunaikan perintah Allah mendatangkan kesan 'IMAN YANG TINGGI..'
manakala kesan belajar tawakal yang bukan perintah Allah, bakal tersihir dgn penyakit gila!..

pelajar yang baik ialah tidak gila sebelum tamat pelajarannya..

-ibn sabil

WAK JONO! said...

ya..ada kaji mesti ada uji..kalau tidak bagaimana mahu 'merasa' keyakinan itu..ilmuNya bukan sekadar utk kata2 tetapi utk dirasa..
contoh apabila kita menyebut "Lahaula wala quwwata illa billah" "Tiada daya upaya aku melainkan Allah- bagaimana kata2 ini hendak dimengertikan tanpa ada ujian?
lalu datanglah contoh dalam hiup kita seperti:- 10 tahun berkahwin masih tiada anak..setelah puas berusaha berikhtiar ke sana ke mari, berdoa dan beertawakal masih juga tiada hasilnya..Nah! Jangan gundah kerana di sinilah kita akan 'merasa' kebenaran ungkapan itu..
ada banyak lagilahh..

mountdweller said...

Salam Wak,

Saya cukup setuju dengan Wak dan Pak Karamu. Ada ilmu tanpa ujian, akan menjadi hanpa sebab tidak pernah merasai apa yang dipelajari.

Macam apa yang terjadi pada saya Wak.

Sepanjang saya pindah ke rumah sendiri dari tahun 1996 sehingga sekarang entah berapa kali rumah kena pecah sehingga saya lupa berapa kali dan hilang duit serta harta lain. Tapi oleh kerana dari apa yang saya belajar yang segala-galanya hak Allah hatta diri kita sekali pun. So lantak pi lah Allah nak bagi kat sape pun. Hak kita hanya sementara Allah taqdirkan jadi hak orang lain pula.

Kita, mungkin Allah bagi yang lain pula. Buktinya, saya sekarang semakin senang bukannya semakin susah. Alhamdulillah.