Friday, December 19, 2008

solat......!!

Wak : solat itu hidup! kerana dalam solat kita bawa 3 hukum sekaligus..itulah 'hukum'
yang perlu di bawa dalam hidup ini...Usul, Feqah dan Tassawuf! Macam tungku
kurang 1 kaki tumbanglah ia!

Rodzi Jawa : Kat mana yang dikatakan 3 hukum dibawa sekaligus dalam solat wak? tak pernah
aku dengar!!

Kartolo : Loohh!! Perbuatan yang kamu lakukan itu berdiri, duduk, sujud itu Usul!
ia membentuk SESUATU. Bacaanmu itu feqah atau syariat sebab ia sudah jelas
dan dizahirkan. Tanpa sebutan dan gerakan ia masih belum sempurna. Niat awal
kamu dirikan solat itulah Tasawufnya kerana selagi belum disyariatkan solatmu
ia kekal di dalam niat tanpa sesiapa pun tahu melainkan 'dirimu'..

Rodzi Jawa : (ternganga)

Kartolo : itulah yang harus dibawa dalam hidup..berdiri, duduk dan baring harus kita
mentauhidkanNya. Sebab itu solat itu tiang agama kerana 5 rukun Islam dah
kalian sempurnakan dengan hanya mendirikan solat..

Rodzi jawa : macamana pulak? (termenung berfikir).. Bagaimana 5 rukun tertunai dalam
solat?

Kartolo : Bolehkah kalian makan dan minum sewaktu solat?Itukan puasa...Solatuddaim
solat sebenar-benarnya..

Rodzi jawa : Opo itu?

Kartolo : Cuba kau terangkan Jono?

Wak : Looh! Mengapa aku? Kalian yang tiba-tiba jadi kiyai tadi, teruskanlahh!!

Kartolo : Entah bagaimana tiba-tiba saja aku boleh berkata-kata begitu..hari lainlah aku
sambung...Hahaha!!

47 comments:

mountdweller said...

Salam Wak,

Satu soalan, berapa ramaikah di kalangan kita yang mampu mengerjakan SOLAT sebagaimana sebenar-benarnya solat?

Itulah maksud saya yang memeningkan itu.

aku said...

salam wak..
sian rodzi jawa tu ye wak hehehe.
sian lagi kat aku.dah la perang lum abis,masuk bab solat lak.. wwaaaa

aku said...

salam wak..
sian rodzi jawa tu ye wak hehehe.
sian lagi kat aku.dah la perang lum abis,masuk bab solat lak.. wwaaaa

moses said...

Salam....

Satu nisbah Sejuta je pak din yg mendirikan solat, yg lain tu cuma jadi ahli nujum....kakakakakaka
entah lah...saya main agak2 je huhuhu.....

Hakikat wuduk pun tak betul inikan pula nak dirikan solat...
Kalau tak sembahyang tu bukanya ingkar dgn perintah Allah tp malas je, belum kufur lagi..hahahaha

Buatlah cam orang ramai buat aje iaitu mengerjakan rukun sembahyang tiga belas huhuhu...

Apabila kita memilih Islam cara hidup adalah menjadi kewajipan kita menunaikan rukun Islam yg ke2
Kemana jua kita pergi asalkan beragama Islam mereka akan solat, namun begitu jarang dikalangan kita mengkaji pengertian solat, maka jadilah lah solat ikutan pasalnya dah memang diajar dr kecil2 lg mcm tu.

Para ulamak syariat dok mengajar solat bermula dgn niat sampai lah salam dgn mengikut syarat dan rukun2nya, ada jua yg mengajar solat itu adalah menyembah yg maha berkuasa,pemurah, penyayang dan sebagainya

Kalau solat pun diertikan menyembah kpd yg maha esa maka apa bezanya dgn agama yg lain, mereka pun menyembah juga, cuma bezanya mereka ada patung dok depan dan kita sembah yg ghaib

Perlu kita ingat tiap2 yg menyembah pasti ada yg kena sembah.
Apakah boleh kita beriktikad Allah itu berada hadapan orang yg menyembah.Apakah Islam menyembah yg ghaib dihadapanya.

Solat itu bukanlah menyembah spt mana yg diketahui umum, eloklah pakat2 kaji secara mendalam hakikat solat yg sebenarnya supaya kita tidak menjadi Islam keturunan.

Cuba kaji istilah solat tu dulu.
Solat tu perkatan arab...bahasa melayu pakebenda ek....??? Tak de kene mengena pun dgn istilah sembah dlm perkatan solat tu....
kena tanya Pakkaramu la cam ni pasal beliau lecturer

Benarlah kata Kartolo tu apabila kita mendirikan solat maka sempurnalah rukun2 Islam yg lain
secara tak langsung iaitu puasa,zakat dan haji semuanya terkandung dlm solat... Biar wak aje lah yg huraikan.

huhuhu panjang la pulak aku mengomel...cukup la dulu nanti wak marah aku lak....

amma ba`du

kulodolah said...

Salam Wak,

Betul ke 13 rukun dalam solat itu termaktub dalam Qauli(usul), Fi'li(Feqah)dan Qalbi(Tasawwuf). Jadi kalau satu tak ade sah ke solat tu. Contohnya niat di hati, kalau ilmu bab hati tak tahu dimana dan tak belajar, sah ke solat tu..sebab tak cukup rukun dan berbuat sesuatu tanpa ilmu..bukan ke nampaknya macam solat itu semata-mata kerana nafsu bukan kerana Allah kerana yang berhubung dengan Allah tu hati. Pening!!!!

Anonymous said...

Salam moses,
Pada aku solat tu ikut peringkat orang le. Bukan semua orang sama, sekurang kurangnya dia solat..ingat Allah walaupun tak 100%. itu jihad namanya. Tujuan Allah suruh solat supaya suruh ingat dia, kalau tak ada hukum solat yang dizahirkan ni, memang susah le manusia nak ingat Allah. Allah tetap menerima amalan mengikut kemampuan hambanya. Kita tak mampu nak solat sampai mikraj ke Sidratul Muntaha sebab kita dah lupa kampung halaman kita..mungkin saudara dah solat tahap tu..alhamdullillah

moses said...

Tumpang lalu wak....!!!

Waalaikumsalam kpd Tuan Anonymous,Apalah kiranya letak nama walaupun samaran, bukan apa supaya senang nak berbicara ataupun tak nak bagi tertukar dgn pohon kayu...hahaha
Allah pun ada nama pilih aje yg mana berkenan..

Benarlah kata saudara tu...kita berjihad utk mengingatinya...ok dah tu...sekurang2nya kita solat kan tp kalau boleh up sikit lg sampai kita memahami pengertian solat, jangan mengalah ataupun masih lagi dok pakai solat masa umur 7-8 tahun dahulu...kata nak jihat kan..kalau awal2 lagi dah mengalah susahlah,esok2 jangan lah marah kat tuhan lak,mana tau kot2 tercampak ke neraka..kalau mati dlm pencarian ilmu solat harap2 tuhan redha ke syurga....
Syurga pun aku tak nak..huhuhu

Bab solat ni panjang sebenarnya kalau nak berbicara sbb solat tu teramat penting malah tiang kpd Islam yg kita anuti.
Tiada alasan bg ku jika kita kata tak mampu nak solat sampai mikraj ke Sidratul Muntaha, dulu kenapa kata sanggup nak menanggung rahsia tuhan...!!

amma ba`du...

moses said...

Kalau dalam solat tak nampak tuhan anggaplah tuhan sedang melihat kita,
Dak gitu ke yg selalu diperkata orang....??

Tapi bagi pendapat aku pula..

Kalau lah tuhan pun nak lihat kita kenapa kita tak nak tengok diri kita sendiri.

Tuhan yg maha agung pun nak tengok kita..pergghh hebatnya kita, jadi lebih baik kita tengok diri kita ni ha...(muraqabah-mengintai2)

legend said...

Salam,

Hakikat solat adalah upacara penyaksian diri sendiri yang mana Muhammad itulah yang menanggung rahsia Allah.Muhammad yang mana satu??Diri batin yang mana satu??huhuhuuu....Hakikat solat itu terkumpul dalam....emmm....emmm...kita tunggu jawapan dari yang lain...

legend said...

Salam...

Cuba intai balik tulisan tuan moses tu....tgk diri sendiri..wajah...rupa...tgk muka..
Dia byk mengarang tentang ini so cuba renung-renungkan

Anonymous said...

Salam Moses,

Minta maaf le Moses aku guna nama anonymous sebab sampai sekarang aku cari nama yang aku pakai di dunia ni bayangnya pun belum aku temui. Pada aku, solat ni tanda syukur aku kepadaNya. "Sesungguhnya Kami(Allah) telah memberi engkau(Muhammad) kebaikan yang banyak. Sebab itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban".
Syukur aku kerana di hidupkan aku dalam iman dan islam walaupun iman dan islam aku tak sekuat mana. Masa kecik aku solat sebab takut mak bapak marah, lepas tu aku solat sebab perintah dan nak pahala, sebab banyak pahala boleh masuk syurga dan takut masuk neraka. Lepas tu aku solat supaya Allah bagi aku hidup senang. Lepas tu aku solat sebab aku rasa aku ni hamba walaupun masih tak layak dapat title hamba Allah. "Hanya engkau yang kami sembah(abdikan diri) dan kepada Engkau kami minta pertolongan". Lepas tu aku solat sebab aku suka nak mengingatiNya."Dirikanlah solat untuk mengingatiKu". Lepas tu aku suka solat sebab aku rasa aku boleh berbicara denganNya dan aku menziarahiNya sekurang-kurang 5x sehari. Kemudian aku solat sebab aku suka balik kampung asalku dan menziarahi Tuhanku yang Pemurah dan Penyayang sebab menyenangkan hati ku dan melupakan seketika hal dunia ni. Sembahyang ni menyenangkan mata aku. Dan sekarang aku solat sebab semata mata aku ingin menjadi hamba yang bersyukur serta memuji Tuhanku. "Pujian bagi Allah sekelian alam". Lebih dari tu aku tak tahu dan tak dapat aku rasakan, mungkin saudara atau Wak boleh terangkan kepada aku selebihnya.

maun said...

Salam Wak,

Pelik orang yang solat tidak mengenal Tuhannya atau dia membayangkan Tuhannya dengan nama Allah. Aku rasa Allah itu bukan Tuhan, Allah itu nama Tuhan. Allah itu Ahad ke macam Bilal sebut Ahad! Ahad!Yang Esa, Yang tak menyerupai sesuatu, Yang Ghaib Mutlak. Dengan apa nak kenal? Tuhan tu bahasa apa? terbalik dari Hantu ke?ana solat 5 waktu cukup la!

dini said...

Salam

Aku sambung kata2 legend tu...
Hakikat solat terletak pada bacaan yang utama iaitu Al-Fatihah.Sejauh mana mantapnya bacaan Al-Fatihah kita tepuk dada tanya selera masing2.Di dalam Al-Fatihah tu terdapat 7 nama syurga,7 nama neraka dan juga nama iblis.So tang mana duduknya tanya lah orang lebih arif...dalam blog ini mungkin wak tahu,Pak Karamu tahu,moses tahu,mountdweller tahu.ku2 tahu,legend kot tahu,aku tahu,aku2 tahu,pembaca yg bisu pun tahu serta anonymous tahu...

Tak betul solat dan main ikut-ikutan,tu kebanyakkan org yg bersolat terhumban ke neraka jahnam.Aku bagi clue aje sbb aku xtahu huhuhuuu...Kenapa dan mengapa kena berdiri?itu menunjukkan ape?kenapa perlu rukuk dan sujud itu menunjukkan ape.Kalau nak berbicara berdiri aje dah memadai.Kenape org lumpuh solat cara lain?Perlu tahu dan ambil tahu..jangan jadi pak turut aje...hahahaaa.Org buat lagu tu kita pun buat lagu tu."Kehendak" tahu wajib ada dan jgn jadi Islam baka saja.Umpama kita mkn,kita perlu tahu sbb ape.Tak kan suka2 sbb byk mkn hati jadi keras,nafsu jahat manjadi-jadi..

Puji ,sapa yang kena puji dan sapa yg memuji.Dah ada 2 so syrik.Kena hilang kan rasa diri tu...sbb gerak laku tu bukannya dari kita sbb ape kemampuan kita-tiada kuasa dan upaya.payah ni sbb solat itu tiang ugama.Ramai yg bersolat tapi main nombor tetap balun,buat jahat menjadi2.

Sampai disini sja sekian...wasalam

dini said...

Salam

Aku sambung kata2 legend tu...
Hakikat solat terletak pada bacaan yang utama iaitu Al-Fatihah.Sejauh mana mantapnya bacaan Al-Fatihah kita tepuk dada tanya selera masing2.Di dalam Al-Fatihah tu terdapat 7 nama syurga,7 nama neraka dan juga nama iblis.So tang mana duduknya tanya lah orang lebih arif...dalam blog ini mungkin wak tahu,Pak Karamu tahu,moses tahu,mountdweller tahu.ku2 tahu,legend kot tahu,aku tahu,aku2 tahu,pembaca yg bisu pun tahu serta anonymous tahu...

Tak betul solat dan main ikut-ikutan,tu kebanyakkan org yg bersolat terhumban ke neraka jahnam.Aku bagi clue aje sbb aku xtahu huhuhuuu...Kenapa dan mengapa kena berdiri?itu menunjukkan ape?kenapa perlu rukuk dan sujud itu menunjukkan ape.Kalau nak berbicara berdiri aje dah memadai.Kenape org lumpuh solat cara lain?Perlu tahu dan ambil tahu..jangan jadi pak turut aje...hahahaaa.Org buat lagu tu kita pun buat lagu tu."Kehendak" tahu wajib ada dan jgn jadi Islam baka saja.Umpama kita mkn,kita perlu tahu sbb ape.Tak kan suka2 sbb byk mkn hati jadi keras,nafsu jahat manjadi-jadi..

Puji ,sapa yang kena puji dan sapa yg memuji.Dah ada 2 so syrik.Kena hilang kan rasa diri tu...sbb gerak laku tu bukannya dari kita sbb ape kemampuan kita-tiada kuasa dan upaya.payah ni sbb solat itu tiang ugama.Ramai yg bersolat tapi main nombor tetap balun,buat jahat menjadi2.

Sampai disini sja sekian...wasalam

rondo said...

solat jumaat tu dapat perintah laksanakannya masa isra' mikrajke?
solat jenazah berdiri tegak macam alif jekan?

wak rono said...

ramai yang siuk nak dirikan tiang agama (solat) tapi tiada tapak utk letakkan tiang..tapak agama adalah syahadah..
wajib kenal Allah dulu..Awaluddin makrifatullah!
moral israkmikraj ialah nabi kenal Allah dulu di Baitul izzah tempat tinggi langit tertinggi..(barulah dtg perintah solat..tanya kartolo di mana)

kamilmukamil said...

solat bukan 'sembahyang' pengertiannya..bukan sembahyang berwaktu..tiada batasan waktu utk mengingat Allah (solat)dan dalam keadaan berdiri,duduk dan baring sekalipun..
solat itu zikir zikir itu solat..
zikir pulak ada yuang fikir duduk beratib dengan tasbih sampai 10000 kali..peh! letih beb..kenapa 10ribu? kenapa 99? nak berkira2 juga dengan Allah?10000 kali dengan terpaksa ok ke?

KulopDollah said...

Salam kamimukamil,

Memang solat itu zikir, zikir itu solat, tapi zikir tanpa solat zahir..zindik namanya, solat tanpa zikir sia-sia namanya, wajib ada syariat dan tarikat..syariat undang-undang, tarikat pelaksanaannya. Zikir dalam solat apa dia? Bukankah berhubungnya Allah dan Muhammad. Allah dan Muhammada berpisah tiada. Tak bersolat mana Muhammadnya. Surah Fatihah itulah agreement diri kita dan Allah, mengaku kita kita bahawa Allah itu Tuhan dan kita ini hamba..perjalanan israk mikraj dari kita dilahirkan dunia hingga mencari balik kampung halaman.Perlaksanaan kepada syahadah di alam lahut. Bila dah pernah balik ke kampung halaman bila balik kebandar pejam mata mesti nampak kampung halaman walaupun bukan yang hakiki.

rondo said...

ya..zikir zahir tanpa batin pulak fasiq namanya

moses said...

Salam..

Wahh..!! memang rancak bab ni...harap2 si wak tak cepat beralih ke tajuk lain.

Asal perkatan solat itu adalah WASILAH iaitu Hubung. Solat bermaksud PERHUBUNGAN, Kalau ada yg arif bahasa arab tlg perbetulkan, pasal dulu masa ustaz ajar nahu aku ponteng hahahaha...

Pengertian solat jua adalah menyaksikan diri sendiri iaitu penyaksian kita terhadap diri zahir dan diri batin kita yg menjadi rahsia Allah swt.

Dgn cara bagaimana kita nak berhubung dgn Maha Pencipta sekelian alam,dgn bersifat pemurah lagi penyayang.
Hanya ada satu cara sahaja, bukan dua bukan tiga.
Qala Rasulullah:
"SOLATLAH SEBAGAIMANA AKU SOLAT"

Selain dr itu semuanya hanya pak turun so tempatnya adalah ke neraka

Dunia dok lagu ni je la sampai bila entah la.. siang berganti malam, matahari tetap memancar cahaya, bulan tetap mengembang.
yang alim jadi jahil, yg jahil mendapat hidayah.
Sama2 alim, belajar pun sama2, guru pun yg sama tapi masa solat tak sama, cuba tgk cara sujud udah la tak sama kedudukan kakinya..hahaha
Mohonlah kpd Allah supaya diajar bagaimana solat yg diajarkan ketika peristiwa israk mikraj.

Dalam hakikat solat itu jua telah terkandung segala2nya. Kalau kita faham maka 99% kita telah mengenal ilmu rahsia ini.Jadi bukanlah sesuatu perkara yg remeh temeh atau diambil mudah dlm hakikat solat ini.Perlu di bongkar dan dikupas mungkin setahun dua pun belun khatam lagi bab solat ini. Maka carilah guru2 yg muktabar lagi mersyid yg ada berhubung rantai dgn Rasulullah.

Seperti kata saudara dini, kenapa perlu berdiri kenapa kena rukuk,kenapa kena sujud...pasai pe subuh 2 rakat, zohor 4 rakat dan seterusnya perghh.. malas la nak menaip.macam aku nak mengajar la pulakkk...hahahaha...

Apa yg penting kita perlu repair lagi tentang solat ini,kalau tak sia2 aje solat kita selama ini.Jangan pula kita berkata aku buat yg mana mampu udah lah,itulah daya yg aku ada... esok2 kena campak ke neraka baru padan muka.

Solat tu baru satu latihan diri di peringkat awal, asal je baru tu... Bila mana kita dah berjaya buat penyaksian diri maka kita haruslah pula melatihkan diri supaya dapat menyaksikan diri batin kita pada setiap saat 24jam sepanjang hayat.

Bukan senang nak dapat SOLAHUDDAIM
banyak latihan lg yg perlu kena buat,kena berperang la dulu hahaha


Apa yg dok pening2 saudara Anonymous, akan nak letak nama pun payah, ko pakai je nama Muhammad, dah itu pun mana ko yg sebenar2nya

Ini kata2 ko...Dan sekarang aku solat sebab semata mata aku ingin menjadi hamba yang bersyukur serta memuji Tuhanku. "Pujian bagi Allah sekelian alam".

Aku kalau nak puji diri aku sendiri, aku boleh sebut sendiri, tapi tuhan dia tak boleh nak puji diri dia sendiri..kena minta orang lain tolong pujikan dia...huhuhuhu
tuhan apa cam tu...kata gagah perkasa...
Kasi panas sikit huhuhu ok la jumpa lagi...jgn marah pakdin

mountdweller said...

Waow..waow.. uncle nak mencelah eh! salam dulu. Assalamu alaikum semua.

moses dan Anonymous,

Anda berdua adalah kedua-duanya betul. Cuma pada tahap yang berlainan.

Cuma bab tadi Allah,Kita, Muhammad,Adam mana ada perpisahan!

Macam mana ni Wak, moses? Tak berani rasanya saya nak ulas di sini nanti orang yang membacanya akan tersasar. Bukan apa saya ikut pesanan dan nasihat Syaidina Ali karramallah.

WAK JONO! said...

wak akan lama di entry ini dan takkan pindah tajuk baru lagi...mengapa rukun solat ada 13 dah disentuh secara bayangan oleh wak pada entry sebelum ni..check it out! waduhh!!

rondo said...

sebelum solat ada wudhuk..part wudhuk pun ramai yang kantoi..setelah anda 'cuci' semua anggota yang disuruh bersih tu sampai bersih sebersih2nya apatah lagi sebelum wudhuk anda dah mandi tiba2 anda berdiri di sejadah dengan membawa sekeping hati yang tak 'dibersihkan'..kotor!!
sesetengah ulama dengan tegas menyatakan solat itu gagal....'nafs' yang keluar masuk sesuka hati tak payah lak dibersihkan

wak rono said...

solat 5 waktu sehari semalam..jkalau nak solat subuh kena tunggu waktu subuh, tak leh solat subuh pada waktu asar...

apa nak diisikan antara waktu2 kosong sebelum 5 waktu solat tu sampai..kalau mati antara asar dan maghrib tanpa 'mengingati' Allah mati jenis apa?

ku2 said...

salam.
"kita mesti telanjang dan benar2 bersih, sucikan zahir dan dalam batin.
lihatlah ke dalam sebelum bicara, hapuskan debu yang masih melekat,hapuskan debu yang masih melekat."
ilmu tanpa amal, kosong.
amal tanpa ilmu, batal.
ngaji dulu, pastu kaji, pastu lalui, barulah mengerti.
solahudaim tujuan hidup. itu je. selebihnya bahagian lara dunia, layankan seadanya.
wallahualam.

moses said...

Salam... hahaha aku lagi bg komen nanti org jadi bosan lak, entah la wak, berasa nak menaip je tangan aku ni ha...

Ala pak din ulas je la...guna je nick name yg lain,pak din org sohor nanti org tau susah nak cari makan.
Fatonah la sikit pak din,jgn dok peram je ilmu tu. huhuhuhu...

Saya tak pe la org tak kenal batang hidung, entah sape2 entah moses tu....ore ko nate.. gamoknyo la(kelate say)
pada hal hari2 dok jumpa kat kedai kopi tapi hanya kenal nama je payah lah, batang tubuh tak kenal.

Allah pun lebih kurang cam tu gak setakat kenal nama je payah, nama bukannya boleh bg apa2pun.
Boleh ke sebut nama Pak Lah tiba2 dpt projek, nak tak nak kena bersemuka la baru boleh dpt projek, itupun kalau betul2 kenal br Pak Lah bagi...

Betul la kata pak din tu.. kedua2nya betul belaka...
Betul bg dia je la...bg ku...betul jugak kot huhuhuhu...

Susah la rondo & wak rono kalau nak berbicara dialam cyber ni, org ramai lebih suka berpegang pada buat apa yg disuruh tinggal apa yg dilarang cukup la...

setakat wuduk basuh anggota tubuh badan,anak aku kelas dua pun pandai.. pastu dok pegang sampai ke tua buah tu...errmmm...entah la wak...pandai2 la nak hidup, masing2 ada jibrail fikir je la sendiri...

Main aji dam je lak wak sementara dok tunggu masuk wkt solat hu.hu.hu.

moses said...

solahudaim tujuan hidup. itu je. selebihnya bahagian lara dunia,

Best la cam tu ek... sok2 org jadi sultonaulia kita jadi macai je la.
hahahahaha....

rondo said...

lagi satu bab kiblat,,heyy!!silap2 ada yang nyembah kiblat..dah macam berhala la pulak..mana kiblat sebenarnya?

ku2 said...

besar cita-cita hang moses. sedar ke diri tu hamba je?

aku said...

salam..
best-best! banyak yang aku dapat kali ni.tengkiu kat hangpa smua.
wak,betul ka perbuatan dalam solat berdiri, ruku', sujud, duduk tahyat, diambil dari perkataan petama adam?
cita mai kit kat aku wak..

moses said...

Pasal kita ni hamba la kita kena tingkatkan maqam kita.akan nak dok lagu ni je..Maqam sultanaulia pun tempat hamba gak.

ku2 said...

bagus la sedar diri, kan. saling ingat mengingati. jgn marah, ha!
tapi harus diingatkan jua, apa-apa pun, lillah.
dan satu lagi, usaha kita tak meninggalkan bekas.
ikhtiar, tapi redha dengan ketentuanNya.
sukar ditelan bagi yang tak mengerti, tapi begitulah hakikat.

moses said...

hahah aku tak pe belaka, kata lah apa2 pun huhuhu...
aku saje2 je bg komen...

mountdweller said...

Maaf Wak, ini buat moses.

Cuba moses balik semula ke peringkat asal Nur Muhammad. Rasanya moses boleh tangkap.

dini said...

Salam

Kita tak payah bertakik psl nie sbb semua ada bahagian masing-masing.Yang "berkehendak" akan dapat,yang cukuplah pun akan dapat.

Kalau aku buka sikit masa solat tu ada 4 makam mcm mana??mesti ekau semuo poning but mcm aku kata yang "berkehendak" dapat ape yg diinginkan tapi yg berasa cukuplah sbb dengar bisikan pak lis dan pak tan lah tu...huhuhuuu...

legend said...

Assalamulaikum....

Peperangan dlm solat amat besar sampai duniawi pun susah nak berpisah...tu org berkata solat kamu seperti mana kamu akan mati sebentar lagi..

Saudara dini makam 4 tu ape yek?tak pe,bila hati dah suci setiap pertanyaan akan terjawap dgn sendiri.Sapa tuuu....itu tempat pemancar...kat situ puji memuji berlaku tetapi hanyalah DIA tiada yg lain

legend said...

Salam Wak...

Park kat tajuk sini biar lama sikit sbb kawan nak tgk Pak Karamu ulas lak

moses said...

Salam...

Yang kita tidak tahu jangan sekali dikata salah dan yang kita tahu jangan sekali diangap mudah, maka belajarlah apa yg kita tidak tahu supaya kita tidak terkeliru.

Perbincangan bab solat ini adalah terlampau berat utk dipikul dan difahami.

Segala bentuk cerita yang aku reka adalah berpandukan kpd kaedah2 pengajian ilmu hakikat dan makrifat semata2.Jangan sekali2 perbandingkan dgn fahaman syariat kerana matlamatnya adalah berbeza

Dua rakaat yg dilakukan oleh seorang alim yg mengerti dan ikhlas adalah lebih baik dari orang2 ahli ibadat sepanjang masa.

Terima kasih pak din krn menegur diriku yg terlena seketika.

dini said...

Sejahtera ke atas kamu semua..

Dalam kita mengeluarkan ulasan dan mengambil ulasan di dalam mana-mana blog tanpa kita sedari terutamanya bagi golongan yang tidak berguru dan hanya mengambil kira pandangan dari dlm blog amat bahaya dan mudah tergelincir.
Ini kerana pakar rujukan iaitu guru, kita tiada utk dijadikan sandaran pabila kita keliru di dlm sesuatu bab atau hal.
Aku ulas ini atas dasar pengalaman aku dari dulu mati-mati ingatkan betul ape aku tahu dan pelajari tetapi bila udah berguru dan guru cerita dgn teliti dan nas-nas tertentu contohnya yg mudah kejadian Adam dari tanah lalu baru aku ketahui ilmu dulu tipu semata-mata.Aku xmau hurai secara lanjut tapi ingat permainan orang-orang tertentu untuk menyesatkan akidah amat-amat halus tanpa kita sedari.Dalam blog nie aku pernah bersua dgn seorang aje dan apa yang diperkata oleh beliau lalu aku bawa ke pengetahuan guruku cara pembelajaran beliau hampir serupa so aku yakin dengan beliau.Xperlu aku mention nama beliau.Ada gak aku sentuh untuk bertemu dgn org yg tiada di alam nie malah guruku tidak menafikan.Last but not least BERGURU ADALAH PENTING DAN HORMATI GURU SEPERTI IBUBAPA KITA PENTING IAITU JANGAN SEKALI-KALI DERHAKA PADA GURU.

Kenapa Rasulullah bersabda "solatlah seperti mana kamu lihat aku bersolat"
sbb dlm solat tu kita membentuk pada sesuatu pada setiap kedudukan bkn main taram aje.

Wasalam..

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Woi! bila aku tak de hampa belasah nama aku no ! he, he, he, he patut la aku kat KL itu tersedak je, bial makan tersedak, bila minum tersedak

jangan marah ha !

Saya nampak kalian bertempur di teratak Wak Jono ni hebat-hebat belaka, saya rasa kalian memang faham tentang ni, ia hanya perlu di kemaskan lagi kefahamannya, memang ada solat yang kalian bincangkan ini, dan yang di perbincangkan ini adalah cara sembahyang ahli-ahli hakikat dan sembahyang ini di namakan sembahyang takwa, sembahyang ini sebenarnya sama dengan sembahyang biasa cuma perlaksanaannya saja yang berbeza

Ok saya cuba naka bagi klu kat sini iaitu setiap makhluk FARDHU solat, alah nak usek sikit je, amcam boleh ?

Anonymous said...

Salam Wak dan Dini,

Benar kata kata mu Dini. Awal Agama mengenal Allah, nak mengenal Allah, kenal diri. Jalan nak kenal sebenar-benar diri hanya melalui tarikat. Kata guruku, Tarikat adalah satu jalan, satu way, satu method bagaimana untuk seseorang itu mengigati Allah setiap saat baik waktu duduk, berdiri, berjalan atau apa jua keadaan sekalipun. Tarikat kena berguru dengan yang mursyid silsilah dari Rasulullah s.a.w. Guru itu penganti Rasulullah. Zahirnya guru, batinnnya Rasulullah. Carilah guru yang mursyid, masih banyak yang betul..biarpun jalan berbeza matlamatnya satu. Tujuan ibadat untuk mengenal dan ingat Allah. Syariat dan tarikat kena belajar...hakikat dan makrifat lebih bermanafaat melalui pengalaman sendiri serta rujuk kepada guru.Ilmu saja tanpa amalan tak akan sampai kepada yakin. Mempelajari sejuta kitab hakikat dan makrifat sekalipun tanpa melalui guru tak akan dapat keyakinan yang haq. Keyakinan itu berhasil melalui ilmu, amal, perasaan dan kenyataan. "Ya Allah Ya Tuhanku tambahkan aku ilmu dalam keadaan hairan". Dari wirid kepada warid, warid kepada hakikat wirid dan seterusnya. Jadi berguru itulah penting, Nabi sendiri gurunya Jibril, tanpa guru bukankah iblis panduannya. Aku bersetuju dengan Dini, yang penting bukan ilmu berbagai dari syariat sampai kepada makrifat..yang penting adakah ibadat ini dapat mendekatkan diri kepada Allah dan bergantung harap segala hal kepadaNya saja. Adab kepada guru dan berkat guru amat penting untuk sampai kepada matlamatnya. Terimakasih Dini kerana mengingatkan aku.....

Anonymous said...

Salam Pak Karamu,

Sememangnya betul kata Pak Karamu setiap makhluk memang FARDHU solat. Tapi ikut solat masing masing cara. Orang-orang mukmin pun bersolat dalam kuburnya. Allah ingin mentajallikan diriNya melalui makhluk-makhluknya. Cuma makhluk bernama manus ni saja yang mensyiarkan fardhu solat ini secara nyata.

aku2 said...

Allah hu Akbar - Tuanku hamba datang mengadap meyerah diri padamu.

Alfatihah - Aku memujimu dan mengulangkan ikrarku wujud ini.

Rukuk dll ......

Ya tuan, kasihan aku melihat jasad itu umpama robot membuat turutan menyembahmu sedangkan aku bersamamu wahai kekasih....

Salam - Selamat tinggal Boss, aku kembali kealam fana mengikut perintahmu.

Aku yang menurut perintah.

alang said...

Salam kepada semua saudara2 ku.
Aku budak baru dalam hal2 tarekat. Aku dah baca semua posting2 dalam blog nie,Alhamdulillah byk yang aku dapat ambik iktibar. Tapi ada juga sesetengah yang aku terpaksa tolak bukan kerana salah,tetapi kerana takut,jika tidak berguru,syaitanlah akan menjadi guruku. Bab solat ni dari kepahaman aku ialah menyatukan diri pada yg ESA. Sebab itulah kita disuruh berwhuduk walaupun kita baru lepas mandi.Kerana berwudhuk itu satu simbolik agar kita sentiasa membersihkan hati dan nurani kita sebelum kita bersatu denganNya. Solat dalam bahasa Arab yang aku tau membawa maksud berhubung denganNya. Sebab itulah kita dilarang menyebut sembahyang. Kerana melayu pada zaman dahulu menggunakan bahasa sankrit. Yang bermaksud dewa. So sembahyang membawa maksud sembah dewa. yang bab kiblat pulak,mengikut pemahaman aku,bukan kerana disitu letaknya arash,tetapi itu menunjukkan bahawa dimana saja di seluruh dunia,kita tetap menuju pada yang satu. Harap dapat dibertulkan apa yang salah.
~Yang masih mencari~

Anonymous said...

salam
aku nak tau banyak bende yg aku x faham tentang hidup.
kadang2x aku rase mcm nak bunuh diri memikirkan hati dan kehidupan yg x pernah aman dari masalah. aku pelajar lagi tahun akhir kat sebuah institut pengajian tinggi awam. aku selalu kena aniaya dan dibuli, diumpat dicaci dan disisihkan. ape salah aku kat mana salah aku?? orang kate minta tolong dengan tuhan, doa banyak2 dan minta perlindungan dariNya tapi aku xnampak pun hidup aku berubah!! aku makin tertekan dan rasa terbeban! aku sedih x ada sesiapa yg sudi bantu aku dan rawat pedih hati aku nih.. bila aku cerita kat mana2 kawan, mereka yg akhirnya ambil kesempatan dan tikam aku dari belakang!! aku benci hidup aku!! aku tulis kat sini sebab aku minta sesiape diantara kamu semua yg sudi bagi nasihat atau kata kata semangat untuk aku!! sebab aku xnak jadi orang yg berputus asa dari nikmat Tuhan walaupun aku x faham ape maksudnya...

Qalam said...

Aslmkum..
Kepada Anonymous dan lainnya.
Sekiranya terasa perit dalam kehidupan.. banyakkanlah zikir "LAA ILAAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZH-ZHAALIMIIN" seperti yang dibuat oleh Nabi Allaah Yunus didalam perut ikan paus. In Syaa' Allaah satu hari ada jalan keluar buat anda.

jentik2 said...

brother! guru mursyid adalah ALLAH, DIA lah yang sentiasa mendidik kita tanpa kira darjat, DIA la yg membelai kita dgn penuh kasih dan sayang tiap detik dan saat..CintaNYA melebihi dari keMurkaannya pada mereka yg tahu