Thursday, December 4, 2008

HUUUU Yaaa!!

Sepertiga malam kelmarin Ronasina mengigau melontarkan kata-kata pujangga agung Melayu
- dari semi suci
dan limpahan nurhayati
ia mentajallikan nazar
ke kemuncak permai
meredupkan renungan pujangga yang melamparkan gurindam
pada hembusan gemalai pawana
LANTAS LALAI SEKETIKA PADA BUMI YANG PERNAH
MERESTUKAN SALAM
TENGGELAM DI DALAM LENA DAN TANGISAN
BAGAIKAN RAHSIA TANPA KALIMAH
MEMBAYANGI KEMBARAAN YANG DIKALUNGI
UNTAIAN RINDU..............
dengan segala sisa daya
kendati seribu tahun mentari melaba gurun
kehidupan terus tegar keikhsanan tetap segar
berikhtiar dan menyerah...
dengan setiap bilangan nafas
dan kerdipan mata
untuk mengabdikan cinta kudsi


sedar-sedar air matanya berjurai dalam hiba! entah kenapa zouqnya tiba!

6 comments:

moses said...

salam...

aarrrgghhhhh..... tak faham la wak
aku sekolah sampai darjah 6 je..
huraikan sikit teman2...

mountdweller said...

Hidup dalam kesedaran...

ronasina said...

oklah moses aku huraikan..begini..

demi nafas serta nyawa yang berlegar di nyali.
tak pernah kusangsi kisikan namamu
pabila kelodan melintasi langit kirmizi..
aduhai ratu kosmik
kau kuedan dan kuasyik!

moses said...

adoi ronasina...pakai bahasa kampung udah la.... tafsirkan yg mudah2 je
natang pe lak ni...tak faham aku bahasa sastera (pabila kelodan melintasi langit kirmizi) adoiiiii
dgn kata lain apa yg ko hurai tu lg aku binggung...

*aku dulu ngigau kot bahasa tamil nilam....

aku said...

salam wak..
huraikan la wak.bahasa jawa pon ok.yang aku pahamnye,tengah asyik..

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Selamat hari raya 'Idul adha semua teman-teman

Matang perapu kepunder marang skeper ! Uuuuuuum!