Wednesday, December 3, 2008

Hanya kau sendiri...

..selingan sementara menanti sambungan kisah di Gunung Suralaya...

Sewaktu sarapan pagi di sebuah warung, ada seorang 'ustaz' sedang bercerita sambil mengajak kawan-kawan melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Antara yang mendengar adalah kawan-kawan yang kaki menjebak burung.
"Akhirat nanti burung yang kau kurung dalam sangkar tu akan meminta Allah membalas perbuatan kejam kamu!" sampuk Baharin, taukeh warung sambil mengelap meja..
"Kepala hotak hanglah Baharin!" jerit Samad." Yang hang pi lap meja sampai mampuih semut-semut tu tak kejam? Biaq pilah semut tu nak caghi makan jugak!"..Baharin tersengih-sengih malu lalu mengangkat cawan ke dalam....

Si Ustaz menyampuk, "Ya!! Allah akan membalas dosa yang kita lakukan dengan seksaan yang mengazabkan lagi pedih!"...

tiba-tiba Lisut Gila yang dari tadi sibuk bermain dengan kucing di meja belakang menyampuk,
" Mana ada Allah hukum? Dalam perjalanan Rasulullah dengan Jibril dari satu langit ke satu langit pada peristiwa Isra' Mikraj semuanya menyaksikan manusia itu memotong lidahnya sendiri, membakar dirinya dan menghukum dirinya sendiri...HANYA MEREKA HUKUM DIRI MEREKA SENDIRI..tak nampak pun 'sesiapa' yang menghukum mereka?"

............................... kucing pun melompat mengejar tikus!

11 comments:

Unknown said...

Salam Wak,

Ini bukanya selingan Wak. Ini gilaan!

Kan masa itu Rasulallah dalam perjalanan untuk menemui Tuhan. Tentu Allah bukan (situ) diperjalanan Rasulallah. Kalau Allah ada di situ tak payahlah Rasulallah berjalan begitu jauh untuk menemui Allah.

Dok gitu, moses?

moses said...

Salam....

Pelik gak kan..mana datang manusia2 yg kena azam tu ek..??sedangkan mana ada buat perhitungan (mizan)lagi, kiamat pun dak lagi...huhuhu. siapa la yg malang kena siksa tu wak... confuse la aku...hahaha

Sepatutnya masa ustaz dok ajar isra` mikraj kat kampung2 tu tanya la mana dtg manusia2 tersebut, tuhan dok langit mana,pasai pe jibrail tak boleh hantar nabi sampai langit ke7...banyak lg persoalan2 yg boleh dibahaskan.. ni dok pakat lengok jah belako

Aku ada tanya gak tp ustaz tu kata wallahhualam...huhuhu yg bermaksud `soh ko demo...kawe pong tok tahu`
kakakaaka...........mapuh la wehh
sorry la pak din pinjam jap bahasa kg pak din...

sok2 kiamat langit kena gulung pastu nak pi sandaq tang mana entah langit tu... kalau tikar mengkuang umah aku, aku sandar tepi dinding je...

kasi panas sikit blog wak ni..huhu

WAK JONO! said...

huhu..
saja je wak bukak cite isra' mikraj ni pasal banyak persoalan yang ustaz surau akan jawab camtu.."Wallahu'alah" yang bermaksud "lantak pilah! aku ceramah cari makan je..huhu!"..pasal 50tahun hidup pun tak penah habis cite ni..tiap2 tahun ada ceramah israkmikraj tak penah selesai..

moses dan pak din,
kalau tuhan kat langit, kat bawah ni tuhan apa lak?
lagi satu mereka kata kalau binatang aqiqah adalah kenderaan kita nak ke padang mahsyar..kalau aqiqah kambing maka kambing tulah tunggu kat kubur wak nak bawak wak yang mati di Gunung Suralaya pastu nak ambik moses lak kat kubur dia di India sebab moses kongsi aqiqah sama2..er..dah sampai padang mahsyar nak tambat kat mana kambing tu?

Anonymous said...

kiamat nanti langit yang putih dan bumi digulung,...
la yang nak digulung alam insan lee...jenazah tulah..langit yang putih tu kain kafan..digulung2 hantar pi masuk lobang..kambus! pastu buat apa kat dalam?

Anonymous said...

salam semua..
sebut ja israk mikraj,semua org pakat pikiaq nuuu pi langit ke 7 ataih nu.. termasuk aku la hehehe
tak dak pun pak imam ka,ustad ka bagitau benda tu dok ada kat kita.. punya la dok pulun nak pi langit..

Anonymous said...

Ditarik tabir malam agar jelas pemandangan.

Walaupun zahir nampak gelap pada pandangan mata tapi kita tahu didalam kegelapan itu ada sesuatu - Ilmu Yakin.

Dalam kegelapan pandangan mata, pandangan mata hati kita dapat melihatnya wujud didalam kegelapan - Ainul Yakin.

Didalam kegelapan kita tahu kita dapat melihat dia kerana dia sentiasa melihat kita - Haqqul Yakin.

Masa itu kita lihat cahaya keluar dari dia. Tiada lagi kegelapan, cahaya menjadi semakin kuat, terlalu kuat sehingga tiada lagi kita dan tiada lagi dia. Yang ada cuma cahaya.

Siapa dia?

moses said...

Adoiii...goli perut den ni ha baca kisah wak,pandai gak wak wat lawak...huhuhu...
Aku ingat nak senbelih kuda je la cepat sikit...wak naik je la kambing tu...hahahaa..

Laaa... yg wak rono pi jawab tu wat pe, aku nak tunggu jawapan yg lain hahahahahah......

Anonymous said...

salam Wak,
macam penah dengar je ...,
pasal kiamat besar & kiamat kecil ni.
dan skang dah trang lg berlampu le..
doa kn agar dapat kurnia...Amin

Unknown said...

Yang semua orang sebut pasal langit dan mikraj ni kenapa?

Buat apa nabi berjalan jauh sampai jibrail jadi supirnya. Kan nabi dah kata Tuhanmu lebih dekat dari halkummu?

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Khusus to moses, kesian demo nih!
Yang kena seksa tu namanya tamshil je, ertinya Tuhan bayangkan segala jenis penyiksaan yang akan di kenakan kepada Muhammad nanti (manusia) ia di sebut juga sebagai wayangan,

Nabi Muhammad s.a.w di hantar oleh Jibril hingga ke Sidratul Muntaha kerana Jibril tidak termampu melangkau ke atas lagi, hanya Muhammad saja yang mampu itulah rahsia batin adipati yang tidr tu, laaa Adipati nipun satu juga BUKA WAK BUKA!

Kiamat?

Kiamat tu ada dua, satu kubra dan satu lagi asghar, kiamatul kura apabila ada sangkakala, semua masa itu manusia di himpunkan kat Yaumal Mahshar dalam keadaan telanjang bulat, tak kira lelaki ataupun pompuan, why telanjang sebab nak tengok mana satu Adam dan Hawa

Cuba jawab soalan nih !

Mengapa peristiwa ni berlaku
Mengapa Allah pilih Masjid Aqsa
Mengapa pilih Palastin
Mengapa pilih Barqun
Mengapa singgah di baitul makmur
Dan banyak mengapa lagi
and dimanakah tempat Nabi Isa anak Maryan berada sekarang?

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Nak Tambah lagi sebab mountdweller dah tercakap, ha yang ni tak boleh tulis dalab blog nih! woi bahaya, tapi bolehlah bagi klu,Yusuf Al Qardawi sebut yang dia ulas ilmu Saidina Ali ra bahawa diri kamu itu adalah alam Kabir (alam Besar)ia meliputi 7 petala langit dan bumi (planet) yang mana ia adalah under comman of Al Quran namun ia masih kecil (alam saghir) sedangkan Nabi menjelajah lebih dari alam tersebut hingga Jibrail tak mampu sampai tapi kita boleh sampai lagi atas iaitu planet yang ke 11

Ha jawab le! he, he, he