Tuesday, December 9, 2008

Panaskah api?

Kami membakar lemang pada malam raya..Wak dan Ronasina tidak dibenarkan Adipati untuk bekerja keras kerana kami tetamu- katanya..maka Kartololah yang banyak berpeluh!

"bagaimana mahu mengenali tahap kepanasan sebenar api ini?" tanya Adipati.."Kata mereka seluruh api di muka bumi ini jika dikumpulkan belum menyamai percikan kecil api neraka!"

"ya! Sungguh bener katamu Gusti!" sampuk Kartolo.

"soalnya berapa darjah kepanasan api ini?" Adipati menunjukkan ke arah unggun api.

Kartolo : ah! api ini memang panas. di sini saja sudah terasa kepanasannya!

Adipati : Bagaimana kamu menyakan api itu panas sedangkan kamu hanya merasakan
'bahang'nya saja?

"ADUHHH!!" Ronasina menjerit tiba-tiba apabila bara api rokoknya terjatuh ke lengannya sendiri..kebetulan!

Adipati : Ya! itu memang panas tetapi itu hanya baranya! Belum apinya!

Wak malas melayan kerana asyik mendengar alunan suara Dewi yang melagukan Surah An-Nur dari dalam rumah Adipati.

Adipati : Untuk mengenali api kau harus terjun ke dalamnya tapi di saat itu kau tidak lagi mampu menyatakannnya kerana dirimu telah melebur bersamanya dalam 'kesatuan'!

16 comments:

Anonymous said...

Api itu panas kerana ia wujud. Panas lagi ia membakar, lagi panas ia mencairkan segala yang keras, lebih panas ianya menjadikan semuanya wap (gas) - incineration. Api itu bila tiada akan menjadi suam. Selepas itu sejuk, dingin beku dan kaku tiada nyawa.
PANAS LAWANNYA SEJUK kerana api.

Hakikatnya wujud - sejuk kaku tiada nyawa. Hakikatnya hidup adanya - nyawa dan roh - berdarah panas panas menyala kehidupan gelojak api nafsu - Amarah = Api diri?
HIDUP LAWANNYA MATI.

Ingat siapa yang berkata "Engkau jadikan dia dari tanah (yang mati) dan engkau jadikan aku dari api (yang hidup).

Hakikat wujud - Tiada api gelap, ada api wujud cahaya.
CAHAYA (CERAH) LAWANNYA GELAP.

Apa itu api? Apa itu haba? Apa itu cahaya? Panas? Sejuk?

Fendi Auto said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Dalam pengertiannya tentang kepanasan api itu.

Anonymous said...

salam wak..
nama pun api.panas la.nak cerita camane panasnya api,kena masuk dlm api la.
kawan aku penah tanya.api pelita,kalau kita tiup,dia padam.pegi kemane api tu?
aku yg jahil ni hanya tersengeh2..hehehe

Unknown said...

salam Wak,

Hu..huu.. huuu. sapa kata api panas? Apt tidak panas, hanya Rasulallah kata Neraka yang "panas"?.

Teman seperguruan guruku pernah dibakar oleh tentera Thai di dalam tong yang dipenuhi petrol dan membakarnya. Bila api padam dia bangun tersengih-sengih.

Peristiwa kedua, arwah Abang saya gegang besi panah yang merah dibakar dan disuruhnya tukang besi menempa besi itu sambil dia yang memegangnya. Dia juga pernah pegang tangan aku, dan meng hulurkan ke dalam api yang marak tapi saya tidak rasa panas pun!

Peristiwa ke tiga, saya pernah diarah oleh guruku mandi dengan minyak yang panas menggelegak, tapi tak panas pun!

Sebenar adam yang panas, bukan aku!

Anonymous said...

API?
dari api angin terjadi
dari angin adanya air
ada air baru ada tanah....

api dan iblis?
Iblis berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam...
ya! Adam..bukan Muhammad!!huhuhu!

Anonymous said...

diceritakan dalam Al Quran manusia akan disiksa dengan panas api neraka lalu Allah menggantikan kulit yang baru. Dibakar lagi Allah ganti lagi kulit yang baru..
Kenapa? ahli sains berkata hanya kulit saja yang merasa panas sebab ada saraf..apabila saraf sudah kecut, isi dan tulang tak rasa dah kepanasan tu..
dapat ilmu sains..huhuhu!

Anonymous said...

ini cite kiasan camne nk kenal tuhan..bkn cite pasal api..tapi ok gak..bnyk gak yg dpt kita tahu ye tak?

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Banyak saya setuju pandangan mountdweller, itulah pengalaman, saya nampak tuan-tuan banyak tersasul tentang PANASKAH API? Api tidaklah panas sangat walaupun ia di katakan panas, bagi saya yang oaling panas ialah panas hati

Ketika Nur Muhammad mengunjungi tanah,air,api dan angin atas perintah Allah maka api akhirnya merendahkan diri, demikian juga dengan anasir yang lain tu

Ok , cuba bayangkan ! Apa akan jadi jika seseorang panas hati?

Unknown said...

Salam Wak,

Maafkan saya Wak, saya nak sambut apa yang Pak Karamu kata "Apa jadi kalau panas hati"

Kalau panas hati memang bahaya, itu sebab kalau saya panas hati, saya akan larikan diri jauh dari group yang ada di situ.

Saya lari jauh sikit dan layangkan fikiran saya ke lain. Fikirkan yang enak-enak dan cantik-cantik. Kalau panas hati dengan isteri pun macam tu juga akan saya lakukan. Kalau duduk juga di situ memang bahaya. Bahaya pada diri sendiri dan mungkin orang lain juga.

erisya nor said...

salaam sumer,

erisya tertarik ngan kata2 uncle mountdweller dan pak karamu. Api tidak panas. betul juga..kalau panas, pasti tiada siapa yang boleh tahan api. Dulu pernah lihat orang cina dan india pijak bara api...mereka kata tak panas...adakah kerana boleh mengawal minda maka tak terasa panas? apa yang merangsang minda?apa yang menyebabkan kita kata api tu panas? dan ada pihak pula mengatakan api itu tidak panas? masing2 telah membuktikan dengan pengalaman...(garu kepala)

Anonymous said...

salam semua..
aku setuju ngan rondo(janda).. hehehe
kisah api ni kiasan untuk ngenal pengeran (tuhan).kita dibumi,ngaku tuhan dilangit ketujuh,kok bisa ngenal.. waduh gimana donk ah..

moses said...

Salam....

Lama tak buka pc..balik kampung beb..

Kalau dalam ilmu syariat jika kita kata api yg membakar sesuatu hukumnya adalah syirik khufi, api tidak boleh membakar melainkan izin Allah..huhuhuhu

ronasina said...

HAHA!
WAK suda kaburkan kalian..dia minta kupas tentang 'kesatuan' bukan api dan panas! brengsek tul wak! nak berkias2 lak..

negro said...
This comment has been removed by the author.
negro said...

Syurga dan neraka itu wujud dimuka bumi dari dulu hinggalah sekarang dan kekal selagi ada langit dan bumi , hukumannya di laksanakan ketika dan waktu ini dan bererti tak payah lah tunggu hari akhirat.Maka Allah tu berada dimana jua kamu berada tidak terkecuali didalam neraka sekali pun , maka sama2 lah menjadi bahan bakar.