Thursday, December 11, 2008

Kartolo menjenguk pintu Sidratul Muntaha..

Selain berkorban Wagiman juga membuat kenduri aqiqah untuk si kecil Nur Muhammad. Bayi kecil itu sudah bisa ketawa bila diacah..

"perlahan-lahan anak ini lupa akan persaksiannya di alam roh apabila mula terpesona melihat dunia dan genggaman tangan sudah terbuka!"..kata Adipati.

"Apa yang digenggamnya dulu?" Ronasina bertanya..

"RAHSIA diri!"..tambah Adipati.." Apabila genggaman dilerai yang tinggal hanya angka 99. Satu lagi hilang!"

"ke mana?" tanya Kartolo.

"ke Sidratul Muntaha tempat Nabi s.a.w bertemu Dia! Hahaha!"sampuk Wak.

"waduh tingginya! Bagaimana bisa mencari kembali? Di mana sebenarnya Sidratul Muntaha?" desak Kartolo.

"di sini!" Adipati meletakkan jari telunjuknya ke ubun-ubun Kartolo."Langit ke tujuh! tempat tertinggi duduknya akal yang menimbangkan KEBENARAN!"..Jibril tiada di sini..Allah perintahkan solat setelah Muhammad kenal dia di sini kerana di sini tiada perantara!"

"loohh! kok selama ini aku hanya di tingkat 6!" kami ketawa mendengar rengekan lucu Kartolo!

15 comments:

moses said...

Salam...

Huhuhu...memang bijak cerita wak ni...sebab tu aku kata kat kawan2 aku Jibril pembohong pasal sebelum ni masa dia pi dok ambil wahyu dgn tuhan boleh lak, tiba2 time mikraj nabi tak boleh pula..hahahaha

Itu pendapat aku yg jahil je la.. kot ada yg boleh menegur aku alu2kan
wallahhualam...aku pun tak tahu

moses said...

Terima kasih wak kerana letak pic jantung kat blog tu..hidup lak tu.. bila terpandang, hati yg lalai tiba2 jadi hidup semula hu hu hu hu.....

Unknown said...

A'kum Wak

Huh... hati hidup. Hati tempat tajalli.

Itulah saya kata, kenapa Rasulullah bersusah payah naik buraq yang dipandu jibrael untuk mikraj. Tujuan mikraj untuk menemui Allah. Sedangkan Allah lebih dekat dari halkum mu!

ku2 said...

salam.
sesungguhnya alam kabir yang luas terbentang terletak di dalam alam saghir yang sekelumit.
wallahu'alam.

Anonymous said...

salam wak dan semua..
memang senang adipati tunjuk 'disini'..
nak sampai kelangit ketujuh.. punye la teruk(aku la)huhuhu..
tapi wak,yang nabi pi naik buraq tu ape?aku penah dengar lak,malam tu nabi ada kt umah.ntah la.maaf la tanya.aku jahil isk isk isk

Anonymous said...

Di sidratul Muntaha Allah perintahkan solat 50 kali sehari semalam..ni Allah yang perintahkan! solat macamana tu? kalau macam solat sekarang mati woo!takkan Allah taktau ia berat sampai Musa yang ajar Muhammad negiotiate?

Anonymous said...

boraq?
boraak jee! ade lak dulu org tampal kat umah gambar boraq..badan kuda kepala manusia (wanita)..itu propaganda yahudi nabi perkuda wanita

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Saya dah balik dari KL kerana urusan kuliah

Ok, mula-mula saya nak tegur moses, teguran ini adalah ikhlas, mengatakan Jibril pembohong adalah mereka yang bersifat Yahudi! pembohong adalah sikap yang di benci kerana maksud hadis benar adalah amanah dan bohomh adalah khiyanat sila baca Al Baqarah ayat 97

Jangan marah moses! saya ingatkan saja, berdosa hukumnya tu

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

kepada sahabat saya mountdweller,mari kita rijuk kepada juzuk Qof ayat 16

rasa saya depa ni belum lagi sepatutnya di terangkan nama alam di dalam diri seperti alam jabaraut, Lahut , Roh, Insan dan alam yang lain insya Allah nanti bila depa tahu baru depa faham!

~PakKaramu~ said...

Salam! ku2

kepada ku2, saya rasa ku2 dah faham tapi jangan tekankan sangat alam saghir tu sebab kepada orang yang tak dapat tangkap nanti jadi huruhara pula, kecuali di terangkan alam saghir tu apa bendanya, alahai bagi la sikit klu

~PakKaramu~ said...

Assalamu'laikum

kepada aku

semua masalah istilah Kerohanian jangan pandang luar tapi pandanglah dalam diri, barulah faham

~PakKaramu~ said...

Salam!

kepada panjang mat Arip

Bukan kat Sidratul Muntaha tapi kat Baitul Izzah, atas lagi dari Sidratul Muntaha

~PakKaramu~ said...

Salam !

Kepada antangkano, memang benar hujah saudara tu, tapi yang benarnya Barqun
sebutlah barqun jangan sebut boraq, itu cakap melayu, barqun tu sejenis binatang yang kederasannya macam kilat

suparjo@blogspot.com said...

Entah, sama ada kerana memang betul dia fikir begitu atau mengada-ngada gunakan akal fikiran saja untuk memahami alam ghaib. Fahamilah alquran dan sunah.

negro said...

Jibril tak pi jumpa tuhan , tapi tuhan yang duk uluq kat dia , bukan muhammad yang kat mekah tu aje yang duk berkawan dengan jibril,hang tu pun jibril duk sembang hari kat hang.