Sunday, November 30, 2008

..dah khatam atau baru mula?

Adipati : Al Quran ada 6666 ayatkan?

Mochtar : Saya tahu tu...

Adipati : ada berapa huruf kesemuanya?

Mochtar : err......banyak ya!

Adipati : haha! 30 saja..Alif sampai Ya! 30huruflah mencukupkan 30juzuk..kurang 1 tak jadi!
setiap 1 dari 6666 itu diisi pada tiap 1 dari 6666 urat di tubuh kita..dalam urat ada
darah! darah itu api..Api itu Iblis!..

Ronasina : dalam "ayat" pun ada iblis?

Adipati : dalam syurga pun ada iblis, kalau tidak Adam dan Hawa tidak terhumban ke dunia,
hahaha! bab tu kita cerita lain waktu!
Sebab itu darah perlu dijaga! Jangan melebihi atau kurang tekanannya.. nanti ayat
terputus..Ayat-ayat (urat) itu perlu diperbetulkan tajwidnya..diurut2 dan digosok2 agar darah (iblis) dapat dikawal...

Mochtar bingung!...

Mochtar : dikawal saja? tidak dihapuskan?

Adipati : bisakah? cuba faham dulu " AKU berlindung dengan ALLAH
dari SYAITAN yang direjam!"

Adipati tak terkawal bercerita seterus dan seterusnya membikin Mochtar ternganga....

13 comments:

Anonymous said...

salam wak..
kalau mochtar bingung,aku lagi la..
'Aku berlindung dgn Allah dari Syaitan yg direjam' aku dah tak paham.kat situ pun aku dah tak paham,camane aku nak khatam wak.. huhuhu

Unknown said...

Salam Wak,

Kita adalah Quraan, Quraan adalah kita!

Anonymous said...

Assalamulaikum Wak Jono.Mengapa Mochtar asyik ternganga sahaja..witeblog.blogspot.com

Anonymous said...

Khatam.... baca Al Quran. Terpulang kepada kerajinan individu.

Bila dibaca akan kedengaran indahnya bicara dari yang berkata kepada yang empunya.

Bila Muhammad saw membaca Iqraq, mengeletar terus demam. Kita baca tak rasa apapun macammana nak Khatam.

Bacalah dengan nama tuhanmu.....

Unknown said...

mana moses ni? rindu pulak bila dia tak masuk!

WAK JONO! said...

Muhammad baca apa sehingga menggeletar?bukankah Muhammad ummi(buta huruf)?
apa yang jibril suruh baca sampai menggeletar..surah tukah?

moses said...

Salam...

hahahaa ada ni ha pak din sibuk sikit x dan nak buka komputer.

Pernah satu masa dahulu aku bersembang dgn tok lebai hal2 alquran ni...tiba2 dgn sepontan aku berkata "quran tak boleh pakai" maka dgn serta merta api neraka mengalir kat muka tok lebai tu..marah2 kat aku..huhuhu iblis kot, adoiiisss maksud aku tak boleh pakai cam baju tu ha... akal pendek tau nak marah org je...

Benarlah kata pak din tu quran tu adalah kita..dok kat diri kita je..
kalau nak hurai satu persatu jenoh la..,Wak tak pe la dia buat satu tajuk pas tu dia tinggal je terkontang kanting....kah kah kah

Dok pening gitu dah korang.... hahaha....

Kira ok la aku2 boleh tau nabi muhammad mengeleter bila terima ayar Iqraq... tak tau lak aku baginda mengeletar2,beliau sejuk kot tapi yg pastinya bukan pasal takut dgn Jibrail...heheheeee

Iqraq bismirabbikallazi khalak
itulah ayat yg mula2 turun utk menyatakan ilmu hakikat lg makrifat

Bukanya nabi tak ajar ilmu makrifat ni...awal2 quran lg dah ajar masalahnya org tak reti nak mengkaji,dia reti buat musabaqah je
Setakat baca je quran tu Abu Jahal pun boleh.. tuu...cina dok sebelah rumah aku pun pandai baca pe...
huhuhu banyak la pahala dia dapat..

Kalau nak mudah khatam senang je... pi cari tok mudim..akakakaaka
cuti2 sekolah ni molek la...

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Yang hangpa tanya pak lebai buat pa, ala kesian la kat depa tu! suruh saja baca surah Al Baqarah ayat 97, itupun belum tentu faham lagi
kesian dia!

legend said...

Salam....utk kalian semua...

Bkn ape sekadar utk d jadikan renungan bersama2.Kawan pun x menyalahkan wak d dlm prihal ini mengapa dan kenapa tidak didedahkan bab yg selanjutnya.Kawan pun tak tahu,yg mana satu corum syariat,corum hikayat mcm kawan ni...huhuhuuu dan corum hahaha.....oleh yang demikian setiap bab tidak buleh diperbincangkan secara mendalam atau khusus.Yg hanya di benarkan di depan muka pintu saja tanpa di jemput masuk ke dalam...yg dpt msk maka jadi lah kamu insan yg beruntung sekali....mcm kawan nie masih di takuk lama dan hanya buleh melihat keindahan pintu itu saja....nasib kawan ada seorg sahabat yg sudi berkongsi bersama-sama yg mana kawan tidak buleh menelannya serta merta...terima kasih kpd sahabat kawan tu yg duduk di sinun...

Berguru adalah satu kewajipan tapi guru hanya mampu menunjukkan jalan nak belok kanan or kiri mahupun arah tuju dan tidak akan bersama-sama dengan kita untuk melalui jln tersebut mcm posmen lahhh....kiranya dpt guru sedemikian alangkan baguih nya dan amat mudah bagi kita...mungkin wak buleh kot....hahahaaa mcm sang harimau menyorokkan kuku nya....
Apa2 pun RAHSIA tetap RAHSIA yg mana buleh dikongsi atau bertukar pandangan dgn corum nya sahaja.Kot org lah dah tentu di katakan kawan nie gila.Mmg kawan nie gila tapi gila mencari tuhan seperti mana firman ALLAH-manusia itu rahsia KU dan AKU adalah rahsia manusia...kenapa ko tak nak mengkaji dan mengaji kawannn.....!!!!!takut gila sbb mengkaji tuhan?bagaimana dgn firman tersebut.....huhuhuuuu....
Apa2 pun sahabat doakan kawan nie dapat keputusan SPM yg terbaik nanti supaya dpt menyambung ke tahap atau peringkat yg lebih tinggi nnti..

wasalam...

moses said...

Asal la yg ko nak cari tuhan tu legend....???
Mati 10x hidup 10x pun ko x dapat jumpa tuhan... masuk ni dah 8x ko dok ambil SPM.... huhuhuhu... udah2 la tu....

Anonymous said...

Bacalah moga tuan-tuan akan faham. Bacalah lidah, bacalah mata, bacalah air yang menitis dari mata... teruslah membaca sepanjang perjalanan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2] Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
[5] Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7] Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8] (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9] Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);
[10] Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?
[11] Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?
[12] Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?
[13] Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?
[14] Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15] Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka);
[16] Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17] Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);
[18] Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).
[19] Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Anonymous said...

ayat alquran ada 6236 ayat, bukan 6666. semak balik..

yong

Resume Writing said...

CV editors:Very nice post, I keep learning about special new things daily from posts like this one. Cool stuff.