Saturday, July 11, 2009

.....!!

" Mana Dzat, Sifat , Asma dan afa'alNya?" tanya Kartolo.
"Dalam wujud satu. Tak bercerai ia!" Kata Wak.
"Yalah! Tapi di mana? Ada nama mesti ada barangnya kok!" Kartolo mahu tahu.

Wak berdiri tegak sambil mencekak pinggang, "Inilah Dia!"

Thursday, June 18, 2009

apa sebenarnya?

Kartolo menunjukkan Wak tulisan perkataan ALLAH yang ditulis dengan dakwat pada sekeping kertas..
kartolo,"apa sebenarnya yang mewujudkan perkataan ALLAH ini Wak? Alif Lam Lam Ha inikah? Dakwat hitam yang membentuk titik, garisan lalu menjadi huruf inikah atau kertas putih ini..tanpa salah satu bahan ini, dapatkah kita melihat tulisan ini?

Wednesday, June 10, 2009

monolog

Sewaktu di puncak paling atas Suralaya tiada lain yang Wak lihat melainkan diri ini, di dalam Kaabah tiada apa melainkan Wak tercegat keseorangan di dalamnya..

apa yang ada di langit?

"Laa" ngit?

Apa lagi yang dapat dilihat waktu muka kita menghadap cermin?

Thursday, May 28, 2009

ke mana dia?

seringkali jika kalian jemu dengan sms yang berlambak di dalam handphone kalian, maka kalian delete ia lalu ia menghilang.

Soalnya, ke manakah semuanya itu menghilang? Nampakkah kalian kemaujudan huruf2 itu hilang?
Apakah ada longgokan sms yang di delete itu di alam loh mahfuz?

Apakah ia juga kembali ke tempat yang sama insaniah kembali?
ke Rahmatullah!

Tuesday, May 19, 2009

Jono kembali!

maaf dah lama tak menulis dan mewakilkan Ronasina menulis. Wak baru pulang dari Suralaya tetapi tidaklah berlari seperti waktu datang kelmarin.
Jasad dan batin harus bergerak seiring, barulah terasa nikmatnya. Sama-sama menanggung susah dan senang..

Sahabat pembaca ada yang menghubungi Wak dan meminta agar Wak turun semula ke bawah kerana dirasakannya Wak sudah mengembara terlalu jauh. Wak diminta menulis semula perkara pokok seperti apa itu Islam, atau seperti itu..
yang asas kerana dikhuatiri yang baru menyelam akan lemas dan hanyut..

Ah! Lemas dan hanyutlah nikmat kerana di sana akan dapat merasa apa itu lemas dan hanyut. Ketika lemas apa yang kalian fikirkan? Sudah tentu kalian hanya memikirkan yang kalian lemas dan harus bertindak mencari penyelamat, ketika hanyut tiada apa yang mampu dilakukan melainkan mencari tempat berpaut.

Ya! Wak menulis mengikut gerak "Dia'. kalau ke bawah ke bawahlah ia kalau di atas maka di ataslah ia...

Di Suralaya kelmarin, Wak telah menyaksikan kematian Wak dan kehidupan "baru' hayat!
Hari ini Wak kembali, beserta seisi alam dengan sifat ma'ani dan akan terus menyelam dan terbang..
ke sana..ke zenith!

Monday, May 4, 2009

dia turun maqam!

kata Kartolo Wak Jono sudah turun untuk makan setelah 7 hari 7 malam di puncak.

"mengapa kau turun? Lapar? Allah lapar? Atau kau sudah sedar kau hanya bayang di dalam cermin dan bukan tuan empunya diri hakiki yang berdiri di depan cermin?" tanya Adipati.

"duduk di atas jadi tunggal dan sunyi. Harus turun ke bawah bersama sifat untuk merasa semua dan menjadi sempurna!" kata Wak Jono.

"Siapa sebenarnya yang hendak rasa? Allah atau Muhammad? tanya Tok Ayah.

"insan!" jawab Wak Jono.

"Habis di mana yang dikatakan Allah dan Muhammad?" tanya Adipati.

"atas ujud yang satu itulah. Di alam insan!"

Ketiga-tiganya Kartolo kata tidak berkata-kata lagi tetapi mata mereka merenung antara satu sama lain dengan penuh makna mendalam dan tenungan itu amat lama.

"Aku rasa mereka sedang berbual melalui batiniah!" kata Kartolo padaku, Ronasina yang mencatat entry ini.

Friday, April 24, 2009

JONO MAKAN DENGAN ALLAH..

..Kata Kartolo Wak Jono semakin aneh, berpindah ke Gunung Muria dan asyik duduk bertafakur di sana. Makan minum tak dihiraukan. Tidak banyak bicara dan sudah sukar tersenyum.

"Jono! Ayuh turun makan!! Adipati dan Tok Ayah menunggumu makan bersama-sama!" jerit Kartolo.

- diam-

"JONOOO!! jONOO!! Makaann!!"

"Jono sudah binasa. Tiada maujud melain Allah!" balas Wak Jono.

-diam-

"waduh! gawat nih! baiklah! Allaahh!!! Ayuh makan wahai gusti Allah!!" jerit Kartolo lagi.

- diam-
"Ayuh makan wahai gusti Allah!" ulang Kartolo.

"Allah tidak makan tidak mengantuk, tiada berjasad dan berhuruf!" tegas Jono.

"baiklah! Ayuh Jono dan Allah! Ayuh makannn!!" laung Kartolo.

- diam lagi-

"Mana mungkin ada dua wujud. Syirik menyekutukanNya!" Jono membalas laungan..


Kartolo berlalu kerana tidak tahu bagaimana hendak memanggil Jono turun makan. Panggilan apa yang sesuai?