Udin, anak Jawa baru saja menyertai kumpulan kami. Katanya mahu mencari dan mengenal.
"Bagaimana diumpamakan kita ini dalam hubungan mencari tuhan?" tanyanya kepada Adipati.
Kartolo pantas bangun dan merapati Udin.
"Bagaimana kamu mahu ngerti akan rasa masin? Di mana letaknya rasa masin yang ingin kau kenali itu?" Tanya Kartolo.
Wak dan Adipati membiarkan Kartolo bercerita.
"Tentunya pada garam. Diletakkan rahasia masin itu pada garam." jawab Udin. Agak terang akalnya.
"Justeru itu jika mahu mengenal akan masin maka garamlah jawabnya. Pada sifat garam yang berketul itu diletakkan dzat masin, maka sifat dan dzat itu bersatu. Garam itulah masin, masin itulah garam" kata Kartolo.
"Maksud kisana, jika mahu mencari tuhan maka carilah insan kerana dalam sifat insan ini diletakkan dzat tuhan?" tanya Udin. Waduh! Anak muda ini dalam baru mahu belajar sudah bisa mengaitkan dalam pengajiannya.
"Sebagimana dikatakan al insanu sirri wa ana sirruhu, begitulah..." kata Kartolo.
"Jadi jika ketulan garam sudah melebur atau larut di dalam air, maka yang tinggal hanya rasa masin, ke mana perginya ketulan itu? Masakan terpisah dzat dan sifat?" ujinya si Udin.
Kartolo menggaru kepalanya. Memandang ke arah kami. Wak dan Adipati tertawa.
"hahaha! Dzat di dalam sifat dan apabila melebur, sifat pula di dalam dzat. Di situ juga nggak ke mana-mana..." kata Adipati.
Udin senyum kepuasan.
Malaysia - Beijing - Malaysia
11 years ago