Wednesday, November 26, 2008

Dewi Ratna sang halimunan?

Ronasina terkejut sewaktu dia hendak mandi di perigi subuh tadi dia telah melihat kelibat Dewi di dapur rumah Adipati . Dewi bangun untuk meminum segelas air..dan sewaktu hendak memasuki kamar peraduannya Dewi hanya berjalan menembusi dinding kamar tersebut dengan tak perlu membuka pintunya!

Ronasina : halimunankah Dewi?
Wak : ah! Kan dia seperti kita?
Ronasina : aku lihat dengan mataku Dewi menembusi dinding kamarnya!
Wak : Ohoh! Kau pernah terbaca tentang betapa jika emas diletakkan bersama
logam yang lain bercampur-campur,jika dilihat melalui mikroskop- zarah
zarah mereka bergerak-gerak dan bercampur-aduk antara satu sama lain?
Ronasina : Justeru?
Wak : Kau tak pernah sekolahkah? Bukankah manusia itu tubuhnya terdiri dari
sel-sel? Sel-sel jika dilihat melalui mikroskop hanyalah ruang-ruang kosong
saja..begitu juga dinding batu itu..jadi jika kosong menyatu dengan kosong
maka sudah tentu ia dapat melepasi itu..ini teori Quantum namanya!
Ronasina : Brengsek orang tua ni dah jadi saintis pulak!

15 comments:

Unknown said...

Salam Wak.

Apakad pasti itu adalah Dewi Ratna empunya diri?

legend said...

Salam hadirin dan hadirat sekalian,

Apapasal tak percaya ke yang mana memungkinkan Dewi berkebolehan sebegitu?

Ada mata pandang,ada telinga dengar tapi ada mulut DIAM....lebih molek kan Ronasina?
huhuhuu...

Semalam kawan cuba laga kepala dekat dinding tetapi terpasak pula dlm dinding,kawan ingat buleh tembus....


Sambung lagi moses,wak,ku2,aku2,aku,mountweller dan geng yang lain....

Cau cin cau......

moses said...

Salam....

adoiii...legend asal ko hantuk kepala kat dinding lain kali try la hantuk kat bantal dulu ke..tgk blh tembus ke tak...wakakakakakakaa

Tu baru dewi ratna tembus dinding sok2 dia pecah diri jadi 7-8 orang dirinya sendiri...huhuhuhuhu
Tak pelik kan wak...!!!
Teori apa pulak yg wak nak guna..??
aku dulu masa cikgu ajar sains aku pi lastik burung tu yg tak tau sampai lani....

ku2 said...

salam.
tak mustahil dewi mampu sebegitu, kerna tiada yang mustahil di sisi Nya.
yang legend dok hantuk kepala, apahal? nak test la kononnya, ek.. boleh nak test, tapi kena la ngaji dan berlatih cukup2. dah yakin, baru boleh test. mcm budak pegi sekolah la. ngaji dah cukup bru la exam. kalau terus exam tanpa ngaji, kantoi la hukumnya.
buka nak ngaja saudara legend, skadar ingat mengingati. demi masa, kan..
maaf zahir batin.jgn marah, ha!
wallahua'lam.

legend said...

Salam....

ku2,maaf diterima.kawan tak marah pun atau kecik ati malah kawan suka adanya perbincangan semacam nie.

hmmm....mcm mana yek kalau kita x berlatih atau mengaji cukup2 dah buleh amik periksa lalu lulus pulak..soalan bocor kot mcm soalan dlm kubur tu mungkar & nangkir tanya awak semua dah tahu....huhuhuuu...
betul tu kata penama ku2 persedian dan persiapan amat penting sebelum menghadapi perperangan....
tuan moses bantal kawan ada tapi banyak peta daaa....hahahaaa...
anway nice to meet you'll in this blog...

wasalam...

Anonymous said...

salam wak dan semua..
malam semalam aku try nak tembus gelas yang penuh ngan teh ais!try punya try,teh ais yang masuk dlm tekak aku..huhuhu

ku2 said...

legend,
tak mustahil kalau tak ngaji pun boleh lulus test. tapi takut terperanjat pulak dan timbul kehairanan, walhal, apa yang di heran kerja Tuhan.
apapun, amik logik akal, budak tak ngaji suruh amik spm, harus ketar, beb. amik boleh amik, tapi ikut hukum alam, kantoi la kot.
tu yang suruh ngaji dan kaji. insyaAllah buat test apa pun lepas tu, confident je..
try la skali ngaji, kaji dan kemudian uji, baru boleh datang pasti. x gitu?

wallahua'lam.

sori la wak, gunakan wak punya blog sebagai perantara pulak..
'aku', hang dok keje nak buat lawak je, ek.. layankan.

legend said...

Salam,

David Copperfield pun boleh tembus Tembok Besar China.Tu semua membuktikan kekuasaanNYA.

Minta diri dulu sbb sok ada peperiksaan SPM last paper tu.Nak mentelah saat2 akhir mana tau buleh masyuk...huhuhuuu

ketemua di lain kali wasalam...

Unknown said...

Salam semua.

Yang tak ngaji peksa boleh cemerlang tu saya. Allah anugerahkan!

Tapi bukan peksa SPM ke apa ke. Pepereksaan Jabatan. Orang siap kursus dan membaca lagi pun tak pas atau pun lepas lubang hidung saja.

Tapi saya malas. tidak pegi kursus, tidak membaca terus pergi peksa. Keluar keputusan, cemerlang! Itu sebab saya saja Allah bagi/anugerah.

Bab masuk dinding ni saya pernah tembus tapi dinding air... huk..huk..

moses said...

Salam...

Aku tak hairan la orang boleh buat apa2 atas dunia ni....tuuu tok pekong siam boleh dok atas julang api lg,David Copperfield spt kata legeng...mereka tu bukan Islam kalau Islam taraf tok wali dah tu...hahaaaa..sikit sgt je tergelincir

Apa yg penting kita ni..ooppss sorry bkn kita tp aku sendiri...bila lagi nak capai martabat cam Dewi Ratna tu...huhuhu nampak gayanya kena ikut pak din la pi bertapa kat bukit hahahaha...kat sini bnyk gangguan....

legend said...

Salam buat kalian semua.....

Kita buleh buat ape saja di alam maya nie tiada yang pelik sekiranya kita memahami hukum alam nie.
Syukurnya kawan kepada DIA kerna adanya blog wak ini sebagai platform untuk berbincang sekadar luaran saja dan berlegar-legar hanya lah disini.
Kawan nak pinjam satu mesej dari sahabat kawan tentang perihal warna......kawan tak mau memperkatakan org lain tapi kawan gemar memperkatakan tentang diri kawan sendiri.
Kalau kita nak terangkan perihal warna pada org buta amat susah sekali.sampai mati hidup balik pun tidak dpt dinyatakan secara terperinci.nak membedakan ape lagi tentulah x buleh.

Hanya si buta yg pernah merasa dan dapat mengetahui warna aje yg buleh tahu (terasa dan merasa)manakala si buta yang lain kena lah menghidupkan mata yang special itu......

Sambil kawan mentelah, kawan ingat blog wak ini tu yang nak lepas gian nie.heheheee.....

WAK JONO! said...

aduh legend! kalian baru nak ambil spm? syabass!moga berjaya....usia muda sepertimu sudah berjalan di titian ini?SELAMAT DATANG!! usia hanya angka..ilmu tiada sempadan umur

WAK JONO! said...

seperti kata moses tadi,apa yg nk dihairankan, org hindu pun boleh cucuk kavadi dan jalan atas bara api, apatah lagi mukmin..
namun itu bukanlah tujuan kerana ramai yang peroleh karamah tetapi kemudiannya leka dengan karamah,jadi bomohlah dia haha!ilmu hakikat semakin tumpul sebab syok layan magic!

Anonymous said...

salam semua..
betapa hebat ilmu tuhan.tak terjangkau ngan akal.hanya qolbu..
legend,ko tgh peksa,jgn lak gi pecah 7,pastu gi tgk jwpn org!hahaha
patut la abg din lulus!hehehe

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Cerita Wak ni hanya orang yang faham saja yang boleh tafsir, kadang-kadang ceritanya macam main-main tapi benar, dan kadang-kadang orang langsung tak percaya, bagi saya jika semua orang memahami kerohanian maka mereka akan lebih berminat

Di dalam Quran Allah s.w.t memerintahkan manusia mempercayai kuasa gjaib dulu lepas tu solat, lepas tu membayar zakat

Dalam Quran juga sebut yang ghaib itu pokok keimanan, yang kembali kepada Allah juga yang ghaib, yang ghaib juga lebih berkuasa dari yang nyata

Ok lah Wak hari ni saya nak pergi KL ada kelas setiap jumaat,sabtu dan ahad jumpa hari isnin Salam