Saturday, November 22, 2008

bertemu SYEIKH ABDUL QADIR Al Jilani?

Wak berdiri di luar pagar masjid bila mana lelaki berserban dan berjanggut itu berdiri di muka pintu masjid..kami dipisahkan oleh pagar.
Tiba-tiba terpacul dari mulut Wak,"SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI? Sultanul Aulia?"..anehnya lelaki itu langsung tidak nampak Wak..

Wak terjaga dari tidur dan memikirkan apakah lelaki itu benar-benar dia?Ah!! tak penting..kalau pun itu wali Qutb yang dimaksudkan menghiasi mimpi Wak,Wak hanya boleh beranggapan bahawa diri Wak masih terlalu kerdil sehinggakan dia tidak nampak dan tak kenal akan diri Wak ini...Hu Ya!

7 comments:

Unknown said...

Salam Wak,

Kita insan yang kerdil lagi daif. Taraf wali bukannya makam yang senang kita tembusi.

Tapi dalam pada itu ada juga yang mendakwa menemui beliau. Entahlah Wak, setan pun boleh berlakun!

moses said...

Salam....

Kalau payah nak tembusi makam wali maka jadi je wali nikah...
gurau je pak din...
hu!hu!hu!hu!

Kalau kat rumah ada peti tv ataupun plasma sekalipun tp kalau tak jumpa chanel TV3,NTV7,RTM... tak boleh tengok gak,Jadi wat tukun je la tv tu..yg penting kita kena tahu gelombangnya baru la boleh jumpa siarannya
Tak pe la wak sok panjat bumbung betulkan aerial tu barulah gambar clear...nak clear lg pakai astro huhuhuhu

Bukan niatku utk bertemu sesiapa
Melainkan tuan empunya diri
Bukan untuk menjadi wali
Penunjuk jalan menyuci diri
Sebagai persiapan utk kembali
Buat bekalan selepas mati

Anonymous said...

salam wak,pak din,moses..
ok la tu wak,dpt gak mimpi.walau rasa kerdil diri..
cam aku ni.. tak mimpi-mimpi.. huhuhu
mungkin nafsu amarah masih menebal dihati.buta segala dan buta mata hati..
kalian tunjukkanlah jalan utk aku turuti.jalan utk aku mengenal diri..
isk isk isk

Unknown said...

Salam sdr. moses dan aku,

Kata-kata tuan-tuan memang betul dan itulah hakikat sebenarnya. Tidak gitu Wak?

WAK JONO! said...

wak tak kesah pun bab mimpi tuu..moses! enggak penting..huhu!!yang nyata pun kadang2 bagai mimpi..yang mimpi pun macam nyata..itu..itulah!!

ku2 said...

salam kaum kerabat semua.
row, row, row your boat, gently down the stream,
merrily, merrily, merrily,merrily,
life is just a dream...

sesungguhnya manusia itu tidur, dan hidup ini adalah mimpi yang panjang, maka bila mati kelak, barulah dia terjaga, dan tahu bahawa hidup ini adalah mimpi belaka...

wallahualam.

The Secret How To Win 4D Every Week Revealed..!!! said...

"Kematian adalah permulaan kehidupan"
(Syeikh Sidi Jenar)