Friday, November 28, 2008

Alif dan Ba..yang mana dulu?

"Lepas Asar nanti jemput Gusti Adi dan teman-temannya datang ke rumahku untuk menghadiri majlis khatam Quran anak-anakku, si Sulaiman dan Hassan!" jemput Mochtar yang tinggal beberapa rantai dari rumah Adipati..

"Insyaallah akan kami sampai! Wah! Sudah khatam si Sulaiman ya? Hassan pula sudah berapa kali khatam?" tanya adipati.

"sudah kali keempat Gusti!" tertawa kebanggaan si Mochtar..

"Celaka! sehingga sekarang aku masih belum khatam, masih bergelut memikirkan yang mana dulu antara Alif dan Ba?" Adipati merungut menggelengkan kepala..

Mochtar turut menggelengkan kepala tak faham mesej yang disampaikan Gusti..........

8 comments:

moses said...

salam...

Wak jangan dok kata gitu la....
nanti kang aku kata `BA` orang
kata aku memandai2...kan dah tulis
kat muqadam tu `Aliff` dulu...
errmm lantak lah mana2 dulu pun
huhuhu.......layan jgn x layan...

Unknown said...

Salam sdr Wak dan moses,

Semasa saya mengaji dulu, guruku kidal jadi dia tulis BA dulu baru Alif hi hi....hu hu...

legend said...

Salam....

Yang mana satu jawapan yg betul?

A) Aliff
B) Ba

kacang aje sb kawan tgk ada 2 pilihan.kalau ada jawapan c lagi baguih iaitu kedua-duanya sekali....hahahaaa
mana lak nie yer nak tandakan?huhuhuu...lu pikir la sendiri...

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Saya nak bagi kau orang lagi pening kepala, antara Alif dan ba yang mana dulu? Alif bukan ba juga bukan so what? carilah ilmu LA TA'AYUN, kalau ba maka dia akan jadi bi kanu ma kanu bi yakunu ma yakunu, ini ilmu Sunan kali jogo, maksud istilah agamanya boleh di dapati pada Al Insan ayat 1

Belajar ilmu ini nak rajin cari dalil Al Quran, jika tidak nanti saya takut semua orang sakit jiwa, kesian pulakkk! beginilah ! jika nak cari huruf dulu maka huruf itu tak mungkin terjadi jika tidak ada Wahdah, dan jika tidak ada wahdah mana mungkin ada kasrah! maka kasrah itu asmak, dan asmak itu terbagi dua, satu husna dan satu adzom, adzom pasti ada qidam dan tidak ada pada asmak, kerana wujud Nur Muhammad adalah perkara kedua atau Ta'ayun awal

Cukup di situ dulu

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Kesian kat moses nih Wak! dia dah nak pening kepala nih! tak bolehlah kata mana-mana dulu sebab kalau nak ambil bismillahirrahmanirrahim maka ia bermula dengan ba sedangkan ba tu titik bawah, mungkin boleh ia jadi nun, ini kerana rahsia titik itulah yang menentukan ba, nun,fa ghain

Ok saya bagi klu, dalam Al Quran ada tiga jenis titik, satu titik, dua titik dan tiga titik, ketiga-tiga jenid titik ini adalah penentu Al Quran itu boleh di baca, tanpanya apa yang tuan boleh buat?

Cuba fikirkan pula atom, molikul, neutron, elektron, proton atau zarah-zarah yang lain jika tiada wujud, adakah benda yang nyata boleh wujud? Ada orang kata bahawa ilmu ini khayalan! akan tetapi tanyakan kepada ahli sains tentang istilah di atas adakah tidak wujud?

Ma'af ya kawan-kawan, ilmu ni adalah ilmu tenoloji bukan khayalan!

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site kealamtaknyatatapiada.blogspot.com
Is this possible?

Unknown said...

Salam Wak Jono,

Saya luahkan apa yang saya tahu.

"Bila ditumpukan pada dakwat huruf akan hilang, bila ditumpukan pada huruf dakwat akan hilang".

Yang datang dulu adalah titik noktah, bermula dgn bilmillah kemudian dimarikfatkan alif dan di akahiri dengan nun....hehehe

Anonymous said...

Assalamu alaikum..spa ada..?? :-D