Wednesday, August 27, 2008

Bertemu Dewi Ratna Ratu Indera di gunung Suralaya (part 2)

..sambungan dari part 1

soalan Gusti malam tadi membunuh rasa kantuk Wak lalu memaksa Wak berjaga hingga dinihari..selepas dhuha Wak turun ke kaki gunung Suralaya melihat Gusti dan pembantunya berhuma..di suatu sudut padang rendang wak lihat Dewi Ratna duduk berteleku..

Tiada lagi kata-kata yang harus kuucapkan
tiada lagi bahasa sanggup meronakan cintaku
dikau perawan yang pertama
berjaya melembutkan hati kersani ini
masih terdengar lagi senandung suralaya
siapakah gerangan sebenarnya
oh dewi ratna ratu indera
marga kibarkan bendera putih
marga lucutkan sayap janain
rembulan bintang suria mayapada
merestui warna kita sama
putih merah biru

bingkisan itu pernah Wak sampaikan kepada Dewi..tetapi sehingga hari ini perawan ini menolak cinta manusia sebaliknya memilih hidup seperti Rabiah Al Adawiyah!

Rela lepaskan segala-gala
yang ku ada andai itu yang kau harapkan
Rela terima apapun syaratnya
dan dugaan untuk kubuktikan cintaku

Wak turun ke padang datar itu mendekatinya..harum mawar semerbak rambutnya menampar hidung Wak..

" untuk apa kau solat tadi?" terpacul soalan dari Dewi..ah! persoalan Gusti belum selesai, perawan ini pula ajak bermain senjata...

" untuk mengutip seberapa banyak ganjaran agar aku bisa hidup bahagia di syurga nanti" Wak takkan mengalah dengan perawan ini..

" perniagaan apa yang kau jalankan dengan Tuhanmu? Meniagakan amalan untuk menebus Syurga? Mana dia yang dikatakan 'Lillahi Taala'?" kilas Dewi..

"bukankah itu janji Dia kepada hambaNya yang taat?" Wak mengelak tikaman tetapi jua menyerang.

" Siapa hamba? Siapa Tuhan?" Dewi mengacah untuk Wak berundur..

" Dialah Tuhan dan akulah hamba" Wak tenang saja menjawab..

" justeru mengapa kehendak hamba pula yang perlu didahulukan? Kalau kau mengakui hamba Nya mengapa kau masih berbuat sesuatu mengharapkan balasan sedang Tuhanmu tahu apa yang hendak Dia lakukan? Kalau Dia berjanji begitu lantas apa pula janjimu sebagai hamba?'" Dewi memanah..

Wak terdiam seketika...

" aku bimbang dalam kita mengangkat Tuhan tidak kita sedari kita memperhambakan Dia!"
... tanpa segan silu Wak menangis teresak-esak di hadapan Dewi kerana merasa pedih ulu hati ditikamnya.. Dewi melangkah meninggalkan harum mawar tetapi Wak kepedihan tersusuk durinya
........................ (bersambung)

3 comments:

Mogen Ali Rico said...

tak boleh berkata2 kerana berfikir di luar kebiasaan

niche said...

salam wak,

ntah ler wak, slagi nafsu memiliki akal, slagi itulah akal ditipu nafsu. namun, hakikatnya nafsu dan akal itu digerakkan untuk memberi kepuasan diri semata-mata dan menghilangkan nikmat hakikat insan sebenar.....

mohon mf wak
cheers....

WAK JONO! said...

mogen,
tak boleh berkata takpe..berbisik je cukup!

niche,
nafsu perlu dididik dan dijinakkan...betul sesangat!
takyahlah minta maaf yek?hehe!!cheers!