Saturday, August 9, 2008

Soalan permulaan untuk sahabat!

Sahabat-sahabatku..sebagai permulaan sebelum menyelam ke dasar fantasi ini Wak Jono ingin bertanya kepada kalian beberapa soalan untuk difikirkan..

a) Siapa kalian sebenarnya dan dimanakah 'diri' kalian yang sebenar? contoh -jika seorang manusia itu bernama Ali, di manakah yang dimaksudkan dengan "Ali"? sudah pasti dia akan menunjukkan dadanya dengan berkata "di sinilah Ali!"..betulkah? Kalau tiada tangan masih Alikah dia? Kalau tiada kepala masih Alikah dia? bagaimana kalau dia tiada akal? Alikah dia? Dimanakah kalian yang bernama sebenarnya?

b) Dimanakah kalian sebelum lahir nyata ke bumi? Sedarkah kalian bahawa roh kalian pernah berjanji di alam loh mahfuz ketika Maha Pencipta bertnya "Benarkah aku ini Tuhan kamu?" dan kamu menjawab "bahkan!"

Di mana kita sebelum sebelum sebelum itu dan ke mana kita selepas selepas selepas ini...?

8 comments:

Harimau-Menaip said...

Tok Macan tumpang lalu.

Wah..bagus bangat soalan koe'.
Sampai payah nak dijawab.

WAK JONO! said...

semua soalan ada jawapan!

ku2 said...

salam.
kalian yang bernama itu sebenarnya tiada dalam ada.
sebelum semasa selepas hanya wajibul wujud adanya.

kulupSakah said...
This comment has been removed by the author.
WAK JONO! said...

hehe...bagi "bola tanggung nampak?"

niche said...

wak, yg aku tau,

aku adalah Aku,
yg ujud Aku di dalam aku,
kerna aku ini adalah Aku itu
dan
Aku itu adalah sebenar-benarnya
AKU.......


mohon mf wak

WAK JONO! said...

loh..ko ni pandai sebenarnya niche!
memang hanya ada satu saja "aku"! kalau dua sudah jadi lain!
air dan salju..macam berbeza..hakikatnya SATU!

The Secret How To Win 4D Every Week Revealed..!!! said...

Soalan yang menarik dan berkaitan dengan Teori BigBang (Akyan Sabithah). Asal kewujudan Nur Muhammad bersama "alastu birabbikum"...maka "Qaalu bala"
(Harap betulkan andai tersilap)

Frm;
http://2d4u.blogspot.com