Thursday, August 28, 2008

Bertemu Dewi Ratna Ratu Indera di gunung Suralaya (part 3)

..bersambung dari part 2

Selepas merasa terlalu lama menangis Wak pun bangun untuk ke dangau mencuci muka, tiba-tiba kaki Wak tersadung tunggul kedondong lalu tergolek...Cis! koyak dan kotor kain sarung Wak.. lalu Wak mendapatkan Karteni, anak bongsu Gusti Adipati yang berumur 7 tahun di balai rumahnya. Anak sunti Gusti yang berupaya menghafaz AlQuran ini ditugaskan bapanya untuk menyiapkan persalinan Wak setiap hari dan mencuci pakaian Wak.

" Karteni! Minta aku kain sarung yang baru! kain ini sudah koyak dan kotor kerna aku terjatuh tadi!"..

Karteni anak yang baik, sedikitpun tidak dia membantah. Disambutnya kain sarung itu. Namun sewaktu dia sedang mencari kain sarung yang baru di rak yang tersedia di situ Wak lihat dia menangis hingga terhinggut-hinggut bahunya.

Wak masih ingat sewaktu budak ini kecil sering wak dengar Gusti mendodoikan anaknya begini-
Bintang-bintang ke syurga
Pertama Percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah
Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang Sedia
Tujuh yang paling istimewa
Keikhlasanmu
Kalau ada bendanya mesti ada namaya
Kalau ada isinya mestilah ada bekasnya
Perlahan-lahan makan anakku sayang jangan sampai tercekik paku seluruh alam
Perlahan-lahan minum sayang jangan sampai tersedak buih satu lautan
Perlahan-lahan langkah sayang jangan sampai tersadung bendul gunung impian
berhati-hati tatang alahai intan jangan sampai tertumpah setitis pun kasih sayang
Kelak kau akan hidup dalam kekesalan berpanjangan
Tiada petua kemenangan selain ketaatan
Kepada sang Pemilik kehendak dan Ikhtiar
Rindumu Yang sebenar!

"Karteni! Maafkan aku nak! Kalau ini membebankan kamu atau kau khuatir jika bapamu marah, berikan saja aku benang dan jarum, biarku jahit sendiri sarung itu," sedih pula Wak melihat dia begitu.

"aku bukan menangis kerana khuatirkan bapaku marah kang mas! Aku cuma menangis melihat betapa kita pasti saja membuang kain ini jika ianya cacat dan rosak, tetapi bagaimana kalau suatu hari nanti bila pulang ketemu Tuhan dengan membawa amalan yang cacat dan rosak, apakah Dia akan membuangnya juga?," ujar Karteni sambil menyeka air matanya.

Air mata Wak yang belum kering tadi tumpah lagi oleh anak kecil comel ini!

...... bersambung

13 comments:

Mogen Ali Rico said...

Salam Wak..mcm dah boleh dibukukan kisah nie ala2 hikayat panji semirang.

niche said...

salam wak,

benar skali, sbarang cacat duniawi amat kita prihatin skali, namun cacat ukhrawi kita xmampu melihat, menilai, melainkan 'gerak rasa' yg dianugerah jua.....
Subhannallah!!!

mf wak, cheers.....

WAK JONO! said...

mogen
sebenarnya wak ke gunung itu utk cari kitab wak yg wak nak dedahkan di sini..cukup penting,tapi tak jumpaa...doakan pd masa lain wak akan jumpa..

niche,
melihat duit syiling pun kita sebok melihat nilainya tapi lupa apa gambar di belakangnya

ku2 said...

salam wak,
ceritera yang sungguh meruntun jiwa, menyebabkan sukma rindu untuk bertemu, di selang seli bait lagu m nasir n loloq, menambah lagi syahdu.
betul la 2 kata dewi ratna, kita selalu menghambakan Tuhan.
namun jika tekun, nescaya d pertontonkan jalan. seperti nyg wak alami ini. x gitu? apapun, terima seadanya.......

Unknown said...

benar wak! siapa hamba dan siapa tuhan. adakah logik dan layak bagi seorang hamba meminta upah dari tuannya.

setelah tuhan berjanji, kenapa dituntut? bukankah tuhan tidak pernah mungkir janji?

sama-samalah kita mencari diri supaya dapat mencari tuhan.

Unknown said...

a'alaikum wak,

apakah kita sedang mengembara di alam yang sama?

WAK JONO! said...

ku2,
gitulah kita,kadang2 keliru antara tuhan dan hantu
antara hamba tuhan dan hamba tuan...arwah Loloq pernah menggegarkan bumi suralaya dan M.Nasir juga pengembara!

mountdweller,
mungkin kita di jalan sama atau kita terbang dengan sayap impian melihat dari mata burung!

ku2 said...

tidakkah kita seme pengembara yg berkelana d dunia fana, barang sementara saja? dan tidakkah kita diadakan utk menyatakan Dia?

WAK JONO! said...

ya sahabat!
benerr..adanya kita untuk menyatakan adanya Dia...tanpa kita tiada Dia (bahaya ni kalau tak faham)...maksudnya tanpa kita siapa yg tahu Dia ada? tanpa Dia tiada kita..

ku2 said...

salam wak.
wak cakap td "tanpa kita tiada Dia (bahaya ni kalau tak faham)...maksudnya tanpa kita siapa yg tahu Dia ada?"
siapa yang tau Dia ada? kan Dia tau. cukup dah begitu, kan..tp klu dh gitu, kita ni seme, amnde?
... lg seperkara, bleh wak betulkan time kt blog ni x?
selamat!

WAK JONO! said...

ku2..
biasanya kalau ada soalan orang itu sebenarnya sudah ada jawapannya..hehe!

di sinilah timbul zat, sifat, asma, afa'al...

zat di sifat,
sifat di zat..
satu!
tiada siapa bersandar pada siapa...

hanya Aku yang berbagai nama pada berbagai tangga..
di sini namanya begini, di sana namanya begitu...
tapi 'itulah' juga!

kulupSakah said...

aku yg ajar wak ni buat blog..aku pun tak tau camana nak adjust jam tu apatah lagi wak..tapi sure dia akan jawab "ah! waktu tak penting! sama saja!"
hehehe!!
syok juga Wak ni..dah lawan aku!

Term Papers said...

Research Papers:It’s great post for important use ful