Thursday, August 14, 2008

songsang adakalanya benar dan kebenaran kadang2 menyongsangkan!

Jangan mudah menolak angin songsang yang kelihatannya seperti dusta tetapi benar dan kadang2 ada yang nampak benar tetapi dusta..! asalkan kalian tahu dan kenal!

kalian biasa menonton silap mata yang seolah2 benar akan tetapi semuanya helah bukan? itu nampak benar tetapi dusta!... bagaimana yang nampak songsang tapi benar?
Lihat sang Khatib di mimbar Jumaat boleh berkata2 benar sedangkan dia membelakangkan kiblat?..perbuatan yang baik harus menghadap kiblat,,mengapa membelakangkannya? Apa yang ingin diajar kepada kita dalam "kiasan" perbuatan ini?
bahawa kebenaran adakalanya datang dari arus berlawanan yang di luar jangkauan pemikiran lemah kita.. jangan cepat melatah seperti teladan kisah Musa Kalamullah yang menegur perbuatan songsang gurunya Nabi Khidir- membunuh bayi, membocorkan perahu dan lain2 tanpa menyedari kehebatan gurunya..maka itu Khidir pun hilang dan Musa terlepas peluang belajar!
Jangan cepat mengecop orang lain salah dan sesat! Kita belum mula mendaki sedang orang lain sudah turun dari Gunung dan menikmati keindahannya!

" apa saja yang songsang kalau benar kita boleh terima ASALKAN kita berpegang teguh-tidak goyah- kepada YANG SATU!
(sebab itu khatib yang membelakangkan kiblat memegang tongkat Alif dengan teguh dan tidak goyang sebagai simbolik di atas!)

wak akan ke Gunung suralaya sabtu ini 10 hari...justeru itu tulisan yang lebih dalam menuju dasar hanya akan bersambung 10 hari lagi! Ketemu!

5 comments:

matcomot said...

wak !! nak ikut...ada 73 pintu.yang sampai satu je....
ada geng blh juga bermuzakarah

mat saman kati said...

fuh! Kalau la Tok Halaq Pos Legap masih hidup, boleh aku tumpang rimau pi gunung suralaya tu. Bertapa tujuh hari tujuh malam, balik boleh jual ubat kat Petaling Street.

WAK JONO! said...

matcomot..
satu jalan tapi kena ikut banyak burung....tak tahu 30ekor yg mana sampai!

matsaman..
gunung korbu pun ok..

niche said...

wak, teman xfaham wak, ajo ler teman skit bab2 nih.... tima kasih

WAK JONO! said...

kalian ikut saja blog ni pelan2....wak dah nak berangkat ke gunung suralaya ni...jumpa 10 hari lagi!