Sunday, March 29, 2009

Hantu laut bergentayangan..

ditulis oleh Ronasina berdasarkan kisah dari Wak:-

Sebaik berlari melepasi Batam, di tengah samudera di malam gelap, Wak berasa pelik melalui laut yang di permukaannya penuh terapung jasad-jasad terbujur , nak kata mayat ia bergerak-gerak, wangi dan tidak rosak..

"hantu laut barangkali!" bisik Wak.

"bukan! kami adalah golongan pencari Tuhan yang semasa hayat mempercayai kematian itu adalah pulangnya roh kepada pemilikNya..maka itulah jasad-jasad kami tertinggal terapung-apung tanpa haluan sedang roh kami pulang aman!"

"bukankah jasad dan roh datang bersama2 dalam satu titik, sudah tentu pulangnya bersama-sama ke arah kesatuan! Sampai bila kamu harus begini?" tanya Wak yang tidak pasti dari jasad manakah suara itu berkata.

"Apakah masih ada Rahim dariNya setelah hayat berakhir?" tanya suara itu..

Wak tidak menjawab dan terus berlari meninggalkan gema lolongan dari jasad-jasad yang terapung itu. Wak berhenti berehat di Pulau Pandan..

24 comments:

moses said...

Salam...

Satu kisah yang amat menarik dan mendalam pengetiannya...

tunggu orang lain bg komen la dulu aku tukang meyampuk je huhuhuhu....

aku2 said...

Bukan hantu laut, Jin Laut.

Jasad manusia bila mati, tak boleh berkata kepada manusia yang masih hidup. Jin laut boleh merasuk dalam jasad badan manusia yang telah mati dan menumpang dalam jasad tersebut selagi ianya belum reput. Zombie?

Sape bela hantu raya atau bersaka, buanglah sebelum anda mati. Tidak jasad anda menakutkan dan menyusahkan orang yang masih hidup aja.

kartolo said...

buat pe pertikaikan jin ke hantu ke, kisah di sebaliknya apa?

desk said...

"bukan! kami adalah golongan pencari Tuhan yang semasa hayat mempercayai kematian itu adalah pulangnya roh kepada pemilikNya..maka itulah jasad-jasad kami tertinggal terapung-apung tanpa haluan sedang roh kami pulang aman!"

salam.wal awalun,wal akhirun,wal zahirun,wal batinun barulah okey.tulah bila org kata belajar ilmu nak mati buat ape.sape2 pun mati contohnya sakai,cina,india dan bangsa2 lain.kalau mcm tu xpayah tuntutlah ilmu.tuntutlah ilmu nak hidup baru ler betul.maka tuntutlah ilmu kehidupan abadi seperti wali 9,puteri gunung ledang dan puteri sadong

moses said...

waduhhh... kuat kepercayaan aku2 kpd hantu raya,mengarut tul la ko ni...

stop dulu la bab hantu ka jin ka... huhuhu....

Hamba kalau boleh nak pulang sekali dgn jasad... kamil mukamil....

Belum tentu lagi jasad akan pulang bersama2 rohnya dan belum tentu ron itu pulang dgn aman.

Kalau roh dan jasad pulang kesemuanya secara aman tobat aku tak nak belajar lagi Ilmu hakiki ini, kenapa aku perlu bersusah payah belajar jika kita ini setaraf bila pulang ke asal kelak, lebih baik aku bersifat spt org awam buat apa yg disuruh tinggal apa yg dilarang....cukup la..

Apakah masih ada Rahim dariNya setelah hayat berakhir?
tunggu jawapan ronasina je la..hahaha....

Matilah kamu sebelum kamu di matikan...kalau tak dok terapung apaung mcm wak jumpa tu... aku agak je la huhuhuhu....

rondo said...

kalau tak nak balik okey ke? buatpe balik..nikmat dah takde, nak nikmat harus ada sifat dan mesti di dunia

desk said...

jasad nie yg nak selamatkan.tu sbb nya lepas tu bagi salam kanan dan kiri.yg dok pandang tu dan nak selamat jasad nie.itu lah yg sejahteranya masa tahiyat akhir tu.yg yg dok pisah-pisah kan tu wat pe.sok lusa jadi lah lagu tu

orangygsama said...

Pasai pe lak tak nak balik... bila dah sampai masa wajib kena balik, pastu kalau nak datang balik semula pun tak de masalah tp dgn syarat kena kenal pencipta dulu la baru boleh pi mai pi mai.... kalau tak kenal jawabnya tak balik2 ler...
Bukankah ada insan yg pernah jumpa Nabi Muhammad di Mekkah...?? jadi beliau balik la tu...

Dunia dgn akhirat bukan jauh mana pun pejam celik je dah sampai, tak caya pergi la...betul tak apa yg aku kata ni...kalau tak betul apa yg aku kata aku jadi yahudi pun tak pe

Bukankah mati itu satu nikmat..!!

fansuri said...

salam,
penah tak dengar citer pasal orang pesankan kat anak muridnya...kalau aku "PULANG" nanti,ko ikat jenazah ku dengan tali.lepas orang abis talkin dan balik,ko tarik talitu...kalau tali masih lekat pada jenazah ku maka ajaran/ilmuku adalah sesat.

kamil mukamil....amiin!!!

Anonymous said...

salam..

org dok bg tau,mati tu terpisahnya roh dr jasad.betoi ka?

ada pulak yg kata mana mungkin roh berpisah ngan jasad.

cuba hangpa habaq mai kat aku ni sikit..

moses said...

Macam pernah ku dengar je cerita tu tapi dimana ek...

meh aku sambung lagi...

bukan setakat sesat je ilmu aku ni, malah ko ambil balik jenazah ku pastu ko kerat2 bagi makan kat anjing
perghh begitu sekali cabaranya...

Masalahnya tak dan nak pacak pokok buat batu nisan dah ghaib...
Allahhu Allahhu Allahhu....

Berdiri roma aku bila menulis kisah ni...

mussalagi said...

Kau ni `aku` saje nak bertanya ke saje nak meramaikan blog...huhuhu

Bukankah Nabi Muhammad itu tidak berjasad...sbb tu lah tiada bayangan, untuk mengelakkan fitnah maka awan sentiasa mengikuti pergerakkan beliau di waktu panas...

Jasad mana yg kalian nak bawa turun semula ke dunia sok2...
kalau mati umur 70th maka kerepot la muka tu...
dah tu ada insan yg pernah jumpa seseorang yg berwajah 20an apa cerita...!! padahal beliau mati umur 90th... huhuhu...layannnnn..........

maun said...

mussalagi,

Mana ko tahu Nabi Muhammad tu tak berjasad.......

mussalagi said...

Pembetulan:

Nabi Muhammad berjasad spt kita semua

Mohon keampunan dan kemaafan diatas kecuaianku

qimi said...

Salam sejahtera..,

Kadang kala rahsia itu terbit dgn sendirinya bila bersembang menulis dan sebagainya krn ketika itu adalah diri sebenar diri
Bukan semua hal2 rahsia boleh diceritakan kpd ahlinya apatah lagi org awam melainkan kpd mursyidnya.

hati2lah saudaraku krn ia boleh mendatangkan fitnah

moses said...

kata Ibnu A'toillah :
Jangan tinggal zikir kerana engkau belum sentiasa ingat pada Allah di waktu zikirmu sebab lalaimu kepada Allah ketika tidak berzikir lebih bahaya drpd lalaimu terhadap Allah ketika kamu berzikir

moses said...

'siapa mencari dia bertemu..siapa berusaha dia dapat...'

desk said...

Berdiri roma aku bila menulis kisah ni...

salam.kau takut ke mosses?benda2 pelik lagu tu lah nak kena tgk betul2.mungkin rezeki tu masa ko menulis tu tok guru ko dok tgk.tu ada yg tersasul tu.rahsia...rahsia...rahsia...tetap rahsia.

Anonymous said...

bro mussalagi,

malu bertanya kawan,sesat cari jalan pulang..

aku2 said...

salam,

Wah jauhnya perjalanan. Wak pergi Batam jumpa mayat bercakap, ramai orang pergi Batam jumpa/jadi mayat yang tak berjiwa.

Hakikat mayat tak boleh bercakap, OKlah aku tak nak sebut pasal cerita Jin walaupun perjalanan Jin hampir sama dengan manusia, hidup mati Surga Neraka.

Kita cerita pasal mati.

Kalau kita dah kenal Allah, maka kita mesti kenal diri kita. Susah kalau tak kenal diri sendiri. Ada berapa dalam KITA? Siapakah yang kita sebut KITA? Seronok mengaku Muhammad, Roh dan Jasad tu nak letak kat mana? Mereka pun ada hak masing-masing. Masuk Surga Neraka nanti Muhammad ke Roh ke Jasad ke?

Seronok dapat bawang kita kupas satu lapisan demi satu lapisan last-last kita menangis.

Dalam berbincang kita kena cerita semua tak perlu berselindung. Kalau salah mesti ada orang betulkan. Desk betul sebab ini cerita ilmu pasal mati. Tapi mati adalah hakikat perjalanan.

Kita mati bila tidur tapi hidup semula bila roh KITA datang balik pada waktu pagi. Bila kita mati betul roh kita datang balik pun tak guna sebab kita tak bernyawa. Apa itu nyawa.

(Buat pemerhatian perbezaan batang mancis yang digores dengan yang belum digores, yang belum digores boleh masuk balik kedalam kotak mancis, yang dah digores tiada nilai lagi mesti dibuang)

Bila mati, hak jasad kembali ke tanah kecuali tulang tunjang sebesar satu biji sawi. Roh kita pergi ke alam barzakh. Nabi Idris diangkat ke Syurga dengan jasad dan akan mati bila tiupan sangkakala yang pertama. Nabi Isa diangkat kelangit dengan jasadnya dan akan turun kebumi di akhir zaman nanti baru mati dan jasad serta rohnya akan berpisah. Nabi Muhammad adalah manusia biasa yang jasad dan rohnya berpisah. Tak ada manusia yang boleh berjumpa dengan jasad Nabi Muhammad hidup-hidup selepas Nabi wafat. Jumpa dalam mimpi boleh dan bertuahlah bagi mereka yang jadi sahabat Nabi Muhammad dapat jumpa dalam mimpi.

Kehidupan alam barzakh boleh jadi lama atau boleh jadi sekejap bergantung dengan amalan kita masa hidup. Bermula dengan Munkar Nankir bertanya "Marabbuka?" dan tanya "Siapakah orang ini?". Masa itu ikutlah nasib sendiri-sendiri bergantung kepada RAHMANnya tapi tiada RAHIMnya. RAHIMnya cuma akan didapati selepas kita jumpa Mizan sewaktu meniti Siratul Mustakim.

Betul bila roh kembali ke alam barzakh, jasad akan menderita didalam kubur mengikut hak habuan semut, lipan dan rezeki makhluk lain. Masa hidup kita makan ayam, lepas mati kita dimakan makhluk lain. Semoga dengan RAHMANnya DIA bermurah agar jasad kita tidak dijadikan habuan anjing atau binatang buas. Agar jasad kita tidak berkecai dijalanraya. Apa pun itu ketentuan DIA dan itu hakikat. Redhalah dengan ketentuannya sedangkan masa hidup dia redha bila kita boleh berlari atas air walaupun sepatutnya kita tak boleh berdiri atas air.

Tiupan sangkakala kali kedua nanti biji sawi tadilah yang akan tumbuh menjadi jasad kita bersama dengan nyawa (macam taugeh pulak). Tinggi 44 hasta dan berumur 33 tahun. Semua manusia sama tinggi, sama color dan sama bentuk kecuali masing-masing mengikut kelebihan amalan masing-masing. Kena ingat masa itu bukan kita sahaja malah semua makluk yang dipertanggung jawabkan keatas diri masing-masing untuk mendapat pembalasan amalan mereka. (jin, binatang etc)

Disini ada hadis yang menyebut kambing yang menanduk kambing lain masa didunia dulu akan dibalas tanduk juga (detail tak ingat). Begitulah adilnya pengadillah "Almaliki Yaumiddin".

So, maknanya perjalanan kita panjang lagi dan mati itu cuma sekejap dan sementara. Malangnya hidup ini terlalu pendek dan penuh dengan dugaan. Jadi kalau kita susah sedikit hidup didunia ini pun mengeluh. Apalah mayat yang mengeluh apabila nyawanya dialam barzakh, itu adalah hakikat.

Wallahua'lam, Wassalam.

desk said...

Bila mati, hak jasad kembali ke tanah kecuali tulang tunjang sebesar satu biji sawi

salam.itu nama AJBUL ZANBI (letaknya kat hujung tulang belakang)
Tinggi 44 hasta dan berumur 33 tahun. Semua manusia sama tinggi, sama color dan sama bentuk kecuali masing-masing mengikut kelebihan amalan masing-masing.

itu sbb bila lps solat dok berzikir sebyk 33 kali.

Tempat nya kat mana kalau bukan kat sini jugak.Itu kita gelar kiamat besar.masa tu dgn "RAHMAN NYA" di angkat kekasihnya sebelum DIA turun kan bencana kiamat besar.masa ni KEKASIH dijaganya supaya tidak melihat pada siksaan yg bakal diturunkan.mungkin juga peperangan dunia 3 masa tu.masa tu pun dah tiba akhir zaman

selagi kitaran hidup dok berputar mcm tu gak.jasad masuk kubur maka jadi habuan pemangsa dan berkecailah segalanya.masa tu kan....masa tu kan.....takpe lah.
sekian...hahaha ada sesiapa yg tahu mcm mana nak sambung bila jasad msk kubur jadik ape pas tu?

desk said...

hmmm......MANA KEWUJUDAN MUTLAK????tak kemana-mana pun."tidak di luar mahu di dalam,tak diatas mahupun dibawah"

kulupSakah said...

apa jadi dalam kubur? hahaha! cuba baca ayat pertama seribu dinar dalam2....
tapi depa tampal kat dinding kedai buat pelaris..huhu

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.